Pulau Layang-Layang merupakan sebuah pulau peranginan yang terdapat di negeri Sabah. Pulau ini terletak di daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 300 km dari Bandar Kota Kinabalu.
PULAU LAYANG-LAYANG

Pulau Layang-Layang adalah salah sebuah pulau yang terletak di kawasan perairan Laut China Selatan dan berada dalam daerah Kota Kinabalu iaitu kira-kira 162 batu nautika atau 300 km dari pusat Bandar Kota Kinabalu Sabah. Pulau Layang-Layang ini timbul lebih kurang 2000 meter dari dasar laut dan mempunyai kepanjang sekitar 1.2 km serta lebar 200 meter.
Pada awalnya pulau ini adalah sebuah pusat penempatan bagi Angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM), namun pulau ini kemudian telah dimajukan dan dibangunkan bagi tujuan pelancongan yang mana ianya telah mampu menarik lebih ramai pelancong-pelancong daripada luar negara terutama sekali pelancong dari negara seperti Jepun, Korea, Perancis dan China.
Pulau Layang-Layang mempunyai pemandangan dasar laut yang sungguh menawan. Pengunjung boleh melihat dengan jelas pelbagai jenis batu karang dan beberapa hidupan laut yang lain seperti ikan jerung, ikan yu paus, ikan pari, sotong, kudat laut dan lain-lain lagi. Ini sudah pasti akan memberikan anda satu peluang yang baik untuk melihat keindahan alam di sini sekaligus dapat memberikan anda pengalaman yang cukup menarik bila datang ke sini.
Pada masa kini Pulau Layang-Layang menjadi salah satu pulau yang menjadi destinasi pelancongan utama di negeri Sabah. Terdapat juga beberapa buah resort yang dimiliki sepenuihnya oleh penduduk tempatan juga telah dibina dipulau ini contohnya seperti Resort Avillion Layang-Layang atau dikenali juga dengan nama Resort Selam. Selain itu terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil yang dibina di sini untuk penerbangan dan pendaratan kapal terbang jenis foker.

Oleh kerana jaraknya yang agak jauh dari pusat bandar Kota Kinabalu, maka para pengunjung yang ingin ke sini harus menggunakan perkhidmatan penerbangan seperti menaiki kapal terbang foker dari Kota Kinabalu yang memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Pengunjung boleh menghubungi mana-mana ejen pelancongan yang berdaftar agar memudahkan segala pengurusan dan perjalanan pergi dan balik ke pulau yang cukup unik dan cantik ini.
Ulasan
Catat Ulasan