James Wong

James Wong merupakan salah seorang bekas pemain bola sepak Sabah FA dan juga pemain kebangsaan Malaysia yang telah membantu Malaysia layak ke sukan Olimpik di Moscow 1980.

JAMES WONG



James Wong atau nama penuh beliau James Wong Chye Fook merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang berasal dari Sabah. Beliau lahir pada 26 Jun 1953 di kota Kinabalu Sabah. Beliau juga merupakan pemain pertama yang berasal dari Sabah untuk mewakili Malaysia bermain di Liga Perdana Australia dalam pasukan Hakoah pada tahun 1971 dan bermain selama lebih kurang 2 tahun.

James Wong amat terkenal dengan sentuhan berbisanya dan yang paling diingati adalah sentuhan gol kemenangan beliau hasil dari bola yang diberi oleh hassan Sani ketika Malaysia mengalahkan Korea Selatan 2-1 sekaligus melayakkan Malaysia beraksi di Sukan Olimpik Moscow 1980.


Dalam aksi kelayakan ke Sukan Olimpik tersebut, pasukan negara telah dapat mengalahkan Brunei 3-1 pada 27 Mac 1980, seri dengan Jepun 1-1 pada 30 Mac 1980, kemudian pasukan negara mengalahkan Korea Selatan 2-1 pada 6 April 1980 sekaligus dapat melayakkan pasukan negara ke Sukan Olimpik. Walaubagaimanapun Malaysia telah menarik diri daripada Sukan Olimpik sebagai tanda bantahan terhadap Moscow yang menyerang Afghanistan pada masa itu.

Trio Sabah iaitu Peter Rajah, Hassan Sani dan James Wong merupakan antara trio yang amat di segani bermula awal tahun 1980an. Ini dapat dilihat pada tahun 1979 apabila ketiga-tiga mereka berjaya membantu Sabah menamatkan musim tersebut ditangga kedua walaupun pada awal musim pasukan Sabah bermula dengan perlahan. Dengan gabungan trio ini Sabah kemudian telah berjaya menang semua baki 8 perlawanan termasuklah kemenangan dengan jaringan yang besar iaitu mengalahkan Sarawak 8-0, kalahkan Perak 11-0 dan kalahkan Terengganu 6-1. 

Selain itu James Wong juga merupakan antara pemain yang paling banyak beraksi untuk Malaysia di kelayakan Piala Dunia iaitu sebanyak 6 perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA dari temasya yang berlainan.


Selain daripada menjadi penyerang, beliau juga pernah menjadi sebagai penjaga gol untuk pasukan remaja kebangsaan Malaysia iaitu pada tahun 1971 sehinggakan ramai peminat boleh sepak Malaysia menggelarkan beliau sebagai King James.

Antara pasukan yang pernah beliau sertai adalah :

01. Sabah FA
02. Sydney Hakoah
03. Malaysia Bawah 20 Tahun
04. Pasukan Kebangsaan Malaysia.

Beliau telah dianugerahkan Pingat Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) Negeri Sabah yang membawa gelaran Datuk pada 3 Oktober 2016.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan