Daerah Beaufort merupakan salah sebuah daerah yang termasuk dalam Bahagian Pedalaman Sabah dan daerah ini terletak lebih kurang 97 km ataupun kira-kira 1 jam 55 minit perjalanan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Nama Beaufort diambil sempena nama seorang Gabenor British iaitu Leicester P. Beaufort yang pernah menjadi Gabenor di Borneo Utara sekitar tahun 1896 sehingga tahun 1900.
BEAUFORT

Kredit Gambar : pdbeaufort

Kredit Gambar : pdbeaufort
Beaufort merupakan salah satu daerah kecil yang terdapat di Negeri Sabah dan daerah ini termasuk dalam Bahagian Pedalaman Negeri Sabah yang terletak lebih kurang 97 km ataupun kira-kira 1 jam 55 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Pentadbiran aerah Beaufort berada di bawah pengurusan oleh Majlis Daerah Beafort sendiri meliputi keseluruhan kawasan dalam daerah Beafort yang mempunyai keluasan kawasan 1735 km persegi ataupun 670 batu persegi yang terdiri dari pekan utama iaitu Pekan Beaufort dan 8 lagi pekan kecil seperti Kota Klias, Weston, Gadong, Padas Damit, Bukau, Lingkungan, Limbawang dan Membakut. Nama daerah Beaufort diambil bersempena nama seorang Gabenor British Borneo Utara iaitu Leicester P. Beaufort yang merupakan pentadbir Borneo Utara pada tahun 1896 sehingga tahun 1990. Dikatakan juga pada awalnya nama daerah ini ialah Padas iaitu bersempena dengan nama Sungai Padas yang ada di daerah ini yang mana ianya berfungsi sebagai satu kemudahan perhubungan untuk penduduk daerah ini pergi ke daerah lain melalui sungai ini dengan menggunakan perahu.
Pekan Beaufort mula diterokai dan diduduki oleh pihak British sekitar tahun 1898 dan menjadi salah sebuah kawasan yang berada di bawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British. Pembukaan kawasan untuk tapak pekan telah dimulakan oleh William Clake Cowie yang merupakan salah seorang pegawai British dan juga Pengarah Syarikat Borneo Utara British. Sebelum itu tapak Pekan Beaufort yang ada tidak dihuni oleh penduduk tempatan Borneo, oleh itu kawasan ini telah dipilih untuk dibuka dan juga dibangunkan dengan membina beberapa rumah pegawai kerajaan, bangunan kedai dan seterusnya membina stesen perhentian keretapi yang mana akhirnya Daerah Beufort telah mula berkembang dan terdapat beberapa rumah penduduk tempatan dan beberapa kemudahan lain pada masa itu. Selepas itu Beaufort telah dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran Kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dengan meletakkan seorang Pegawai Daerah yang akan mengatur segala pentadbiran di Beaufot dan beberapa kawasan lain disekitarnya seperti Klias, Membakut dan Menumbok. Walaupun daerah ini telah mula berkembang pada awalnya namun akibat dari Perang Dunia Kedua daerah Beaufort turut musnah sepertimana kawasan atau daerah lain di negeri ini.
Pada masa kini dianggatkan terdapat lebih kurang 80 ribu orang penduduk yang tinggal dalam daerah Beaufort dan majoriti penduduk yang tinggal di sini adalah dari suku kaum Melayu-Brunei, Kedayan dan juga Bisaya, namun terdapat juga beberapa suku kaum lain yang ramai tinggal di daerah ini iaitu seperti Kadazan-Dusun, Murut, Cina dan lain-lain lagi. Penduduk di daerah ini juga kebanyakkannya menjalankan atau bekerja dalam industri pertanian kerana kawasan yang sangat sesuai untuk aktiviti ini jadi tidak hairanlah daerah ini dahulunya pernah dipenuhi dengan tanaman pertanian terutama sekali getah yang mana industri getah pada masa itu sememangnya berkembang pesat ditambah lagi dengan adanya kemudahan pengangkutan seperti keretapi hinggakan Pekan Beaufort pernah dikenali dengan nama Bandar Getah. Sehingga kini daerah ini masih menjadi kawasan pertanian yang berkembang maju dengan kepelbagaian jenis tanaman pertanian yang dijalankan, walaupun pertanian adalah pekerjaan utama penduduk di sini tetapi terdapat juga sebilangan penduduknya yang berkerja dalam industri lain seperti perikanan, perkilangan, penternakan dan sebagainya. Pelancongan juga kini merupakan antara yang dapat memperikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk tempat di daerah ini dan terdapat beberapa tempat menarik di sekitar daerah ini yang boleh dilawati oleh pengunjung dalam dan luar negara yang datang ke sini iaitu seperti :
Tempat menarik :
01. Garama Wetland
02. Weston Wetland
03. Sungai Padas Water Rafting

04. Klias River Cruise
05. Binalaan Garden
06. Tamu Mingguan
07. Tugu Peringatan
Seperti juga daerah lain di negeri ini, Beaufort juga telah mula berkembang maju selepas ianya musnah akibat Perang Dunia Kedua. Kini pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan setiap penduduk di daerah ini tidak terlepas dari pembangunan dan kemajuan yang ada. Berikut di bawah ini adalah antara beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan :
Kemudahan :
01. Sekolah Menengah
02. Sekolah Rendah
03. Hospital Kerajaan
04. Klinik Desa
05. Klinik Kesihatan
06. Pejabat Pos
07. Jalan Raya
08. Balai Polis
09. Balai Bomba
10. Pejabat Kerajaan
11. Bekalan Air Bersih
12. Bekalan Elektrik
13. Perkhidmatan Internet
14. Liputan Telefon

Ulasan
Catat Ulasan