Batu Tulug merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh anda datang kunjungi terutama sekali bagi mereka yang berminat dengan sejarah arkeologi yang ada di negeri ini. Batu Tulug adalah sebuah Bukit Batu Kapur setinggi 39 meter dan mempunyai 3 gua di dalamnya, tempat ini terletak di dalam daerah Kinabatangan iaitu kira-kira 80 km dari Pusat Bandar Sandakan.
BATU TULUG

Sumber Gambar : Muzium Sabah

Kredit gambar : Muzium Sabah

Sumber Gambar : Muzium Sabah

Kredit gambar : Muzium Sabah
Agop Batu Tulug merupakan salah sebuah tempat menarik di Sandakan yang boleh dikunjungi orang ramai tidak kira penduduk tempatan negeri ini mahupun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke negeri ini khususnya di daerah Kinabatangan, Sabah. Mengikut maklumat sejarah yang dicatatkan Batu Tulug ini telah ditemui pada tahun 1984 oleh P. Brietag iaitu seorang Pengurus Ladang Tembakau di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan yang pada masa itu mengetuai satu ekpedisi di kawasan tersebut, hasil penemuan ini telah membawa kepada satu kajian yang dijalankan oleh pihak Muzium Sabah dan seorang penyelidik dari Muzium Sarawak iaitu Barbara Harrisson. Batu Tulug ini diurus dan dijaga oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui pihak Muzium Negeri Sabah dan Batu Tulug adalah sebuah tapak warisan negeri yang terletak di dalam daerah Kinabatangan iaitu lebih kurang 41 km dari Pekan Kota Kinabatangan atau kira-kira 80 km sekiranya dari Bandar Sandakan. Tempat ini sememangnya sangat menarik untuk dikunjungi terutamanya orang ramai terutama sekali bagi mereka yang minat dengan sejarah Negeri Sabah seperti arkeologi negeri ini, jadi sekiranya anda mempunyai masa terluang apabila datang ke Kinabatangan atau Sandakan bolehlah datang ke sini untuk melihat sendiri tempat ini tidak kira bersama keluarga atau pun rakan-rakan.
Batu Tulug adalah sebuah Bukit Batu Kaput dengan ketinggian lebih kurang 39 meter dan ianya telah diisytiharkan sebagai sebuah muzium pada tahun 1996, manakala pada 25 Mac 2013 tempat ini telah pun diwartakan sebagai salah sebuah Tapak Warisan Negeri Sabah. Batu Tulug ni juga disebut dengan nama Agop Batu Tulug oleh penduduk tempatan khususnya penduduk di sekitar daerah Kinabatangan yang mana 'Agop' membawa maksud 'Gua', Tulug pula bermaksud 'tempat tidur' yang membawa makna atau maksud tempat orang mati disemadikan pada satu zaman dahulu yang dianggarkan berusia sekitar 500 hingga 900 tahun, menurut penyelidik dari Sarawak iaitu Barbara Harrisson tempat ini dijadikan sebagai kawasan tempat pengkebumian kerana pada zaman itu kebanyakkan kawasan di tanah rata atau daratan dipenuhi dengan air banjir yang besar maka sebab itulah penduduk pada masa itu telah memilih tempat ini yang lebih tinggi dan mempunyai beberapa gua untuk memudahkan mereka menempatkan orang yang telah mati.
Batu Tulug yang juga merupakan sebuah bukit batu kapur ini mempunyai ketinggian 39 meter dengan terdapat 3 gua utama iaitu Gua Atas (Agop Sawat), Gua Tengah (Agop Lintanga) dan Gua Rendah (Agop Suriba) yang mana ketiga-tiga gua ini menempatkan kira-kira 125 keranda purba berukir yang diperbuat daripada kayu seperti kayu belian dengan pelbagai jenis ukiran pada keranda tersebut seperti ukiran kepala kerbau, ukiran ular, biawak dan buaya, setiap gua ini pula mempunyai ketinggian sekitar 12 hingga 15 meter, jadi tidak hairanlah tempat ini menjadi salah satu tapak arkeologi awal di negeri ini dan kini telah diwartakan sebagai tapak warisan Negeri Sabah. Untuk memudahkan dan memberikan keselesaan kepada para pengunjung yang datang ke sini, maka pihak muzium negeri telah membuat atau menyediakan beberapa kemudahan agar para pengunjung berpuas hati bila datang ke tempat ini melawat, antara kemudahan yang ada ialah :
Kemudahan :
01. Pusat maklumat
02. Tangga ke gua
03. Tandas
04. Pondok rehat
Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki bas yang menuju ke Lahad Datu atau Tawau dan pastikan pengunjung memberitahu pemandu bas atau pembantu pemandu bas berkenaan untuk turunkan anda di tempat Batu Tulug ini, tetapi lebih disarakan untuk anda memandu kenderaan sendiri atau kalau tiada kereta sendiri bolehlah menyewa kereta yang penting anda ada lesen, ini adalah bagi memudahkan lagi perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini.
Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Warganegara : RM2.00
Warganegara (Pelajar) : Percuma
Warganegara (Warga Emas & OKU) : Percuma
Warganegara (Pemandu Teksi) : Percuma
Bukan Warganegara : RM15.00
Jika ada sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan tempat ini iaitu Muzium Negeri Sabah :
Hubungi :
Muzium Agop Batu Tulug
Kampung Batu Putih
WDT 197,
90200, Kinabatangan,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6089 565 145

Ulasan
Catat Ulasan