Bunga Rafflesia atau juga dikenali dengan nama Bunga Pakma merupakan antara bunga paling besar di dunia. Bunga ini banyak ditemui di Kepulauan Borneo khususnya di Negeri Sabah dan bunga ini juga telah dijadikan sebagai bunga rasmi bagi Negeri Sabah.
BUNGA RAFFLESIA

Bunga Rafflesia atau juga dikenali sebagai Bunga Pakma merupakan bunga yang terbesar di dunia. Bunga ini telah dijadikan sebagai bunga rasmi bagi Negeri Sabah. Bunga Rafflesia yang biasanya terdapat di Sabah adalah dari spesis Rafflesia Keithii iaitu spesis yang mudah hidup di kawasan tanah seperti di Sabah. Spesis jenis ini juga merupakan spesis Bunga Rafflesia yang terbesar di Malaysia yang mana ia mempunyai ukuran sehingga 70-80cm, namun kadang kala ianya boleh mencapai sehingga 90cm. Berat bunga ini juga dikatakan boleh mencapai sehingga 20kg.
Terdapat juga spesis lain yang boleh ditemui di Negeri Sabah, iaitu seperti Rafflesia Pricei yang biasanya ditemui di kawasan tanah tinggi dan Rafflesia Tengku-Adlinii yang boleh di temui di kawasan gunung seperti yang terdapat di Gurung Trusmadi. Namun yang paling banyak tumbuh di Negeri Sabah sama ada di kawasan hutan atau di pusat pertanian ialah Bunga Rafflesia dari spesis Keithii.
Bunga Rafflesia di Sabah sentiasa dijaga dengan baik dan ianya boleh ditemui di beberapa lokasi di sekitar Negeri Sabah terutama sekali di sebelah Pantai Barat Sabah iaitu seperti dalam Taman Negara Kinabalu, di Pusat Informasi Rafflesia (Rafflesia Information Centre) yang terletak di daerah Tambunan Sabah dan yang terbaru adalah di kawasan Pusat Rekreasi Poring, Ranau.
Biasanya Bunga Rafflesia memerlukan masa sehingga 9 bulan untuk mekar, dan apabila bunga ini mekar anda perlulah ambil peluang dengan secepat mungkin untuk pergi melihat atau mengambil gambar semasa ia masih mekar, ini adalah kerana Bunga Rafflesia biasanya hanya akan mampu hidup mekar selama 4 hingga 5 hari, dan paling lama pun hanya seminggu sahaja. Bunga ini juga akan mengeluarkan bau yang mungkin anda tidak akan berapa suka tetapi fungsi bau yang dikeluarkan adalah bagi mengelakkannya daripada di hinggap oleh serangga perosak.
Di Sabah terdapat beberapa tempat yang boleh anda kunjungi untuk melihat bunga ini tapi yang selalu menjadi tempat tumpuan orang ramai adalah di Rafflesia Information Centre (RIC) yang terletak dalam daerah Tambunan kerana di sini adalah lebih mudah untuk melihat bunga ini, oleh itu kepada anda yang teringin sangat melihat Bunga Rafflesia tersebut bolehlah datang berkunjung ke tempat ini, tetapi sebaiknya menghubungi terlebih dahulu pihak pengurusan di sini untuk bertanyakan bila masa yang sesuai untuk melawat
Klik sini untuk maklumat RIC

Ulasan
Catat Ulasan