Langkau ke kandungan utama

Pesta Odou Bakanjar

Pesta Odou Bakanjar merupakan salah satu pesta tradisi yang terdapat di negeri Sabah. Pesta Odou Bakanjar adalah pesta tradisi suku kaum Dusun Tatana di Kuala Penyu Sabah.

PESTA ODOU BAKANJAR



Pesta Odou Bakanjar adalah pesta yang telah diusahakan oleh Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA) bagai mewujudkan satu sambutan atau pesta bagi mengumpulkan semua etnik Dusun Tatana yang pada masa kini mengamalkan pelbagai kepercayaan dan agama.

Pesta ini biasanya diadakan ketika hari-hari peryaan seperti ketika sambutan tahun Tahun Batu Cina kerana pada masa ini kebanyakkan keluarga etnik Dusun Tatana ramai yang balik kampung bercuti dan berkumpul ramai-ramai.



Pelbagai pertandingan dan juga aktiviti persembahan akan dijalankan ketika sambutan pesta ini yang mana ianya banyak memaparkan atau menonjolkan kebudayaan etnik Dusun Tatana seperti dari segi makanan, minuman, tarian dan lain-lain lagi.


Sebenarnya Pesta Odou Bakanjar ini dibuat adalah dengan beberapa tujuan dan antara tujuan utama Pesta Odou Bakanjar ini diperkenalkan adalah  :


1. Mengeratkan hubungan etnik Dusun Tatana dengan etnik lain.

2. Memelihara budaya Dusun Tatana.

3. Agar generasi muda Dusun Tatana kenali kebudayaan mereka.

4. Agar etnik Dusun Tatana lebih dikenali masyarakat.

5. Jadikan budaya Dusun Tatana aset pelancongan negara.

Biasanya pesta ini juga dibuat di daerah Kuala Penyu, Sabah dan ia adalah sebagai daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Kuala Penyu ini.

Ulasan