Langkau ke kandungan utama

Perpustakaan Cawangan Kudat

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kudat merupakan salah satu Perpustakaan yang terdapat di Negeri Sabah dan perpustakaan ini terletak di dalam daerah Kudat, Sabah.

PERPUSTAKAAN KUDAT



Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kudat merupakan salah satu perpustakaan yang terdapat di Negeri Sabah. Perpustakaan ini dibuna khas untuk kemudahan penduduk yang tinggal di daerah Kudat dan penduduk di kawasan sekitarnya. Perpustakaan daerah Kudat telah dibuka secara rasminya pada bulan Mac 1999.

Perpustakaan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan yang boleh digunakan atau dimanfaatkan oleh penduduk sekitar, dan antaranya adalah :
1. Bahan rujukan
2. Bahan bacaan
3. Bahan akhbar
4. Perkhidmatan internet
5. Lain-lain lagi


Oleh itu jangan lupa untuk datang ke perpustakaan ini untuk cari maklumat atau menimba ilmu pengetahuan dengan bahan bacaan yang telah disediakan di sini. Boleh datang ke sini dengan kawan-kawan membaca atau membuat kerja seperti kerja sekolah dan lain-lain lagi.

Siapa pun boleh datang ke perpustakaan ini, tidak kira tua atau pun muda sebab perpustakaan adalah salah satu tempat yang sesuai untuk menimba ilmu kerana terdapat banyak bahan bacaan. Macam orang selalu cakap banyakkan membaca kerana membaca itu adalah jambatan ilmu. 

Nota :
1. Jangan terlalu bising ketika berada di perpustakaan
2. Jangan buang sampah di dalam atau luar perpustakaan

Waktu operasi :
Isnin - Jumaat : 
9.00 pagi - 5.00 petang

Sabtu & Ahad :
9.00 pagi - 2.00 petang

Cuti Umum :
Tutup

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Perpustakaan Cawangan Kudat di alamat seperti berikut :

Alamat :
Perpustakaan Cawangan Kudat
P.O.Box 366
Poskod 89508, Kudat
Sabah, Malaysia.
Tel : +6088-623348 / +6088-623349

Ulasan