Langkau ke kandungan utama

English Tea House & Restaurant

English Tea House & Restaurant juga merupakan salah satu tempat menarik di Sabah dan ia terletak di dalam daerah Sandakan iaitu lebih kurang 1 km dari Pusat Bandar Sandakan, Sabah.

ENGLISH TEA HOUSE & RESTAURANT


Sumber Gambar : Wikimedia



English Tea House & Restautant Sandakan merupakan salah satu tempat menarik yang anda boleh kunjungi jika datang ke daerah Sandakan. Restoran ini menyajikan hidangan Teh English sebagai menu utama dan beberapa menu makanan English yang lain. Bangunan English Tea House & Restaurant ini dibina berdasarkan reka bentuk Kolonial Inggeris. Terdapat juga beberapa barang lama yang dipamerkan di sini termasuklah buku hasil tulisan Agnes Newton Keith.

Tarikan tempat ini bukan saja dari segi menu makanan dan minumannya tetapi juga kedudukan lokasinya yang terletak di atas bukit memberikan satu pemandangan yang cukup indah dengan menghadap ke arah Laut Sulu. Selain itu hiasan di sekitar kawasan restoran itu sendiri sememangnya menarik. 


Restoran ini menyediakan pelbagai menu istimewa termasuklah beberapa menu tradisional English dan juga Asia, oleh itu anggaran harga menu makanan dan minuman di retoran ini adalah antara RM22.00 hingga RM64.00 (pastikan anda membawa bajet yang cukup ketika datang ke sini). 

Waktu operasi :
Setiap hari : 10 pagi - 6 petang

Pengunjung yang ingin ke restotan ini boleh juga berjalan kaki (kalau kuat berjalan) dari pusat bandar Sandakan yang mengambil masa kira-kira 10-20 minit perjalanan. Pengunjung juga boleh menaiki bas dari terminal bas di bandar Sandakan tetapi pengunjung akan berjalan kaki beberapa minit lagi untuk sampai ke restoran ini. Selain itu pengunjung juga boleh menaiki teksi, atau perkhidmatan e-hailing yang lain, ataupun menyewa kereta.

Ulasan