Langkau ke kandungan utama

Perpustakaan Wilayah Tawau

Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Tawau merupakan salah satu perpustakaan yang terletak di Pantai Timur Sabah dan merupakan perpustakaan bagi penduduk-penduduk di sekitar daerah Tawau Sabah.

PERPUSTAKAAN TAWAU

Credit Gambar : Wikimedia

Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Tawau adalah salah satu perpustakaan yang terdapat di Negeri Sabah dan terletak di Taman Sabindo iaitu lebih kurang 1.2 km atau 3 minit perjalanan dari Pusat Bandar Tawau. Perpustakaan ini telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan mula dibuka untuk kunjungan orang ramai pada tanggal 27 Disember 1993. Ia adalah perpustakaan yang dibina bagi kegunaan penduduk sekitar daerah Tawau.

Walaupun perpustakaan ini dibina pada tahun 1993 namun perasmiannya hanya dibuat pada tahun 1994. Perasmian Perpustakaan Wilayah Tawau ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah pada ketika itu iaitu YAB Datuk Joseph Pairin Kitingan pada tanggal 16 Februari 1994.



Perpustakaan ini juga bertanggungjawab kepada perkhidmatan yang diberikan oleh Perpustakaan Cawangan Semporna dan Cawangan Kunak. Di sini ada beberapa kemudahan yang telah disediakan perpustakaan iaitu seperti :
1. Dewan serbaguna
2. Bilik perbincangan
3. Kantin
4. Bilik perkhidmatan internet
5. Bilik kanak-kanak
6. Lift untuk OKU
7. Tapak letak kereta
8. Perpustakaan Bergerak
9. Lain-lain lagi

Oleh itu jangan lupa untuk datang ke perpustakaan ini untuk cari maklumat atau menimba ilmu pengetahuan dengan bahan bacaan yang telah disediakan di sini. Boleh datang ke sini dengan kawan-kawan membaca atau membuat kerja seperti kerja sekolah dan lain-lain lagi.

Siapa pun boleh datang ke perpustakaan ini, tidak kira tua atau pun muda sebab perpustakaan adalah salah satu tempat yang sesuai untuk menimba ilmu kerana di sini terdapat banyak bahan bacaan dan rujukan. Macam orang selalu cakap banyakkan membaca kerana membaca itu adalah jambatan ilmu. 

Nota :
1. Jangan terlalu bising ketika berada di perpustakaan
2. Jangan buang sampah di dalam atau luar perpustakaan

Waktu operasi :
Isnin :
10.00 pagi - 6.00 petang

Selasa - Jumaat :
9.00 pagi - 6.00 petang


Sabtu & Ahad :
9.00 pagi - 2.00 petang


Cuti Umum :
Tutup

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Perpustakaan Wilayah Tawau di alamat seperti berikut :

Alamat :
Perpustakaan Wilayah Tawau
Peti Surat 775,
Poskod 91008, Tawau
Sabah, Malaysia.
Tel : +6089-760632 / +6089-760631
Website : Library Tawau

Ulasan