Langkau ke kandungan utama

Pulau Manukan

Pulau Manukan (Manukan Island) merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Pulau ini adalah pulau peranginan yang terletak di dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu Sabah.

PULAU MANUKAN

Sumber Gambar : Wikimedia

Pulau Manukan (Manukan Island) merupakan salah sebuah tempat menarik di Kota Kinabalu. Pulau ini merupakan pulau kedua terbesar yang terletak dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu. Pulau ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan menaiki bot dari Jeti Jesselton Point di pusat bandar Kota Kinabalu.

Pengunjung yang datang ke pulau ini dapat melakukan pelbagai aktiviti pantai dan juga aktiviti di laut seperti 'snorkeling' dan menyelam. Namun untuk aktiviti menyelam, para pengunjung hendaklah membuat pemberitahuan terlebih dahulu kepada petugas pusat menyelam ketika dikaunter pembayaran masuk ke pulau ini. Aktiviti lain adalah seperti menaiki banana boat (bot berbentuk pisang), seawalking (berjalan dalam laut) dan lain-lain lagi.


Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan di pulau buat para pengunjung yang datang ke sini seperti chalet, restoran, tandas, telefon awam, kolam renang dan ada juga terdapat kemudahan kawasan untuk bersukan seperti gelanggan bola tampar, bola sepak dan sepak takraw.

Pulau Manukan memang sesuai untuk beriadah atau berkelah seisi keluarga ketika cuti umum atau cuti hujung minggu kerana kedudukannya yang tidak jauh dari bandar Kota Kinabalu membolehkan pengungjung pergi dan balik dalam sehari. Pulau ini juga merupakan antara pulau yang paling ramai dikunjungi penduduk tempatan yang tinggal di Kota Kinabalu.


Pengunjung yang ingin ke Pulau Manukan boleh membuat tempahan bot di Terminal Feri yang terletak di Jesselton Point Waterfront Kota Kinabalu iaitu bersebelahan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Pusat Bandar Kota Kinabalu.

Waktu operasi pulau :
Setiap hari : 8.30 pagi - 5 petang

Waktu operasi kaunter bot :
Setiap hari : 8 pagi - 6 petang

Oleh kerana pulau Manukan juga terletak dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman yang mempunyai 4 pulau kesemuanya, maka harga tiket bot adalah mengikut bilangan pulau yang ingin dilawati iaitu :
Lawat 1 pulau : RM35.00 (dewasa), RM30.00 (kanak-kanak)
Lawat 2 pulau : RM45.00 (dewasa), RM40.00 (kanak-kanak)
Lawat 3 pulau : RM55.00 (dewasa), RM50.00 (kanak-kanak)
Lawat 4 pulau : RM65.00 (dewasa), RM60.00 (kanak-kanak)

Bayaran masuk ke pulau :
Warganegara (dewasa) : RM5.00
Warganegara (kanak-kanak) : RM3.00
Bukan warganegara (dewasa) : RM20.00
Bukan warganegara (kanak-kanak) : RM15.00

Harga-harga di atas ni tidak termasuk harga jika anda melalukan aktiviti laut seperti menyelam, snorkeling, parasailing, seawalking dan lain-lain lagi.

Ulasan