Kundasang War Memorial merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Memorial Perang ini terletak di Kundasang dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 90 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah.
KUNDASANG WAR MEMORIAL

Kundasang War Memorial (Memorial Perang Kundasang) merupakan salah sebuah tempat menarik di Ranau, Sabah yang semestinya dikunjungi oleh pelancong yang datang melancong ke negeri ini. Taman Peringatan Perang ini menempatkan beberapa buah tugu peringatan yang telah dibina pada tahun 1962 bagi memperingati tentera Australia dan Britih yang telah terkorban ketika perarakan atau kawad maut yang bermula dari Sandakan ke Ranau semasa pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Selain itu, terdapat juga tugu di sini yang dibina bagi memperingati warga tempatan yang telah banyak berkorban demi membantu tawanan perang pada masa itu sehingga mereka sendiri terkorban.
Memorial perang ini dibahagikan kepada empat bahagian taman iaitu Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan Taman Renungan.
1. Taman Australia merupakan taman yang menempatkan tugu peringatan bagi mangsa kawad maut yang berasal dari Australia. Taman ini diletakkan bendera negara Australia sebagai tanda negara asal mangsa.
2. Taman Rose Inggeris yang terletak bendera British merupakan taman yang menempatkan tugu peringatan bagi mangsa kawad maut yang berasal dari British.
3. Taman Borneo pula merupakan taman yang menempatkan tugu peringatan bagi penduduk tempatan yang telah banyak membantu tawanan perang pada ketika itu. Di taman ini diletakkan beberapa bunga yang biasanya hanya terdapat di Sabah.
4. Taman Renungan pula adalah taman yang mana ianya menempatkan kesemua nama-nama mangsa yang terkorban ketika peristiwa kawad maut.
Pengunjung atau pelancong yang datang dari Kota Kinabalu dan ingin ke Tugu Peringatan Perasang Kundasang ini boleh menaiki bas dari termnial bas express di Inanam yang menuju ke Kundasang atau Ranau. Kalau dari Sandakan atau Tawau, pastikan bas express tersebut menuju ke Kundasang, Ranau.
Pilihan lain adalah pelancong juga boleh menaiki teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain. Kalau ada kereta boleh pandu sendiri, tapi kalau tiada boleh cuba untuk sewa kenderaan dan pandu sendiri (pastikan anda ada lesen).
Waktu operasi :
Setiap hari : 8.30 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Warganegara : RM 3.00
Bukan warganegara : RM 10.00

Ulasan
Catat Ulasan