Borneo Art Gallery Kota Kinabalu

Borneo Art Gallery merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu. Galeri Seni ini terletak di Kompleks Asia City iaitu berada di Pusat Bandar Kota Kinabalu Sabah.

BORNEO ART GALLERY




Sumber Gambar : Sabahtourism

Borneo Art Gallery merupakan sebuah tempat menaik di Sabah yang boleh di kunjungi oleh orang ramai yang datang melancong ke Sabah. Pusat Galeri ini menempatkan pelbagai galeri seni lukisan yang berasal dari Borneo. Lukisan-lukisan ini kebanyakkannya adalah hasil dari karya seni penduduk tempatan Sabah. Selain lukisan daripada pelukis Sabah, terdapat juga beberapa lukisan yang dipamerkan berasal dari pelukis Filipina dan Indonesia.

Lukisan-lukisan yang ada di galeri ini bukan sahaja untuk dipamerkan, namun ianya juga adalah untuk dijual kepada para pengunjung yang datang terutama sekali kepada para pencinta seni lukisan untuk mengumpul koleksi hasil lukisan dari Sabah.


Pusat Galeri ini terletak di tengah Pusat Bandar Kota Kinabalu yang mana ianya akan membolehkan pengunjung datang melawatnya dengan mudah. Untuk ke sini pengunjung boleh berjalan kaki sahaja sebab ianya dekat dan berada di pusat bandar.

Waktu operasi :
Isnin - Sabtu : 9.00 pagi - 9.00 malam
Ahad & Cuti Umum : 9.00 pagi - 3.00 petang

Pada masa kini kadar bayaran masuk ke Borneo Art Gallery adalah percuma kepada semua pengunjung.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan