Pantai Batu Manikar merupakan salah satu pantai yang terdapat di Labuan, Sabah. Pantai yang cantik ini merupakan pantai yang sangat popular di labuan dan terletak berhampiran dengan UMS Labuan.
PANTAI BATU MANIKAR

Pantai Batu Manikar merupakan salah satu lagi pantai yang menarik dan cantik terdapat di Labuan. Pantai ini terletak berhampiran dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan iaitu kira-kira 14k m dari Bandar Labuan. Pantai ini juga menjadi salah satu pilihan para penduduk tempatan dan luar negara lebih-lebih lagi ketika cuti sekolah atau pada hujung minggu.
Di sini para pengunjung berpeluang melihat keindahan Pantai Batu Manikar ini yang panjang, putih dan bersih serta beberapa jenis pokok-pokok termasuk pokok kelapa yang menghiasi pantai. Dengan adanya pokok ini anda boleh berlindung dari terkena panas matahari. Yang menarik lagi adalah pengunjung akan dapat melihat pemandangan matahari terbenam yang cukup indah.
Pantai Batu Manikar adalah pantai yang sentiasa dijaga kebersihannya agar tidak ada sampah yang boleh mengganggu menikmati keindahan pandai di sini. Dengan pantai yang begitu bersih, Pantai ini pernah menerima Anugerah Kebersihan Pantai COBSEA pada tahun 2008 kerana pantainya yang begitu bersih daripada sampah.
Antara kemudahan lain yang ada berhampiran pantai ini adalah seperti lorong untuk pejalan kaki yang telah disediakan untuk orang ramai berjalan ataupun berjoging sambil menghirup udara segar dan melihat pemandangan pantai dan laut yang cukup indah.

Ulasan
Catat Ulasan