IPG Tawau Sabah

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau merupakan salah sebuah Institut Perguruan yang terdapat di Sabah dan terletak Pantai Timur Sabah iaitu di dalam daerah Tawau.

IPGM TAWAU

Kredit Gambar : Wikimedia

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tawau telah dimulakan pembinaannya pada 2 Julai 2001 dengan majlis pecah tanah yang telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan ketika itu iaitu YB Dato' Seri Mohd. Najib Bin Abdul Razak di tapak tanah yang berkeluasan 87 hektar sekaligus menjadikan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau adalah Institut Pendidikan Guru yang terbesar di Malaysia.

IPGM Kampus Tawau telah siap dibina sepenuhnya pada bulan November 2004 dengan menelan kos sebanyak RM87 juta. Pada 27 Disember 2004, lebih kurang seramai 170 orang pelajar KDPM dan PISMP dari Maktab Perguruan Sandakan telah dipindahkan ke Maktab Perguruan Tawau berikutan Maktab Perguruan Sandakan akan ditutup bermula pada 1 Januari 2005.


IPGM Kampus Tawau kira-kira 36 km atau 35 minit perjalanan dari Pusat Bandar Tawau dan kampus ini dikongsi bersama dengan Politeknik Tawau. Sebelum tahun 2005 Maktab Perguruan hanya memberikan program untuk Diploma Perguruan saja, namun selepas 13 Julai 2005 iaitu selepas Jemaah Menteri bersetuju untuk menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru, maka dengan itu IPG boleh menjalankan program untuk Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Kemudian pada 6 Mei 2006 Maktab Perguruan telah secara rasminya dinaiktarafkan selaras dengan penjenamaan semula Maktab Perguruan yang mana membawa kepada pertukaran nama Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru termasuklah Intitut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Pada 16 Januari 2009, sekali lagi semua Institut Pendidikan Guru di Malaysia telah dinaiktarafkan dan nama Institut Pendidikan Guru juga telah sekali lagi ditukar kepada Instiut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), ini termasuklah juga IPG Tawau yang telah ditukar nama kepada IPGM Tawau dan berada di pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

KM 36, Jalan Balung,
Beg Berkunci No. 27
Poskod 91009, Tawau
Sabah, Malaysia.
Tel : +6089-951250
Faks : +6089-951255

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan