Hassan Sani adalah salah seorang bekas pemain bola sepak Negeri Sabah. Beliau juga bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang membantu Malaysia layak ke sukan Olimpik Moscow 1980.
HASSAN SANI

Hassan Sani merupakan bekas pemain bola sepak Sabah dan juga pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang berasal dari Sabah. Beliau telah dilahirkan pada 31 Ogos 1958 di Labuan, Sabah dan bermain bola sepak di posisi penyerang untuk pasukan Sabah FA pada tahun 1970an hingga 1980an. Beliau memulakan kerjaya bola sepak pada tahun 1974 bersama pasukan Sabah FA dan membantu Sabah menjadi naib juara Liga Malaysia pada tahun 1979 yang mana pada masa itu Sabah merupakan pasukan paling banyak menjaringkan gol dengan 49 gol kesemuanya.
Hassan Sani kemudiannya telah diambil untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dalam pertandingan bola sepak belia pada tahun 1977 hingga 1978 dan selepas itu beliau kemudiannya telap diserap masuk ke dalam pasukan senior kebangsaan pada tahun 1978 dan dipanggil dengan gelaran 'lipas kudung' kerana ketangkasan dan kelincahan beliau bermain bola sepak.
Kemuncak karier beliau dalam pasukan kebangsaan adalah ketika saingan bola sepak kelayakkan untuk Sukan Olimpik di Moscow yang mana beliau yang juga merupakan antara tonggak utama pasukan kebangsaan telah berjaya membantu Malaysia melayakkan diri ke pertandingan bola sepak Olimpik Moscow pada tahun 1980 apabila pasukan Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Korea Selatan pada pertandingan kelayakan Olimpik Bahagian Asia dengan keputusan 2-1.
Dalam aksi kelayakan ke Sukan Olimpik tersebut, pasukan negara telah dapat mengalahkan Brunei 3-1 pada 27 Mac 1980, seri dengan Jepun 1-1 pada 30 Mac 1980, kemudian pasukan negara mengalahkan Korea Selatan 2-1 pada 6 April 1980 sekaligus dapat melayakkan pasukan negara ke Sukan Olimpik. Walaubagaimanapun Malaysia telah menarik diri daripada Sukan Olimpik sebagai tanda bantahan terhadap Moscow yang menyerang Afghanistan pada masa itu.
Trio Sabah iaitu Peter Rajah, Hassan Sani dan James Wong merupakan antara trio yang amat di segani bermula awal tahun 1980an. Ini dapat dilihat pada tahun 1979 apabila ketiga-tiga mereka berjaya membantu Sabah menamatkan musim tersebut ditangga kedua walaupun pada awal musim pasukan Sabah bermula dengan perlahan. Dengan gabungan trio ini Sabah kemudian telah berjaya menang semua baki 8 perlawanan termasuklah kemenangan dengan jaringan yang besar iaitu mengalahkan Sarawak 8-0, kalahkan Perak 11-0 dan kalahkan Terengganu 6-1.
Walaubagaimanapun pasukan Malaysia telah menarik diri dari temasya Sukan Olimpik tersebut kerana pada Kerajaan Malaysia membantah tindakan Soviet Union yang telah menceroboh Afghanistan pada ketika itu.
Antara pasukan yang pernah beliau sertai adalah :
01. Pasukan Belia - Sabah FA (1974-1976)
02. Pasukan Senior - Sabah FA (1977-1984)
03. Pasukan Senior - Kuala Lumpur FA (1985-1988)
04. Pasukan Senior - Sabah FA (1989-1992)
05. Pasukan Kebangsaan - Malaysia (1978-1986)
06. Pasukan Kebangsaan - Malaysia (Pantai 1996-1999)
Beliau telah dianugerahkan Pingat Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk pada 3 Oktober 2016 bersama dengan James Wong.

Ulasan
Catat Ulasan