Kota Belud merupakan salah sebuah daerah yang terletak di dalam Bahagian Pantai Barat Sabah dan daerah ini berada di bawah pengurusan dan pentadbiran pihak Majlis Daerah Kota Belud yang juga merupakan antara Pejabat Daerah tertua di negeri ini yang dibina sejak tahun 1952 melalui naiktaraf dari Pejabat Daerah Kota Belud. Pekan Kota Belud terletak kira-kira 77 km yang mana ia mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu Sabah.
KOTA BELUD

01. Tamu Besar
02. Pulau Mantanani
03. Pekan Nabalu
04. Nohutu Ecotoruism
05. Polumpung Camp Site
06. Bukit Bongol
07. Kg. Sangkir
08. Tagal Kg. Telingan
09. Pantai Merdeka
10. Tegudon Tourism
11. Nohutu Ecotoutism

Pemangangan Kg. Sangkit
Kredit foto : Keiz Mahaz
Daerah Kota Belud juga mempunyai pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa di sini agar dapat memastikan penduduk daerah ini tidak ketinggalan dari segi pembangunan dan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para penduduk. Antara beberapa kemudahan awam dan kemudahan yang ada ialah :
Kemudahan :
01. Balai Polis
02. Balai Bomba
03. Hospital Kerajaan
04. Pejabat Kerajaan
05. Jalan Raya
06. Bekalan Air
07. Bekalan Elektrik
08. Jaringan Internet
09. Liputan Telefon
10. Jeti Pelancongan
11. Klinik Kesihatan
12. Perbankan
13. Klinik Desa
14. Tempat Pelancongan
15. Sekolah Rendah
16. Sekolah Menengah
17. Tamu Besar KB
18. Lain-lain lagi

Kota Belud adalah sebuah daerah yang termasuk dalam Bahagian Pantai Barat Sabah dan daerah ini juga adalah daerah yang mempunyai sebuah pejabat pentadbiran yang terawal di negeri ini iaitu sejak zaman British lagi. Daerah Kota Belud meliputi kawasan seluas kira-kira 1380 km persegi atau pun 535 batu persegi dan pentadbirannya adalah berada dibawah seliaan Majlis Daerah Kota Belud. Pada zaman Kolonial British, Daerah Kecil Ranau dan Tenghilan juga pernah berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Belud iaitu sekitar tahun 1953, namun dipisahkan setelah dua daerah tersebut mendapat status daerah penuh. Pekan Kota Belud tidaklah terlalu jauh dari Kota Kinabalu yang mana jaraknya adalah sekitar 70 km atau kira-kira 1 jam perjalanan sahaja dengan menaiki kenderaan. Daerah ini juga mempunyai nama jolokan iaitu dikenali sebagai 'Daerah Koboi Timur', ini disebabkan kebanyakkan di sini penduduknya mahir dalam aktiviti menunggang kuda, terutamanya dari kalangan suku kaum Bajau. Nama Kota Belud diambil daripada Bahasa Bajau yang mana perkataan 'Kota' membawa maksud 'Kubu Pertahanan' manakala perkataan 'Belud' pula membawa maksud 'Bukit', oleh itu Kota Belud dikatakan sebagai sebuah kota pertahanan yang terletak di atas bukit.
Nama asal bagi Kota Belud pada awalnya adalah Tempasuk dan telah pun wujud sekitar tahun 1700an lagi. Dalam tahun 1800an iaitu sebelum kedatangan British ke sini, terdapat dua pihak yang menjaga atau memerintah beberapa kawasan di dalam daerah ini, akibat daripada sering terjadinya salah faham antara dua belah pihak menyebabkan pihak yang terdiri dari suku kaum Bajau telah memilih kawasan bukit untuk dijadikan kubu pertahanan dan bukit dikenali sebagai Kota Belud, semasa British berada di daerah negeri ini dan banyak pembahagian daerah yang berlaku seperti Daerah Kecil Ranau berpisah pentadbirannya dengan daerah ini, setelah pembahagian daerah nama Kota Belud masih kekal dipakai sehinggalah ke hari ini dan bukit yang menjadi tempat kubu pertahanan tersebut telah diberikan nama Bukit Perintah. Pihak British telah datang ke daerah ini mengambil alih kesemua pentadbiran kawasan di Tempasuk dan beberapa pembaharuan telah dibuat dalam pentadbiran sehinggalah dapat selesaikan beberapa masalah yang sering berlaku dalam daerah tersebut pada ketika itu seperti perbalahan antara penduduk termasuklah ancaman dari lanun, dengan keadaan yang aman ianya membolehkan penduduk keluar mencari rezeki dan pentadbiran pun dapat dijalankan dengan lebih berkesan sekaligus Tempasuk menjadi semakin berkembang maju.
Pendudukan British di Kota Belud telah bermula sekitar tahun 1878 dan Pegawai British pertama yang mentadbir pada masa itu adalah William Pretyman, yang mentadbir Tempasuk bermula dari tahun 1878 hingga 1880 dan beliau dikatakan telah memasuki Tempasuk melalui laluan dari Kuala Abai pada 2 Mei 1878. Beliau hanya mentadbir hanya sehingga tahun 1880 telah berjaya membangunkan Tempasuk dan antara yang penting ialah sumbangan beliau dalam mendamaikan beberapa suku kaum yang saling bermusuhan pada ketika itu iaitu suku kaum Bajau, Iranun dan Dusun. Semasa pentadbiran beliau juga beberapa perubahan telah dibuat agar dapat memastikan Tempasuk dapat membangun dengan lancar tanpa ada sebarang masalah mahupun gangguan, antara yang dilakukan oleh William Pretyman pada masa itu adalah melaksanakan perniagaan yang mana semua pernigaan menggunakan sistem barter iaitu satu sistem bertukar barang antara penjual dan pembeli. Selain itu beliau juga telah menubuhkan sebuah pasukan polis pada 6 September 1878 yang diketuai oleh Kapten Wittie dan menurut cerita pasukan ini adalah unik disebabkan mereka menggunakan kerbau sebagai pengangkutan ketika bertugas pada masa itu dan pasukan polis ini juga digelar sebagai Skuad Polis Terbang serta Berkerbau dan Pasukan Polis yang ditubuhkan adalah yang pertama sekali di Negeri Sabah. Mahkamah juga telah ditubuhkan oleh William Pretyman yang akan menguruskan segala kesalahan dilakukan oleh penduduk di Tempasuk. Bagi membantu ekonomi penduduk pada masa itu Tamu Kota Belud telah diwujudkan yang mana ianya kekal hingga ke hari ini dan merupakan tamu pertama dan terbesar di negeri ini pada masa kini.
Pada masa kini Daerah Kota Belud mempunyai jumlah penduduk yang dianggarkan lebih daripada 100 ribu orang dan majoriti besar penduduknya adalah dari suku kaum Bajau, Dusun, Murut, Irranun dan. beberapa lagi suku kaum atau etnik lain seperti Cina dari suku kuam Hakka. Majoriti penduduk di sini juga adalah beragama Islam dan ekonomi penduduk di daerah ini adalah daripada pelbagai aktiviti tapi yang paling banyak dilakukan adalah aktiviti pertanian atau perladangan yang mana Kota Belud adalah antara daerah yang mempunyai kawasan penanaman padi yang luas sekaligus menjadinya daerah ini pengeluar pada utama di Sabah, selain padi ada juga aktiviti penanaman lain seperti kelapa sawit, getah dan beberapa tanaman kontan yang banyak dijual ketika adanya jualan di Tamu Besar Kota Belud. Lain dari tu penduduk di daerah ini juga ramai yang melakukan aktiviti ekonomi seperti perniagaan dan juga kraftangan yang mana ianya juga banyak dijual di Tamu Besar tersebut, di daerah ini juga banyak lokasi pelancongan menarik yang dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke sini seterusnya dapat membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi penduduk di daerah ini, beikut di bawah ini adalah tempat menarik :
Tempat menarik :
Nama asal bagi Kota Belud pada awalnya adalah Tempasuk dan telah pun wujud sekitar tahun 1700an lagi. Dalam tahun 1800an iaitu sebelum kedatangan British ke sini, terdapat dua pihak yang menjaga atau memerintah beberapa kawasan di dalam daerah ini, akibat daripada sering terjadinya salah faham antara dua belah pihak menyebabkan pihak yang terdiri dari suku kaum Bajau telah memilih kawasan bukit untuk dijadikan kubu pertahanan dan bukit dikenali sebagai Kota Belud, semasa British berada di daerah negeri ini dan banyak pembahagian daerah yang berlaku seperti Daerah Kecil Ranau berpisah pentadbirannya dengan daerah ini, setelah pembahagian daerah nama Kota Belud masih kekal dipakai sehinggalah ke hari ini dan bukit yang menjadi tempat kubu pertahanan tersebut telah diberikan nama Bukit Perintah. Pihak British telah datang ke daerah ini mengambil alih kesemua pentadbiran kawasan di Tempasuk dan beberapa pembaharuan telah dibuat dalam pentadbiran sehinggalah dapat selesaikan beberapa masalah yang sering berlaku dalam daerah tersebut pada ketika itu seperti perbalahan antara penduduk termasuklah ancaman dari lanun, dengan keadaan yang aman ianya membolehkan penduduk keluar mencari rezeki dan pentadbiran pun dapat dijalankan dengan lebih berkesan sekaligus Tempasuk menjadi semakin berkembang maju.
Pendudukan British di Kota Belud telah bermula sekitar tahun 1878 dan Pegawai British pertama yang mentadbir pada masa itu adalah William Pretyman, yang mentadbir Tempasuk bermula dari tahun 1878 hingga 1880 dan beliau dikatakan telah memasuki Tempasuk melalui laluan dari Kuala Abai pada 2 Mei 1878. Beliau hanya mentadbir hanya sehingga tahun 1880 telah berjaya membangunkan Tempasuk dan antara yang penting ialah sumbangan beliau dalam mendamaikan beberapa suku kaum yang saling bermusuhan pada ketika itu iaitu suku kaum Bajau, Iranun dan Dusun. Semasa pentadbiran beliau juga beberapa perubahan telah dibuat agar dapat memastikan Tempasuk dapat membangun dengan lancar tanpa ada sebarang masalah mahupun gangguan, antara yang dilakukan oleh William Pretyman pada masa itu adalah melaksanakan perniagaan yang mana semua pernigaan menggunakan sistem barter iaitu satu sistem bertukar barang antara penjual dan pembeli. Selain itu beliau juga telah menubuhkan sebuah pasukan polis pada 6 September 1878 yang diketuai oleh Kapten Wittie dan menurut cerita pasukan ini adalah unik disebabkan mereka menggunakan kerbau sebagai pengangkutan ketika bertugas pada masa itu dan pasukan polis ini juga digelar sebagai Skuad Polis Terbang serta Berkerbau dan Pasukan Polis yang ditubuhkan adalah yang pertama sekali di Negeri Sabah. Mahkamah juga telah ditubuhkan oleh William Pretyman yang akan menguruskan segala kesalahan dilakukan oleh penduduk di Tempasuk. Bagi membantu ekonomi penduduk pada masa itu Tamu Kota Belud telah diwujudkan yang mana ianya kekal hingga ke hari ini dan merupakan tamu pertama dan terbesar di negeri ini pada masa kini.
Pada masa kini Daerah Kota Belud mempunyai jumlah penduduk yang dianggarkan lebih daripada 100 ribu orang dan majoriti besar penduduknya adalah dari suku kaum Bajau, Dusun, Murut, Irranun dan. beberapa lagi suku kaum atau etnik lain seperti Cina dari suku kuam Hakka. Majoriti penduduk di sini juga adalah beragama Islam dan ekonomi penduduk di daerah ini adalah daripada pelbagai aktiviti tapi yang paling banyak dilakukan adalah aktiviti pertanian atau perladangan yang mana Kota Belud adalah antara daerah yang mempunyai kawasan penanaman padi yang luas sekaligus menjadinya daerah ini pengeluar pada utama di Sabah, selain padi ada juga aktiviti penanaman lain seperti kelapa sawit, getah dan beberapa tanaman kontan yang banyak dijual ketika adanya jualan di Tamu Besar Kota Belud. Lain dari tu penduduk di daerah ini juga ramai yang melakukan aktiviti ekonomi seperti perniagaan dan juga kraftangan yang mana ianya juga banyak dijual di Tamu Besar tersebut, di daerah ini juga banyak lokasi pelancongan menarik yang dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke sini seterusnya dapat membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi penduduk di daerah ini, beikut di bawah ini adalah tempat menarik :
Tempat menarik :
01. Tamu Besar
02. Pulau Mantanani
03. Pekan Nabalu
04. Nohutu Ecotoruism
05. Polumpung Camp Site
06. Bukit Bongol
07. Kg. Sangkir
08. Tagal Kg. Telingan
09. Pantai Merdeka
10. Tegudon Tourism
11. Nohutu Ecotoutism

Pemangangan Kg. Sangkit
Kredit foto : Keiz Mahaz
Daerah Kota Belud juga mempunyai pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa di sini agar dapat memastikan penduduk daerah ini tidak ketinggalan dari segi pembangunan dan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para penduduk. Antara beberapa kemudahan awam dan kemudahan yang ada ialah :
Kemudahan :
01. Balai Polis
02. Balai Bomba
03. Hospital Kerajaan
04. Pejabat Kerajaan
05. Jalan Raya
06. Bekalan Air
07. Bekalan Elektrik
08. Jaringan Internet
09. Liputan Telefon
10. Jeti Pelancongan
11. Klinik Kesihatan
12. Perbankan
13. Klinik Desa
14. Tempat Pelancongan
15. Sekolah Rendah
16. Sekolah Menengah
17. Tamu Besar KB
18. Lain-lain lagi


Ulasan
Catat Ulasan