Langkau ke kandungan utama

Kota Kinabalu

Kota Kinabalu merupakan ibu negeri bagi Negeri Sabah dan segala urusan pentadbiran Kota Kinabalu berada dibawah seliaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Pada 2 Februari 2000 Kota Kinabalu telah diisytiharkan sebagai telah diiktiraf menjadi bandar raya sekaligus menjadi bandar raya keenam yang diiktiraf dalam Malaysia. Kota Kinabalu terletak di sebelah Pantai Barat Sabah dan merupakan pintu masuk utama pelancong dari luar negara yang datang ke negeri ini.

BANDARAYA KOTA KINABALU


Kredit foto : ISN

Kota Kinabalu atau lebih ringkasnya disebut KK adalah sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Sabah dan Bandar Kota Kinabalu juga adalah bandar utama terbesar di negeri ini yang menjadi Ibu bagi Negeri Sabah. Kota Kinabalu telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya pada 2 Februari 2000 yang juga bandar raya ke enam diiktiraf di Malaysia dan semua urusan pentadbiran di Kota Kinabalu berada dibawah pengurusan dan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang berpusat di Pusat Bandar Kota Kinabalu. Hampir semua kementerian dan jabatan utama negeri ini berada di sini kecuali beberapa jabatan seperti Jabatan Perhutanan Sabah yang masih terletak di Sandakan. Selain daripada itu Kota Kinabalu juga merupakan pintu utama kemasukan pelancong dari luar negara yang datang ke negeri ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang terlebih cuma lebih kurang 8 km sahaja dari pusat bandar. Kota Kinabalu mempunyai keluasan 351 kilometer persegi atau 136 batu persegi dan luas kawasan ini meliputi beberapa kawasan bandar dan daerah kecil disekitarnya seperti Tanjung Aru, Telipok, Kepayan, Sepanggar, Penampang, Dongongon dan Putatan. Bandaraya Kota Kinabalu terletak berhadapan dengan Laut China Selatan dengan beberapa pulau pelancongan yang terletak berhampiran dan dapat dilihat dengan begitu jelas iaitu seperti Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Gaya, Pulau Sapi dan Pulau Sulug, pulau-pulau ini adalah pulau yang dijaga oleh pihak kerajaan dan dimasukkan di dalam kawasan Taman Negara Tunku Abdul Rahman, dan nama ini diambil bersempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman.


Kota Kinabalu 1950an
Kredit foto : Sabah

Nama Kota Kinabalu diambil bersempena nama Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia, namun sebelum menggunakan nama ini, Kota Kinabalu juga pernah menggunakan beberapa nama antaranya adalah seperti Jesselton, Api-Api dan Singgah Mata. Sejarah Kota Kinabalu bermula pada tahun 1882 iaitu apabila Syarikat Borneo Utara British (BNBC) mula membuka penempatan di Pulau Gaya dan majoriti penduduk yang tinggal di situ adalah dari suku kaum Bajau, namun pada tahun 1897 pejuang kebebasan dari kaum Bajau yang diketuai oleh Mat Salleh telah mula menyerang dan memusnahkan penempatan BNBC di Pulau Gaya yang mana ini menyebabkan pihak Syarikat Borneo Utara British mengambil keputusan untuk berpindah ke penempatan yang di tanah besar dan kemudian membuka penempatan di kawasan perkampungan nelayan yang disebut Api-Api. Lokasi baru ini telah dijadikan sebagai pelabuhan utama dan tempat perhentian Keretapi Borneo Utara atau North Borneo Railway, selepas penempatan baru ini mula berkembang namanya telah ditukar kepada Jesselton, bersempena nama Sir Charles Jessel yang merupakan Naik Pengerusi BNBC pada ketika itu. Jesselton kemudiannya telah dibakar dan dimusnah oleh pihak BNBC sendiri ketika Perang Dunia Kedua agar ia tidak jatuh ke tangan pihak Jepun dan semasa pentadbiran Jepun, nama Jesselton telah ditukar kepada kepada Api-Api. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, pihak British kembail mentadbir negeri ini dan menukarkan kembali nama tempat ini kepada Jesselton yang kemudiannya dijadikan sebagai ibu negeri Borneo Utara menggantikan Sandakan yang musnah teruk akibat perang.
 Pada 30 September 1968 iaitu selepas Sabah merdeka dan menyertai Malaysia, nama Jesselton telah ditukar kepada Kota Kinabalu.


Kini Kota Kinabalu yang terletak di Pantai Barat Negeri Sabah mempunyai bilangan penduduk hampir satu juta orang dan telah, ramai penduduk tempatan negeri ini yang datang dari daerah lain telah mula berpindah ke sini kerana peluang pekerjaan, kemudahan asas dan kemudahan awam yang lebih banyak. Penduduk di Kota Kinabalu terdiri daripada pelbagai bangsa dan suku kaum seperti Kadazan Dusun, Bajau, Murut, Rungus, Melayu Brunei dan beberapa lagi suku kaum yang lain dan majoriti penduduk di daerah ini adalah beragama Islam. Dari segi ekonomi, Kota Kinabalu adalah pusat utama bagi sektor perindustrian dan komersian termasuklah beberapa sektor lain seperti pertanian, perikanan, perhutanan, pelancongan serta minyak dan gas. Dengan adanya pelbagai hasil ekonomi ianya akan dapat membantu penduduk di seluruh negeri ini untuk mencari peluang pekerjaan dengan lebih mudah di Kota Kinabalu sekaligus dapat meningkatkan lagi pendapatan mereka terutama sekali bagi mereka yang memang dari daerah ini. Beberapa tapak perindustrian terdapat di Kota Kinabalu seperti yang ada di Kolombong dan inanam serta adanya Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) akan dapat membantu meningkatkan lagi aktiviti perindustrian dan komersial di kawasan bandar ini. Selain itu dengan adanya pusat membeli belah yang besar seperti Imago, 1Borneo, Suria Sabah sudah pasti akan dapat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk di daerah ini termasuklah beberapa pasar tamu dan pasar malam yang disedia oleh Pihak Berkuasa untuk membantu para penduduk Kota Kinabalu menambah pendapatan mereka. Dari segi pelancongan ianya juga banyak membantu penduduk di daerah ini menambahkan pendapatan mereka dengan membuka beberapa perniagaan seperti inap desa, hotel, guide pelancong, bot pelancong, dan macam-macam lagi sebab Kota Kinabalu adalah pintu utama kemasukan pelancong ke negeri ini sebelum mereka pergi ke lokasi percutian.


Menara Kinabalu & Tun Mustapha
Kredit foto : Kapkan5874

Terdapat begitu banyak kemudahan awam dan kemudahan asas yang telah disediakan pihak kerajaan negeri dari dahulu lagi untuk memastikan ibu negeri Sabah ini terus berkembang maju seiring dengan kemajuan yang dikecapi negeri dan negara. Kemudahan ini semua disediakan untuk memastikan para penduduk negeri ini khususnya mereka yang tinggal di daerah Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya dapat menggunakan kemudahan ini bagi melancarkan kehidupan mereka seharian. Antara kemudahan yang ada ialah seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang menjadi pintu utama para pelancong dari dalam dan luar negara yang masuk dan keluar dari negeri ini. Pengangkutan darat pula ada pengangkutan awam seperti bas dan van yang membawa penumpang ke Bandar Kota Kinabalu dan kawasan lain disekitar Kota Kinabalu. Selain itu terdapat juga terimal bas menyediakan perkhidmatan bas yang menuju ke kawasan luar bandar pedalaman seperti ke Tenom, Beaufort, manakala terminal bas bandaraya utara pula yang menyediakan bas ekspress untuk laluan ke utara dan utara timur iaitu seperti ke daerah Sandakan, Kudat, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Ranau dan lain-lain lagi. Pengangkutan laut juga ada disediakan bagi memudahkan pengguna yang mahu pergi ke beberapa pulau seperti ke pulau-pulau yang terdapat dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahmah dan juga ke Pulau Labuan. Lain dari itu terdapat juga beberapa pengangkutan awam lain yang turut ada disediakan di Kota Kinabalu ini iaitu seperti teksi dan lain-lain lagi. Dibawah ini adalah beberapa kemudahan awam dan asas yang telah disediakan untuk kemudahan penduduk :

Kemudahan :

01. Balai Polis
02. Balai Bomba
03. Lapangan Terbang
04. Terminal Bas
05. Pengangkutan Awam
06. Jalan Raya
07. Pejabat Kerajaan
08. Tempat Pelancongan
09. Bekalan Air
10. Bekalan Elektrik
11. Jaringan Internet
12. Liputan Telefon
13. Hospital Kerajaan
14. Klinik Desa
15. Klinik Kesihatan
16. Mahkamah Tinggi
17. Mahkamah Sesyen
18. Mahkamah Majistret
19. Muzium Negeri
20. Taman Awam
21. Kolej Awam/Swasta
22. Universiti Awam
23. Universiti Swasta
24. Sekolah Rendah
25. Sekolah Menengah
26. 
Institut Pendidikan Guru


Masjid Bandaraya Kota Kinabaku
Kredit foto : Masjidbandaraya

Kota Kinabalu yang juga ibu negeri Sabah merupakan antara destinasi pelancongan utama di negeri ini yang mana Bandar Kota Kinabalu adalah pintu masuk utama bagi pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke sini iaitu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dengan itu terdapat banyak tempat menarik yang dibina di sini bagi menarik lebih ramai lagi pelancong datang ke Sabah khususnya ke Kota Kinabalu. Berikut di bawah ini adalah antara beberapa tempat menarik yang ada di sekitar Daerah Kota Kinabalu :

Tempat menarik :

01. Muzium Negeri
02. Menara Tun Mustapha
03. Jesselton Point
04. Rumah Terbalik
05. Anjung Kinabalu
06. KK. Waterfront
07. Jambatan Tamparuli
08. Air Terjun Kionsom
09. Poring Hot Spring
10. Taman Buaya Tuaran
11. Pantai Teluk Likas
12. Menara Kinabalu
13. Pulau Mamutik
14. Pulau Manukan
15. Pulau Gaya
16. Pulau Sulug
17. Pulau Sapi
18. Masjid Bandaraya
19. Masjid Negeri
20. Kg. Budaya Mari-Mari
21. 
Lok Kawi Wildlife Park
22. Monsopiad Cultural Village
23. Atkinson Clock Tower


Muzium Negeri Sabah
Kredit foto : MuziumSabah

Ulasan