Langkau ke kandungan utama

Pantai Simpang Mengayau

Pantai Simpang Mengayat merupakan salah satu pantai yang cantik yang terdapat di Sabah. Pantai Simpang Mengayau ini terletak di daerah Kudat, berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau.

PANTAI SIMPANG MENGAYAU


Pantai Simpang Mengayat merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Pantai ini terletak di daerah Kudat iaitu kira-kira 28 km dari Bandar Kudat dan cuma terletak bersebelahan dengan Tanjung Simpang Mengayau. Pantai ini juga merupakan tempat berkelah atau beriadah yang sangat diminati oleh para pengunjung tidak kira dari penduduk tempatan atau pun pelancong luar.

Pantai Simpang Mengayau mempunyai pantai yang cukup indah dan putih bersih. Pantai ini juga lebih dikenali dengan nama Pantai Kalampunian oleh penduduk tempatan di Kudat. Di sini pengunjung boleh melihat keindahan pantai dan air luat yang terbentang luas di utara Sabah. Selain itu pantai ini juga merupakan salah satu tempat yang paling sesuai untuk melihat keindahan matahari terbit dan terbenam di Negeri Sabah. 


Terdapat beberapa kemudahan yang berhampiran dengan pantai ini iaitu seperti tandas dan gerai makan yang terletak tidak jauh dari Tanjung Simpang Mengayau. Jadi lepas melawat ke pantai ini anda boleh melawat ke Tanjung Simpang Mengayau pula untuk melihat keindahan di sana dan mengambil gambar serta membeli makanan atau minuman. 

Untuk ke sini, pengunjung yang datang dari daerah Kota Kinabalu, boleh menaiki bas yang menuju ke Kudat, kemudian dari kudat boleh mengambil menyewa kenderaan yang menuju ke Pantai Simpang Mengayau. Tetapi adalah lebih baik jika kenderaan sendiri atau boleh menyewa kenderaan untuk di pandu sendiri (jika ada lesen) agar memudahkan perjalanan pergi dan balik anda serta boleh melawat ke tempat menarik yang lain di sekitar daerah Kudat seperti melawat ke Gombizau Honey Bee Farm dan melawat ke Kampung Sumangkap Gong Factory.


Ini adalah pantai untuk orang awam jadi, bayaran masuk ke pantai ini adalah percuma untuk semua pengunjung sama ada pengunjung tempatan mahupun pelancong dari luar.

Ulasan