Lembah Danum yang berkeluasan kira-kira 43800 hektar merupakan kawasan hutan yang tertua di negeri Sabah. Hutam ini terletak lebih kurang 80 km dari Pusat Bandar Lahad Datu.
HUTAN TERTUA

Lembah Danum merupakan kawasan Hutan Tertua di Sabah dan juga merupakan kawasan Hutan Simpan Kelas Pertama yang diurus oleh Bahagian Pengurusan Hutan di bawah kendalian Yayasan Sabah. Kawasan Pemuliharaan Hutan Lembah Danum ini juga diiktiraf sebagai salah satu ekosistem yang paling kompleks di dunia.
Kawasan ini juga berfungsi sebagai kediaman bagi spesis hidupan liar yang semakin terancam atau pupus seperti Orang Utan, Gajah dan lain-lain lagi. Selain itu di kawasan Lembah Danum juga para pengunjung berpeluang untuk melawat beberapa tapak perkuburan purba yang masih lengkap dengan keranda yang dibuat daripada kayu belian.
Kawasan Lembah Danum juga berfungsi sebagai tempat kediaman kepada pelbagai spesis hidupan flora dan fauna serta hidupan liar lain seperti Orang Utan, Gajah, Monyet, Badak Sumbu, Kucing Hutan, 300 lebih spesis burung dan lain-lain lagi. Pengunjung yang datang ke Lembah Danum ini juga akan berpeluang untuk melawat ke tapak perkuburan purba yang masih lengkap dengan keranda yang diperbuat daripada kayu belian. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan adalah dengan berjalan di laluan kanopi dengan ketinggian lebih kurang 30 meter.

Oleh kerana lokasi Lembah Danum ini yang agak jauh dari Bandar Lahad Datu dan dengan keadaan jalannya yang tidak berturap dan dengan kawasan hutan yang tebal, jadi sekiranya anda ingin datang ke sini sebaiknya anda bermalam dengan menyewa Chalet Borneo Rainforest Lodge yang terdapat di sini. Chalet ini adalah dimiliki oleh pihak Borneo Rainforest Lodge dan sememangnya chalet ini dikatakan cantik dan dapat memenuhi keselesaan pengunjung yang bermalan di sini. Terdapat lebih kurang 30 chalet yang disediakan di sini, jadi anda boleh pilih yang mana anda suka. Peralatan mandian semua pun ada, tapi kalau mahu bawa peralatan mandi sendiri pun boleh juga.
Sebelum ke Lembah Danum, pengunjung hendaklah mendapatkan permit kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Yayasan Sabah dan buat tempahan (booking) terlebih dahulu. Untuk lebih memudahkan pengurusan perjalanan pergi dan balik anda, sebaiknya anda menghubungi terus pihak pengurusan Lembah Danum (Borneo Rainforest Lodge), atau melalui mana-mana ejen pelancongan yang berdaftar untuk mendapatkan pakej pelancongan, tetapi pastikan ejen pelancongan tersebut adalah yang sah dan berdaftar agar tidak ada masalah.
Ulasan
Catat Ulasan