Langkau ke kandungan utama

Pulau Gaya

Pulau Gaya juga merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Pulau ini terletak dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman iaitu 10 minit perjalanan menaiki bot dari Bandar Kota Kinabalu, Sabah.

PULAU GAYA



Pulau Gaya merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang terletak dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Pulau ini merupakan pulau yang paling hampir dengan bandar Kota Kinabalu iaitu cuma 10 minit perjalanan menaiki bot dan mempunyai keluasan kira-kira 1465 hektar. 

Pulau Gaya merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk aktiviti seperti snorkeling dan menyelam. Selain itu pengunjung juga boleh melakukan aktiviti lain seperti berkelah yang menyajikan pemandangan pantai yang bersih dan indah sepanjang 400 meter. Kalau mahu buat aktiviti seperti snorkeling atau menyelam biasanya dengan pakej menginap di resort sekali. 


Oleh kerana lokasinya yang hampir dengan Kota Kinabalu, pulau ini  menjadi salah satu pulau yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan juga pelancong dari dalam dan juga luar negara untuk beriadah atau berkelah di hujung minggu dan cuti sekolah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Di sini beberapa terdapat beberapa resort seperti yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk berehat sambil menikmati pemandangan laut yang cukup indah. Untuk ke resort-resort tersebut, pengunjung dikehendaki untuk membuat tempahan terlebih dahulu. Antara resort di pulau ini adalah :
01. Gayana Eco Resort
02. Bunga Raya Resort
03. Pulau Gaya Resort

Waktu operasi pulau :
Setiap hari : 8.30 pagi - 5 petang

Waktu operasi kaunter bot :
Setiap hari : 8 pagi - 6 petang

Oleh kerana Pulau Gaya terletak dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman yang mempunyai 4 pulau kesemuanya, maka harga tiket bot adalah mengikut bilangan pulau yang ingin pengunjung lawati iaitu :
Lawat 1 pulau : RM35.00 (dewasa), RM30.00 (kanak-kanak)
Lawat 2 pulau : RM45.00 (dewasa), RM40.00 (kanak-kanak)
Lawat 3 pulau : RM55.00 (dewasa), RM50.00 (kanak-kanak)
Lawat 4 pulau : RM65.00 (dewasa), RM60.00 (kanak-kanak)

Bayaran masuk ke pulau :
Warganegara (dewasa) : RM5.00
Warganegara (kanak-kanak) : RM3.00
Bukan warganegara (dewasa) : RM20.00
Bukan warganegara (kanak-kanak) : RM15.00

Harga-harga di atas ni tidak termasuk harga jika anda melalukan aktiviti laut seperti menyelam, snorkeling, parasailing, seawalking dan lain-lain lagi.

Ulasan