Beluran merupakan salah sebuah daerah yang terdapat dalam Bahagian Sandakan dan terletak disebelah Pantai Timur Negeri Sabah. Daerah Beluran berada dibawah pentadbiran Majlis Daerah Beluran yang menguruskan perjalanan pembangunan dan pentadbiran daerah ini termasuk juga Daerah Kecil Paitan yang berada dibawah seliaan Majlis Daerah Beluran. Pekan Beluran terletak kira-kira 90 km ataupun lebih kurang 1 jam 40 minit perjalanan naik kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan, Sabah.
Beluran adalah sebuah daerah di Pantai Timur Sabah yang termasuk di dalam Bahagian Sandakan dan mempunyai keluasan kawasan kira-kira 5782 km persegi atau 2232 batu persegi dengan pentadbiranya berada dibawah Majlis Daerah Beluran.dengan jumlah penduduk sekitar 80 ribu orang. Sebelum Majlis Daerah Beluran diwujudkan, semua pentadbiran berada dibawah seliaan Pejabat Daerah Kecil Beluran yang telah ditubuhkan sejak tahun 1916 lagi, namun semua maklumat mengenai Pejabat Daerah telah pun musnah ketika Perang Dunia Kedua. Selepas tamatnya perang pihak British telah melantik seorang Pegawai Daerah Beluran dalam tahun 1945 B.S Willie dan pada masa itu pusat pentadbiran daerah ini terletak di Klagan, namun pihak British telah memindahkannya oleh kerana kawasan Klagan selalu di naiki air atau banjir apabila berlakunya hujan lebat, maka pusat pentadbiran tersebut dipindahkan ke kaki Bukit Beluran dan kekal sehingga ke hari ini. Beluran mempunyai sebuah pekan kecil iaitu Pekan Beluran dan biasanya bila ada keperluan dan urusan yang tidak dapat diperolehi di sini, maka penduduk daerah ini akan pergi ke Sandakan yang merupakan bandar kedua terbesar di negeri ini selepas Kota Kinabalu dan jarak di antara Beluran dan Sandakan adalah lebih kurang 90 km atau kira-kira 1 jam 40 minit perjalanan menaiki kenderaan.
Beluran dahulunya lebih dikenali dengan nama Labuk Sugut dan pun telah wujud sejak pemerintahan British North Borneo Charterd Company lagi. Namun selepas pentadbiran pada masa itu berpindah dari Klagan ke kaki Bukit Beluran maka nama Labuk Sugut telah ditukarkan kepada Beluran dan dikatakan nama Beluran diambil sempena nama bukit tersebut yang mana nama asal bukit itu adalah 'Buludan' dalam bahasa suku kaum Dusun Labuk, Sungai dan Tidong, namun akibat ketidakfasihan pihak British pada masa itu menyebut bahasa penduduk tempatan menyebabkan kesalahan sebutan dalam perbualan seharian dan ejaan dalam surat menyurat rasmi yang mengakitkan perkataan Buludan bertukar menjadi Beluran. Daerah ini mempunyai dua pekan utama iaitu Pekan Beluran dan Pekan Paitan dan daerah ini mempunyai lebih kurang 10 buah mukim iaitu seperti Klagan, Tetabuan, Sungai-Sungai, Kolapis, Sapi, Nangoh, Tingkabau, Tangkarason, Jambongan dan Pamol, ini menjadikan Beluran adalah daerah yang keenam terbesar di negeri ini dan Semua mukim ini berada dibawah urus tadbir Majlis Daerah Beluran yang berpusat di Pekan Beluran.
Dengan jumlah penduduk dianggarkan sekitar 80 ribu orang, Daerah Beluran mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan majoritinya adalah dari suku kaum Orang Sungai dan Dusun Labuk, selain itu ada juga beberapa suku kaum minoriti yang tinggal di daerah ini seperti Rungus, Cocos, Brunei, Tidung dan Dumpas. Aktiviti ekonomi utama penduduk Daerah Beluran seperti adalah perladangan, pertanian dan perikanan yang mana dapat dilihat sumber pendapatan utama pendapatan penduduknya adalah dari hasil kelapa sawit dan sumber laut. Hasil perladangan, pertanian dan perikanan ini banyak dipasarkan di daerah berhampiran seperti Sandakan dan Telupid. Oleh kerana ekonomi daerah ini yang lebih tertumpu kepada aktiviti di atas tadi maka dan kawasan daerahnya banyak yang memang diliputi aktiviti tersebut maka tidak banyak tempat pelancongan yang dapat dilihat di daerah ini pada masa kini. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pengunjung atau pelancong yang datang ke Daerah Beluran adalah seperti di bawah ini :
Tempat Menarik :
01. Air Terjun Bakong-Bakong
02. Dataran Anjung Muar Beluran
03. D'Kolam Acong Kolapis
Seperti juga tempat atau daerah lain di Sabah, Daerah Beluran juga kini semakin pesat membangun dan terdapat banyak kemudahan awam atau kemudahan asas yang telah disediakan pihak kerajaan melalui Majlis Daerah Beluran agar penduduk daerah ini tidak ketinggalan jauh dari arus pembangunan. Semua ini adalah untuk memastikan setiap penduduk yang ada di sini sentiasa merasa selesa ketika menjalani kehidupan seharian dan lebih memudahkan mereka apabila inginkan satu-satu kemudahan tanpa perlu pergi jauh lagi. Antara kemudahan yang ada :
Kemudahan :
01. Balai Bomba
02. Balai Polis
03. Hospital Kerajaan
04. Pejabat Kerajaan
05. Bekalan Air
06. Bekalan Elektrik
07. Jalan Raya
08. Rangkaian Telefon
09. Jaringan Internet
10. Perbankan
11. Kedai-Kedai
12. Jeti Nelayan
13. Sekolah Rendah
14. Sekolah Menengah
15. Klinik Kesihatan

Kemudahan Hospital
Kredit foto : google

Ulasan
Catat Ulasan