Catatan

Negeri Sabah

Sabah Negeri Di Bawah Bayu adalah salah sebuah daripada 14 negeri yang terdapat di Malaysia dan Negeri Sabah adalah negeri kedua terbesar serta mempunyai jumlah suku kaum atau etnik yang paling banyak di negara ini iaitu lebih kurang 42 etnik. Sabah telah pula mula diduduki sekitar 20,000 hingga 30,000 tahun dahulu, ini dibuktikan dengan beberapa penemuan beberapa peralatan purba yang ditemui di Teluk Darvel dan Gua Madai dalam Hutan Simpan Baturong berhampiran dengan Sungai Tingkayu yang terletak di kawasan ini. Terdapat juga beberapa tempat lain yang menjadi bukti wujudnya manusia awal di negeri ini seperti yang ditemui di tapak arkeologi di Lembah Mansuli, Lahad Datu dan di Bukit Tengkorak, Semporna yang mana menjadi salah satu tapak pembuatan tembikar yang terbesar di Asia Tenggara ketika zaman neolitik. NEGERI SABAH Sabah merupakan salah sebuah negeri atau wilayah yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di negara ini dengan keluasan 73,904 km perse...
Catatan terbaharu