Langkau ke kandungan utama

Matlan Marjan

Matlan Marjan adalah salah seorang pemain bola sepak Negeri Sabah. Selain Sabah FA, Matlan juga bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dan pernah menjadi ketua pasukan kebangsaan.

MATLAN MARJAN



Matlan Marjan adalah salah seorang lagenda pemain bola sepak Sabah FA serta merupakan salah seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan bagi Malaysia dan bermain di posisi penyerang. Beliau berasal dari Sabah dan lahir pada 18 Oktober 1963 di Kg. Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah.

Matlan Marjan memulakan kerjaya bola sepak profesionalnya ketika remaja dengan bermain dalam Liga Presiden pada tahun 1987-1988 dan beliau telah menjaringkan 5 gol dalam liga tersebut. Beliau kemudiannya diserap masuk ke pasukan Sabah FA pada tahun 1989 dan menjaringkan 8 gol daripada 16 gol yang dihasilkan oleh pasukan Sabah FA pada musim tersebut.


Pada tahun 1991 merupakan tahun di mana Matlan Marjan mula mendapat perhatian daripada pasukan negeri dan juga Malaysia yang mana beliau telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Malaysia dan pada 12 Jun 1991 ketika perlawanan persahabatan Malaysia menentang England, beliau telah menjaringkan kedua-dua gol bagi pasukan Malaysia yang berkesudahan dengan keputusan England (4) vs Malaysia (2).

Walaupun Malaysia kalah dalam perlawanan persahabatan tersebut, namun Matlan Marjan telah membuat satu pencapaian yang membanggakan dengan menyamai rekod 35 tahun Toni Fritsch iaitu dengan menjaringkan 2 gol ke atas England dalam perlawanan pertama mereka.

Selain itu, Matlan Marjan juga telah mencipta sejarah bagi Sabah FA dan juga negeri Sabah apabila beliau merupakan pemain bola sepak pertama yang berasal dari Sabah yang diangkat menjadi ketua pasukan kebangsaan ketika perlawanan menentang Flamengo XI.

Beliau juga banyak membantu pasukan Sabah FA untuk menjuarai beberapa piala iaitu seperti membantu Sabah FA menjuarai Piala FA pada tahun 1995 selepas menumpaskan pasukan Pahang dengan keputusan 3-1 dan beliau merupakan salah seorang yang menjaringkan satu (1) gol dalam perlawanan tersebut. Selain itu beliau juga telah membantu Sabah menjuarai Liga Perdana Malaysia pada tahun 1996.

Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung seumur daripada bermain bola sepak oleh FAM pada tahun 1990an, namun pada 8 April 2017 Matlan Marjan dan lima lagi pemain Sabah telah dibebaskan daripada hukuman tersebut. Kini beliau dapat meneruskan sukan bola sepak walaupun bukan lagi sebagai pemain.

Ulasan