Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran atau dahulunya dikenali dengan nama Maktab Perguruan Kent Tuaran merupakan IPG yang tertua di Sabah dan ke4 di Malaysia.
IPG KENT TUARAN

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Tuaran merupakan Institut Pendidikan Guru yang terletak di Pekan Tuaran iaitu kira-kira 35 km dari pusat bandar Kota Kinabalu. IPG Kent Tuaran merupakan IPG yang tertua di negeri Sabah yang telah memulakan operasinya pada 15 April 1952.
Ketika baru ditubuhkan, IPG Kent hanya menumpang di Trade School yang terletak di Menggatal Sabah sebelum berpindah ke kampus utamanya pada bulan Oktober 1952. Perasmian kampus utama IPG Kent telah disempurnakan oleh Duchess Of Kent Princess Marina pada 18 Oktober 1952. Pengajian awal di kampus baru ini bermula pada tahun 1953.
Sejarah penjenamaan IPG Kent Tuaran iaitu pada mulanya ia dikenali dengan nama Kent Teachers Training College (KTTC) dan kemudiannya ditukarkan kepada Maktab Pergurusan Kent Tuaran. Selepas itu nama Maktab Pergutuan Kent Tuaran ditukarkan sekali lagi kepada Institut Pendidikan Guru Kent Tuaran pada tanggal 6 Mei 2006 iaitu sempena penaiktarafan secara serentak semua Maktab Perguruan di seluruh Malaysia.
Kemudian pada 16 Januari 2009, sekali lagi semua Institut Pendidikan Guru di Malaysia telah dinaiktarafkan dan nama Institut Pendidikan Guru juga telah sekali lagi ditukar kepada Instiut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), ini termasuklah juga IPG Kent yang telah ditukar nama kepada IPGM Kent dan berada di pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Alamat :
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kent Tuaran
Peti Surat 2,
Poskod 89207,
Tuaran, Sabah
Tel : 088-788500
Faks : 088-788007

Ulasan
Catat Ulasan