Sekolah Menengah Kebangsaan ST. Mary's Sandakan merupakan sekolah yang tertua di negeri Sabah. Sekolah ini terletak di Batu 2 ½, Jalan Labuk, Sandakan, Sabah.
SEKOLAH TERTUA
Sumber Gambar : Wikimedia
Sekolah Menengah St. Mary's adalah sekolah yang pertama ditubuhkan dan merupakan sekolah yang tertua di negeri Sabah. Sekolah ini telah dibina pada 24 Julai 1883 atas inisiatif Paderi Prenger. Namun sekolah ini kemudiannya telah ditutup sementara pada tahun 1885 kerana Paderi Prenger telah diarah untuk meninggalkan Sandakan akibat masalah kesihatan pada masa itu.
Sekolah ini kemudiannya telah dibuka semula pada 15 Ogos 1887 apabila Paderi Bryon dihantar untuk membuka semula sekolah ini. Pada tahun 1888 terdapat 12 orang pelajar yang telah mendaftar dan pada tahun tersebut juga sebuah bangunan baru telah didirikan.
Untuk mengisi tabung sekolah pada masa itu, pelbagai kempen telah diadakan dan salah satunya adalah Paderi Bryon telah menerima cabaran untuk berjalan kaki tanpa menggunakan kasut atau selipar dari Sekolah St. Mary's ke bandar Sandakan. Hasil cabaran tersebut Paderi Bryon telah memperolehi wang sebanyak $100. Selain itu terdapat juga beberapa sumbangan yang diterima daripada penduduk tempatan untuk membantu Sekolah St. Mary's.
Pada tahun 1929, sebuah bangunan 3 tingkat telah dibina apabila Paderi Fr. Stotter mengambil alih pentadbiran sekolah yang menempatkan bilik darjah, bilik paderi dan asrama untuk pelajar. Majalah sekolah yang pertama juga telah diterbitkan oleh Paderi Fr. Lawrence Marshall pada tahun 1933.
Semasa Perang Dunia Ke-2, pihak tentera Jepun telah banyak menghancurkan bangunan di Sandakan dan Sekolah St. Mary's merupakan antara bangunan yang telah musnah. Selepas Perang Dunia Ke-2 sehingga tahun 1952 Sekolah St. Mary's masih tetap dibuka walaupun hanya disebuah pondok.
Paderi Fr. Mulders kemudiannya telah dihantar untuk memulihkan sekolah ini pada tahun 1952 dan hasil derma daripada pelbagai pihak termasuk penduduk tempatan Sekolah St. Mary's telah berjaya dibangunkan semula. Sekolah St. Mary's juga telah diberikan sebidang tanah untuk dibangunkan bangunan baru sekolah di Batu 2 ½.

Ulasan
Catat Ulasan