Langkau ke kandungan utama

Mari-Mari Culture Village Inanam

Mari-Mari Cultural Village merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di Inanam Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 19 km perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu, Sabah.

MARI-MARI CULTURAL VILLAGE


Sumber Gambar : Wikimedia



Mari-Mari Cultural Village merupakan salah sebuah tempat menarik di Kota Kinabalu. Ia sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong yang datang melancong ke Negeri Sabah. Perkampungan budaya ini telah ditubuhkan pada bulan November 2008 yang memperkenalkan beberapa kebudayaan dan tradisi masyarakat atau etnik di Sabah. Perkampungan Budaya ini terletak di Kionsom, Inanam, iaitu sekitar 19 km (dalam 25 minit perjalanan) dari Kota Kinabalu. 

Di sini pelancong akan berpeluang untuk melihat 5 rumah tradisional utama bagi etnik utama di Sabah, iaitu rumah bagi etnik Dusun, Murut, Rungus, Lundayeh dan Bajau. Selain itu anda juga akan berpeluang untuk belajar cara hidup dan budaya 5 etnik tersebut, contohnya bagaimana menggunakan alatan tradisional Sabah seperti sumpit dan bagaimana cara mereka menghidupkan api menggunakan buluh.


Pengunjung yang datang ke sini juga akan berpeluang merasa beberapa jenis makanan tradisional etnik Sabah dan dapat melihat persembahan kebudayaan etnik Sabah seperti tarian dan lain-lain lagi. Anda juga mungkin boleh cuba untuk menari bersama-sama mereka.


Pelancong yang ingin ke sini digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu untuk memudahkan segala urusan dan perjalanan pergi dan balik ke perkampungan budaya ini. Untuk tempahan anda boleh cuba hubungi pihak penguruan Perkampungan Budaya ini atau pun melalui ejen-ejen pelancongan yang berdaftar.

Waktu operasi :
Setiap hari : jam 10 pagi - 5 petang

Penting :
Buat masa ini hanya ada terdapat 2 masa masuk saja yang diberikan untuk anda pilih antara dua waktu tersebut iaitu jam 10 pagi dan jam 2 petang.

Bayaran masuk termasuk pengangkutan :
Warganegara dewasa : RM140.00
Warganegara kanak-kanak 5-11 tahun : RM110.00
Bukan warganegara dewasa : RM160.00
Bukan warganegara kanak-kanak 5-11 tahun : RM140.00
Kanak-kanak 4 tahun ke bawah : Percuma

Bayaran masuk tanpa pengangkutan :
Warganegara dan
bukan warganegara dewasa : RM80.00

Warganegara dan bukan warganegara kanak-kanak : RM70.00
Kanak-kanak 4 tahun ke bawah : Percuma

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Mari-Mari Culture Village di alamat seperti berikut :

Alamat :
Mari-Mari Culture Village
88450, Kionsom,
Inanam, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Telefon : 013-881 4921

Ulasan