Kinabatangan adalah salah sebuah daerah yang terdapat di Negeri Sabah dan termasuk dalam Bahagian Sandakan dan terletak disebelah Pantai Timur Sabah dan berada di bawah pentadbiran dan pengurusan Majlis Daerah Kinabatangan yang telah diwujudkan pada 1 Julai 1968 dan pada mulanya pejabat majlis daerahnya berada di Pekan Bukit Garam sebelum dipindahkan ke Pekan Kota Kinabatangan iaitu lebih kurang 71 km atau kira-kira 1 jam 15 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan.

Pekan Kota KinabatanganKredit gambar : Ldyou2
KOTA KINABATANGAN

Pekan Kota Kinabatangan
Kinabatanga adalah sebuah daerah yang terletak di sebelah Pantai Timur Sabah dan daerah ini termasuk dalam Bahagian Sandakan dan segala urus tadbir daerah ini adalah dibawah pengurusan Majlis Daerah Kinabatangan meliputi seluruh Daerah Kinabatangan yang berkeluasan 6605 kilometer persegi atau pun 2250 batu persegi yang termasuk 9 mukim seperti Sukau, Bukit Garam, Paris, Batu Puteh, Suan Lamba, Mumiang, Lubukan, Tanjung Aru dan juga Litang. Pada awalnya iaitu ketika zaman British pentadbiran daerah ini terletak di kawasan Lamag iaitu sekitar tahun 1905. Setelah Sabah merdeka dan menyertai Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia bersama Sarawak banyak daerah di negeri ini yang telah dibangunkan serta dimajukan termasuklah daerah ini dan dengan pembangunan yang dilihat semakin berkembang akhirnya pada 1 Julai 1968 Daerah Kinabatangan telah diberikan status daerah penuh dan Majlis Daerah Kinabatangan pun diwujudkan yang mana pada ketika itu pejabat pentadbiran terletak di Pekan Bukit Garam sebelum dipindahkan ke Pekan Kota Kinabatangan pada 20 November 1987 yang lebih mudah diakses oleh penduduk didaerah ini sebab kedudukannya yang berada di tepi jalan utama. Jarak antara Pekan Kota Kinabatangan dengan Bandar Sandakan adalah lebih kurang 71 km atau kira-kira 1 jam 15 minit perjalanan menaiki kenderaan seperti kereta mahu pun menaiki bas.
Daerah Kinabatangan memang sudah cukup dikenali oleh penduduk tempatan negeri ini dan pelancong dari dalam serta luar negara kerana sungainya merupakan yang merupakan terpanjang di negeri Sabah dengan kepanjangannya 560 km dan juga sungai kedua terpanjang di Malaysia. Kinabatangan dikatakan telah pun wujud sekitar kurun ke-16 yang mana ketika itu penduduknya hanya tinggal di sepanjang Sungai Kinabatangan dan kebanyakkannya adalah dari suku kaum Sungai atau kini lebih dikenali sebagai Orang Sungai. Nama daerah ini pula telah diambil daripada bahasa Sungai iaitu 'Cina Batangan' yang membawa maksud Sungai Cina kerana kawasan tersebut pernah menjadi tempat pengembaraan Kerabat Maharaja China yang bernama Ong Sung Peng yang telah membuat pelayaran dari tanah besar China hinggalah ke beberapa kawasan di daerah ini seperti di Bilit dan Mumiang. Bila pihak British melalui Syarikat Berpiagam Borneo Utara mentadbir daerah ini maka nama tersebut pun ditukarkan kepada Kinabatangan pada tahun 1881 dan nama ini kekal digunakan sehingga ke hari ini. Terdapat juga beberapa pendapat masyarakat setempat yang mengatakan bahawa Kinabatangan telah pun wujud sebelum kurun ke-16 lagi dan nama daerah ini ada kemungkinannya berasal daripada nama sejenis pokok, sebab kawasan ini sudah pun wujud sebelum kedatangan pengembara Cina ke sini yang mana ia seperti yang direkodkan Brunei sekitar tahun 1408 - 1426 iaitu sebelum orang Cina datang ke daerah ini, apa pun daerah ini kini semakin berkembang maju seiring dengan kemajuan yang dikecapi negara dan negeri Sabah.
Majoriti daripada penduduk Kota Kinabatangan adalah terdiri dari suku kaum Sungai dan terdapat juga beberapa suku kaum lain yang turut sama tinggal di daerah ini seperti Bugis, Bajau, Suluk, Ida'an dan lain-lain lagi dengan jumlah keseluruhan penduduk di daerah Kinabatangan pada masa kini adalah lebih kurang dianggarkan sekitar 200 ribu sebab daerah memang agak luas iaitu 6604 kilometer persegi atau 2550 batu persegi dan penduduk di daerah juga majoritinya adalah beragama Islam, oleh itu sekiranya anda melalui daerah ini memang senang melihat dan menjumpai masjid-masjid yang dibina tidak jauh dari jalan utama. Dari segi pekerjaan pula penduduk Daerah Kinabatangan ramai yang melalui aktiviti peladangan atau pertanian iaitu menjalankan aktiviti penanaman tanaman komoditi seperti kelapa sawit yang begitu banyak dilihat dalam daerah ini, yang mana ada dilaksanakan syarikat besar ada juga yang ditanam secara kecil-kecilan oleh penduduk tempatan, selain kelapa sawit terdapat juga tanaman lain yang ditanam oleh penduduk tempatan daerah ini untuk kegunaan harian dan untuk dijual ke pasar atau tamu mingguan. Selain pertanian ada juga sesetengah penduduk yang menjalankan aktiviti perikanan atau nelayan seperti membuat tangkapan ikan di Sungai Kinbatangan untuk menambahkan lagi sumber ekonomi mereka. Selain itu dengan adanya beberapa kawasan yang melakukan aktivit ekopelancongan telah dapat membantu lagi ekonomi penduduk tempatan daerah ini seperti adanya banyak perkhidmatan homestay, pemandu pelancongan, bot pelancogan dan beberapa kedai cenderahati.
Daerah Kinabatangan juga tidak ketinggalaan daripada arus pembangunan yang mana terdapat banyak pembangunan telah disiapkan dan ada juga yang masih dalam pembikinan termasuklah kemudahan lain untuk penduduk daerah ini. Pada masa kini pun terdapat banyak juga kemudahan awam atau asas yang telah disediakan pihak kerajaan melalui Majlis Daerah Kinabatangan untuk memberikan keselesaan dan kemudahan kepada penduduk di Pekan Kota Kinabatangan serta mukim-mukim yang lain seperti yang disenaraikan di atas tadi.
Kemudahan :
01. Balai Polis
02. Balai Bomba
03. Klinik Kesihatan
04. Klinik Desa
05. Hospital Kerajaan
06. Pejabat Kerajaan
07. Jalan Raya
08. Bekalan Air
09. Bekalan Elektrik
10. Jaringan Internet
11. Rankaian Telefon
12. Perbankan
13. Bangunan Kedai
14. Sekolah Rendah
15. Sekolah Menengah
16. Masjid Daerah
17. Lain-lain lagi
Di daerah ini juga ada mempunyai tempat menarik yang sememangnya sudah cukup terkenal diseluruh dunia dan menjadi antara tarikan utama para pelancong dari luar negara yang datang ke Negeri Sabah, oleh itu tidak hairanlah jika anda selalu melihat pelancong dari luar negara di beberapa kawasan dalam daerah ini terutamanya berhampiran dengan tempat menarik tersebut.
Tempat menarik :
01. Gua Gomantong
02. Batu Tulug
03. Kampung Bilit

04. Sungai Kinabatangan
Bila anda sudah berada di di daerah ini bercuti atau berjalan-jalan bolehlah luangkan masa untuk pergi melihat kemeriahan Pesta Damas yang merupakan pesta kebudayaan Orang Sungai dan biasanya pesta ini diadakan setiap tahun dalam bulan September dan biasa dibuat di Pekan Sukau, Kinabatangan.

Ulasan
Catat Ulasan