Langkau ke kandungan utama

Masjid Pekan Telupid

Masjid Pekan Telupid merupakan masjid utama bagi penduduk islam di sekitar daerah Telupid. Masjid ini juga dibawah pentradbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

MASJID PEKAN TELUPID

Kredit Gambar : Ldyou2

Masjid Pekan Telupid terletak tidak jauh dari Pekan Telupid dan masjid ini juga dikenali dengan nama Masjid Jamek Yusof Al-Qardhuwi. Masjid ini juga merupakan masjid utama bagi penduduk islam yang berada di sekitar daerah Telupid.

Masjid Yusuf Al-Qardhowi Pekan Telupid ini merupakan tempat umat islam di sekitar Telupid menunaikan ibadah seperti solat fardhu, solat sunat hari raya dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan.

Terdapat beberapa kemudahan untuk para jemaah di masjid ini seperti ruang solat untuk jemaah lelaki dan wanita, ruang wuduk, bilik mesyuarat dan lain-lain lagi.

Masjid ini juga berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi pihak JHEAINS Cawangan Sandakan atau menghubungi pihak pengurusan Masjid Yusuf Al-Qardhowi Pekan Telupid di alamat : 

Masjid Jamek Yusuf Al-Qardhowi Telupid
Peti Surat 25, 
Telupid Sabah

Ulasan