Langkau ke kandungan utama

Papar

Papar adalah salah sebuah lagi daerah yang termasuk dalam Bahagian Pantai Barat Sabah dan berada di bawah pentadbiran Majis Daerah Papar yang berpusat di Pekan Papar, terdapat juga beberapa daerah kecil yang termasuk di dalam Daerah Papar dan juga berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Papar iaitu seperi Kinarut, Bongawan dan Kimanis. Pekan Papar terletak tidak jauh daripada Kota Kinabalu iaitu cuma lebih kurang 37 km atau kira-kira 50 minit perjalanan menaiki kenderaan. 

PAPAR


Pekan Papar
Kredit foto : Mdpapar

Papar merupakan sebuah daerah yang termasuk dalam Bahagian Pantai Barat Sabah dan mempunyai 3 daerah kecil yang berada dibawah pentadbirannya iaitu Daerah Kecil Kinarut, Daerah Kecil Bongawan dan Daerah Kecil Kimanis. Pentadbiran Daerah Papar dan semua daerah kecil adalah dibawah seliaan serta pengurusan Majlis Daerah Papar yang mana telah ditubuhkan sejak pada 1 Januari 1962. Keluasan Daerah adalah 1242 kilometer persegi atau 480 batu persegi dan terletak kira-kira 38 km atau pun lebih kurang 50 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu dan Papar juga adalah lokasi perhentian terkakhir bagi para penumpang tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong dari dalam dan luar negara yang menggunakan perkhidmatan Keretapi Borneo Utara ini yang gunakan enjin stim. Di Pekan Papar juga masih terdapat bangunan lama yang telah dibina semasa penjajahan British lagi dan masih wujud sehingga ke hari ini, walaupun bangunan ini sudah nampak usang tetapi masih utuh dan tetap dijadikan sebagai deretan bangunan kedai.


Pekan Papar
Kredit foto : jalan_b

Nama Papar dikatakan berasal dari bahasa Melayu-Brunei yang membawa maksud 'Tanah Rata', ini kerana ianya merujuk kepada kawasan Daerah Papar yang mempunyai bentuk muka bumi dan tanah yang rata serta merupakan tempat penanam padi yang terkenal di Sabah pada satu masa dulu. Sebelum tahun 1877 iaitu ketika pihak British belum lagi datang ke daerah ini, Daerah Papar berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, namun pada tahun 1877 kawasan daerah ini telah diberikan kepada warga British yang merupakan dua orang adik beradik iaitu Overback dan Dent. Akhirnya pada tahun 1878 bermulanya pentadbiran British di Daerah Papar dan Pegawai British pertama yang mentadbir di daerah ini adalah H.L Leicester yang memulakan tugasnya sekitar bulan Februari pada tahun tersebut, namun pentadbiran Leicester mengalami masalah untuk membangunkan daerah ini kerana pada masa tu Syarikat Borneo Utara British menghadapi masalah kewangan dan menyebabkan banyak pembangunan yang telah dirancangkan menjadi tergendala, setelah masalah kewangan semakin kembali bagi Leicester pula digantikan dengan pegawai yang lain iaitu Alfred Hart Everett, namun pentadbiran Everett hadapi masalah disebabkan pertelingkahan antara suku kaum yang ada di daerah ini pada masa itu.


Oleh kerana Everett tidak mempunyai pegawai yang mencukupi untuk membantu dalam menangani masalah di Papar maka beliau mengambil pendekatan untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk tempatan khususnya pembesar-pembesar tempatan di daerah ini dan membahagikan tugas kepada mereka. Pada tahun 1890 Daerah Papar semakin berkembang pesat dengan banyak bangunan yang telah didirikan termasuklah masjid. Kini Daerah Papar mempunyai jumlah penduduk dianggarkan sekitar berjumlah 150 ribu orang dan kebanyakkan penduduk yang tinggal di Daerah Papar adalah dari suku kaum Bumiputera Melayu Brunei, Bajau dan Kadazan-Dusun serta beberapa suku kaum lain iaitu seperti Cina, penduduk daerah ini juga majoritinya adalah beragama Islam dengan anggaran lebih dari 70%. Selain itu ekonomi penduduk adalah lebih tertumpu kepada aktiviti pertanian dengan banyaknya kawasan di sini yang ditanam dengan tanaman seperti padi yang menjadi sumber ekonomi utama dan ada juga tanaman komoditi lain seperti kelapa sawit, sayuran, buahan dan sebagainya. Selain pertanian terdapat juga segelintir penduduk yang menjalankan aktiviti perikanan seperti di laut ataupun dengan menjalankan aktiviti perikanan melalui akuakultur. Aktiviti pelancongan juga kini semakin giat dibuat untuk menarik lebih ramai lagi pelancong dari dalam dan luar negara datang ke daerah ini. Dengan ada aktiviti ekonomi seperti di atas ini ianya akan dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk di Daerah Papar untuk jangka masa panjang


Bas lama Papar
Kredit foto : Paparku

Pembangunan di Papar pada masa kini sedang giat dijalankan dengan pelbagai kemudahan awam dan kemudahan asas yang disediakan, dengan kedudukannya yang tidak jauh dari Bandar Kota Kinabalu ia akan membantu merancakkan lagi pembanunan di daerah ini walaupun tidak secepat beberapa daerah lain disekitarnya seperti Penampang dan Putatan yang membangun dengan begitu cepat sekali. Papar kini semakin pesat membangun dari pelbagai aspek seperti pendidikan, kemudahan, pengangkutan dan juga yang terkini ada industri minyak dan gas yang diterokai di daerah ini. Walaupun pembangunan di kawasan Pekan Papar banyak dijalankan namun masih ada bangunan lama yang dikekalkan hingga ke hari ini yang mana bangunan kedai ini telah dibina sejak zaman British lagi tetapi masih berdiri kukuh dan boleh digunakan. Di bawah ini adalah antara beberapa kemudahan awam atau kemudahan asas di Daerah Papar yang disediakan oleh bekuasa untuk memberikan keselesaan kepada para penduduk yang tinggal di daerah ini :

Kemudahan :

01. Balai Polis
02. Balai Bomba
03. Hospital Kerajaan
04. Pejabat Kerajaan
05. Klinik Desa
06. Klinik Kesihatan
07. Jalan Raya
08. Stesen Keretapi
09. Jaringan Internet
10. Liputan Telefon
11. Bekalan Air
12. Bekalan Elektrik
13. Perpustakaan 
14. Pasar Raya
15. Bangunan Kedai
16. Pengangkutan Awam
17. Perbankan
18. Dewan Masyarakat
19. Sekolah Rendah
20. Sekolah Menengah


Perpustakaan Daerah
Kredit foto : Library Sabah

Terdapat banyak tempat menarik di sekitar Daerah Papar yang boleh anda kunjungi sekiranya datang ke daerah ini bercuti tidak kira anda adalah penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah khususnya ke datang ke Daerah Papar. Berikut di bawah ini adalah antara tempat menarik di Papar :

Tempat menarik :

01. Pantai Beringgis
02. Lok Kawi Wildlife
03. Pantai Manis
04. Hutan Lipur Kawang
05. Pulau Dinawan
06. Utan Paradise Camp
07. Borneo Golf & Country
08. Mandalipau White Water
09. Berjaya Beach Resort
10. Langkah Syabas Beach Resort


Pantai Manis
Kredit foto : Sabahbahini

Ulasan