Langkau ke kandungan utama

Sandakan

Sandakan merupakan salah sebuah daerah yang terletak di Pantai Timur Sabah dan termasuk di dalam Bahagian Sandakan,  Bandar Sandakan pula adalah bandar kedua terbesar dan tersibuk di Sabah selepas Bandaraya Kota Kinabalu. Pentadbiran daerah ini berada bawah urus tadbir oleh Majlis Perbandaran Sandakan yang berpusat di Bandar Sandakan. Manakala jarak antara Sandakan dan Kota Kinabalu pula adalah sekitar 324 km atau lebih kurang 6 jam perjalanan kalau naik kereta, boleh juga diakses melalui udara dengan penerbangan memakan masa sekitar 45 minit.

SANDAKAN





Sandakan adalah salah sebuah daerah yang berada di dalam Bahagian Sandakan dan terletak di sebelah Pantai Timur Sabah dan Bandar Sandakan pula merupakan bandar kedua terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu, selain itu Sandakan juga adalah buah bandar yang tersibuk di negeri ini dari segi kerana kedudukannya yang terletak di bahagian Teluk Sandakan telah menjadikan Bandar Sandakan sebuah pelabuhan yang begitu strategik untuk perkembangan ekonomi khususnya di negeri Sabah. Pentadbiran Sandakan berada dibawah kendalian Majlis Perbandaran Sandakan yang telah diwujudkan pada tarikh 1 Januari 1982 iaitu setelah Lembaga Bandaran Sandakan dan Majlis Daerah Luar Bandar dicantumkan dan pada 1 Januari 1984 Pejabat Daerah Sandakan telah dimansuhkan dan digantikan dengan Majlis Perbandaran Sandakan. Sandakan dapat dihubungkan melaui darat, udara dan laut, jika dari luar daerah seperti Kota Kinabalu boleh menggunakan darat dengan jarak perjalanan sekitar 324 km yang mana ia mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan menaiki kenderaan, tapi kalau mahu cepat boleh naik kapal terbang yang cuma memakan masa sekitar 45 minit sahaja. Bandar Sandakan juga diberikan nama gelaran iaitu 'The Little Hong Kong' disebabkan pada masa dahulu ramai kaum Cina yang berhijrah ke sini adalah dari Hong Kong dan ada juga mengatakan ianya sebab kedudukan dan bentuk bandarnya di sini yang hampir serupa dengan Hong Kong. Sandakan sememangnya mempunyai keistimewaan yang tersendiri tidak kira dari segi sejarah, kebudayaan mahupun alam semulajadinya.

Sejarah awal Sandakan sudah pun bermula sebelum kedatangan William B. Pryer lagi yang mana pada masa itu terdapat sebuah kawasan perkampungan Jerman yang turut terdapat beberapa orang Sulu telah didirikan Kaptain William Schuck yang berbangsa Jerman yang kemudiannya mendapat sebuah pulau di kawasan Kesultanan Sulu, selepas itu William Clark Cowie seorang pedagang senjata dari Scotland telah menggantikan tempat Kaptain William Shuck di Kampung Jerman, Cowie kemudiannya berikan nama tempat ini sebagai 'Sandakan' iaitu sebuah istilah dalam Bahasa Sulu yang bermaksud 'tanah yang digadai' namun perdagangan senjata tersebut telah gagal yang menyebabkan William Clark Cowie telah pergi meinggalkan Kampung Jerman tersebut dan mencari rakan dagang yang baru dari Kesultanan Sulu. Dalam masa yang sama Baron De Overbeck telah berjaya mendapat konsesi sebahagian kawasan di Sandakan setelah bertemu Kesultanan Sulu pada masa itu dan dalam perjanjian tersebut Baron De Overbeck harus membayar $5000 setiap tahun dan beliau juga kemudiannya diisytiharkan sebagai Dato Bendahara yang juga Raja Sandakan bermula pada tahun 1878. Untuk mentadbir kawasan yang telah di dimiliki Baron De Overbeck telah memberikan urusan pentadbiran tersebut kepada beberapa orang pegawai Inggeris yang dia percayai dan salah satunya adalah William B. Pryer, selepas itu Pryer telah tiba di Perkampungan Jerman dan memulakan pentadbirannya di situ yang mana antara undang-undang pertama yang diperkenalkan adalah cukai perdagangan agar dapat mengelakkan eksploitasi, walaupun ada beberapa bantahan namun semuanya berjaya diatasi.


Pentadbiran Pryer yang dapat mengatasi masalah bantahan cukai perdagangan dan juga daapt mengatasi masalah lanun yang menyerang telah menjadikan Sandakan pada masa itu lebih aman seterusnya dapat menarik minat lebih ramai pedagang dari negara lain datang ke sini. Perkampungan Jerman kemudian telah terbakar yang mana menyebabkan semua rumah musnah termasuk rumah Pryer sendiri. Melihat keadaan ini Pryer mengambil keputusan untuk mencari kawasan baru bersama semua penduduk dan akhirnya pada 18 Jun 1879 Pryer dan semua penduduk kampung telah berpindah ke kawasan baru yang terletak di Bahagian Teluk Muara dan dikenali dengan nama Buli Sim-Sim. Selepas kampung ini berkembang dengan pesat ia kemudiannya ditukarkan nama kepada 'Elopura' yang membawa maksud 'Bandar Yang Indah'. Nama ini diberi oleh perintis pembangunan Bandar Sandakan yang juga Pengerusi British North Borneo Development Corporation pada masa itu iaitu William B. Pryer. Selepas beberapa tahun nama Elopura ditukarkan semula kepada Sandakan. Bandar Sandakan adalah bandar terawal dan tertua di Sabah yang mana bandar ini pernah menjadi Pusat Pentadbiran dan Ibu Negeri Borneo Utara semasa zaman British pada tahun 1883 sehinggalah berlakunya Perang Dunia Kedua. Sandakan bebas sepenuhnya daripada pendudukan Jepun pada 19 Oktober 1945 namun disebabkan Prang Dunia Kedua ini Bandar Sandakan telah musnah dengan teruk akibat serangan bom tentera Jepun dan ianya dilihat sukar untuk dipulihkan dalam masa yang singkat dan menyebabkan kerajaan British telah mengambil keputusan untuk memindahkan Pusat Pentadbiran mereka ke Kota Kinabalu sekaligus menjadikan Kota Kinabalu sebagai Ibu Negeri Sabah.

Sandakan juga pernah menjadi tapak kem tahanan perang iaitu ketika zaman pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945. Salah satu peristiwa yang sukar dilupakan adalah peristiwa Kawad Maut Sandakan (Sandakan Death March) yang mana tawanan perang seramai lebih kurang 6000 orang pada masa tersebut telah dipaksa untuk melakukan perjalanan dengan berjalan kaki sejauh 260km iaitu dari Sandakan ke Ranau. Kesan Perang Dunia Kedua ini masih dapat dilihat di beberapa kawasan di Daerah Sandakan, termasuklah beberapa peralatan perang seperti yang boleh anda lihat bila datang ke Taman Peringatan Sandakan. Selain itu Sandakan juga pernah menjadi tempat tumpuan jutawan dunia apabila menjadi pengeluar kayu balak tropika yang terbesar di dunia sekitar tahun 1930an 

Pada awal tahun 2000an ramai peniaga yang memindahkan perniagaan mereka dari pusat bandar ke bandar-bandar kecil lain di sekitar Sandakan yang menyebabkan pusat bandar  menjadi suram, akhirnya kerajaan pada masa itu telah mengambil keputusan membuat sebuah projek untuk membaharuhi Bandar Sandakan dan akhirnya pada tahun 2003 projek Sandakan Harbour Square telah dilancarkan agar dapat menarik kembali peniaga dan penduduk untuk datang dan membuat perniagaan di pusat bandar. Pada 18 Mei 2004 Sandakan diiktiraf sebagai sebuah Bandaraya Alam Semulajadi (Sandakan Nature City). Pada tahun 2006 pasar besar dan pasar ikan baru melalui projek Sandakan Harbout Squre fasa pertama telah siap dibina. Manakala projek fasa 2 iaitu sebuah pusat membeli-belah (Sandakan Harbour Mall) empat tingkat siap pada tahun 2012.

Terdapat beberapa tempat menarik di sekitar Bahagian Sandakan untuk para pelancong dari dalam dan luar negara melawat sekiranya datang ke Sandakan iaitu seperti :

01. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok
02. Agnes Keith House
03. Pulau Selingan
04. Labuk Bay Proboscis Monkey
05. Taman Buaya
06. Taman Peringatan Sandakan
07. Gua Gomantong
08. Air Terjun Bakong-Bakong
09. Air Terjun Imbak Canyon
10. Batu Tulug

Ulasan