Rumah Terbalik Sabah merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Rumah ini terletak dalam daerah Tamparuli, iaitu lebih kurang 40 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu, Sabah
RUMAH TERBALIK

Rumah Terbalik merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu. Ia terletak di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli Sabah. Keunikan rumah ini adalah kerana reka bentuk rumah ini yang telah dibina secara terbalik termasuklah barang dan hiasan di dalamnya. Rumah ini telah dibuka untuk kunjungan orang ramai pada tahun 2012 dan menjadi salah satu tarikan kepada pelancong tempatan dan juga dari luar negara yang datang ke Sabah.
Semua peralatan yang dibina secara terbalik dalam rumah ini seperti sofa, rak buku, dapur, mangkuk tandas, kipas, dan lain-lain lagi adalah peralatan yang asli dan bukannya replika. Rumah ini dikatakan telah siap dibina Julai 2011, namun dibuka pada orang ramai pada 2012, ini mungkin adalah kerana kerja-kerja menyiapkan seperti restoran, kedai cenderahati dan kemudahan lain di sekitarnya untuk kemudahan pengunjung.
Dengan keunikan dari segi pembinaan dan reka bentuk luaran dan dalaman yang dibina secara terbalik dan merupakan Rumah Terbalik pertama yang dibina di Malaysia dan di Asia Tenggara, Oleh itu rumah ini telah dimasukkan ke dalam buku Malaysia Guiness Book Of Records.
Terdapat beberapa kemudahan untuk pengunjung sekiranya datang melawat ke rumah ini, iaitu seperti restoran yang terletak cuma bersebelahan dengan rumah terbalik ini. Bagi sesiapa yang ingin menunaikan solat, terdapat juga ruang solat yang telah disediakan di Rumah Terbalik ini.
Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki bas yang menuju ke Tamparuli di terminal bas Bandaran Berjaya Kota Kinabalu dan pastikan memberitahu pemandu bas untuk menurunkan anda di Rumah Terbalik. Selain itu pengunjung juga boleh menaiki teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain. Kalau ada kereta sendiri adalah lebih baik, sekiranya tiada anda boleh juga menyewa kenderaan untuk anda pandu sendiri (jika anda ada lesen) supaya lebih senang perjalanan pergi dan balik anda.
Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang
(Termasuk cuti umum)
Bayaran masuk :
Warganegara : RM12.00
Bukan Warganegara : RM18.00
Pelajar dan kanak-kanak bawah 12 tahun : RM6.00
Kanak-kanak bawah 3 tahun : Percuma
Nota :

Pengunjung adalah dilarang untuk mengambil sembarang gambar atau pun video pada bahagian dalam Rumah Terbalik ini.
Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Rumah Terbalik di alamat seperti berikut :

Alamat :
Kg. Telibong, Batu 21,
Jalan Telibong, Tamparuli
89208, Tamparuli,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 014-389 4677
Website : facebook.com/upsidedownhouseborneo/
Ulasan
Catat Ulasan