Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre) merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh orang ramai kunjungi sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri ini khususnya ke Daerah Sandakan. Sepilok sememangnya sudah cukup terkenal dan ramai pelancong dari luar negara yang selalu datang ke pusat pemulihan ini yang terletak di Batu 14, Sandakan iaitu lebih kurang 24 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan, Sabah.
SEPILOK SANDAKAN

Sumber Gambar : Wikimedia

Pada bulan Oktober 2014, pihak pengurusan Sepilok telah membina satu kawasan yang dikhaskan untuk Orang Utan yang masih muda dan baru belajar bagai cara hidup di hutan seperti cara memanjat, melompat dari satu dahan ke dahan yang lain masa dan lain-lain lagi, dengan ini mereka akan dapat hidup dengan lebih baik apabila sudah dilepaskan nanti. Tempat ruangan untuk melihat Orang Utan Muda ini juga ada disediakan agar lebih memudahkan pengunjung yang datang melihat dengan lebih jelas lagi dan tempat ini dilengkapi dengan penghawa dingin serta ada juga yang berkipas sahaja, ruangan ini juga mempunyai tingkap yang membolehkan anda melihat Orang Utan tersebut lakukan dengan lebih tenang tanpa gangguan seperti digigit oleh nyamuk sebab kawasan ini adalah dalam satu kawasan hutan. Pada masa kini dianggarkan lebih dari 70 ekor Orang Utan yang terdapat di dalam Hutan Simpan Kabili ini, sekaligus ianya akan memberikan peluang kepada pengunjung untuk lebih mudah melihat sendiri Orang Utan apabila datang berkunjung ke sini. Para pengunjung dinasihatkan agar tidak menyentuh Orang Utan yang ada di sini terutamanya yang ada di kawasan hutan tanpa sebarang kebenaran sebab dikatakan dengan 96% persamaan DNA antara Orang Utan dan manusia maka penyakit manusia mungkin boleh turut menjejaskan kesihatan Orang Utan, jadi patuhilah segala arahan dan apa juga peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Sepilok ketika anda datang melawat.
Sepilok Jungle Resort

Sumber Gambar : Wikimedia

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepolok (Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre) merupakan salah sebuah tempat menarik di Sandakan yang sangat sesuai untuk dikunjungi ketika ada masa lapang seperti ketika musim cuti sekolah atau pun cuti dihujung minggu, tapi kalau tidak mahu bersesak boleh datang pada hari biasa sebab tidak ramai orang pada waktu itu. Sepilok sememangnya sudah terkenal bukan sahaja di negeri dan negara ini tetapi juga terkenal di seluruh dunia, jadi tidak hairanlah bila anda ke sini dan melihat ramai dikalangan pengunjungnya adalah pelancong yang daripada luar negara, jadi kalau anda datang bercuti ke Sandakan, jangan lupa untuk melawat tempat ini untuk melihat Orang Utan dengan lebih dekat lagi tidak kiralah anda penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara. Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan tujuan utamanya adalah untuk selamatkan Orang Utan yang tidak mempunyai ibubapa, cedera atau sakit dan yang terbiar. Setelah Orang Utan ini dirawat dan dipelihara dengan baik mereka akan dilepaskan semula ke dalam Hutan Sepilok berhampiran untuk menjalani kehidupan mereka sendiri. Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok ini terletak di Batu 14, Jalan Sepilok iaitu lebih kurang 24 km atau 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Sandakan, manakala kalau dari Lapangan Terbang Sandakan (Sandakan Airport) pula jaraknya adalah sekitar 15 km atau 18 minit perjalanan menaiki kenderaan.
Kebanyakkan Orang Utan yang terdapat di pusat pemulihan ini adalah yang diselamatkan dari kawasan hutan yang telah dibangunkan seperti di kawasan pembalakan dan perladangan di seluruh negeri ini, selain itu terdapat juga Orang Utan yang telah diselamatkan daripada kegiatan pemburuan haram dan semua Orang Utan ini hanya akan dilepaskan semula ke dalam hutan apabila mereka telah bersedia dan berada dalam keadaan yang lebih sihat serta mampu hidup sendiri di dalam hutan. Walaupun mereka dilepaskan ke dalam hutan dan hidup berdikari namun terdapat juga segelintir Orang Utan yang akan datang semula ke tempat atau platform Orang Utan diberi makan pada masa-masa tertentu, mungkin sebab sudah mengenali tempat itu sepanjang mereka dirawat dan dipulihkan. Sepilok terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kabili yang mempunyai keluasan lebih kurang 10,610 ekar atau 4294 hektar yang mana hutan di sini masih lagi asli. Orang Utan yang ada di sini juga adalah jinak tetapi buat masa ini anda tidak tidak dibenarkan untuk menyentuh atau memegangnya, ini adalah bagi mengelakkan daripada Orang Utan tersebut terkena sebarang penyakit, jadi anda hanya boleh melihatnya saja dari lokasi tertentu yang dibenarkan oleh pihak Sepilok.
Kebanyakkan Orang Utan yang terdapat di pusat pemulihan ini adalah yang diselamatkan dari kawasan hutan yang telah dibangunkan seperti di kawasan pembalakan dan perladangan di seluruh negeri ini, selain itu terdapat juga Orang Utan yang telah diselamatkan daripada kegiatan pemburuan haram dan semua Orang Utan ini hanya akan dilepaskan semula ke dalam hutan apabila mereka telah bersedia dan berada dalam keadaan yang lebih sihat serta mampu hidup sendiri di dalam hutan. Walaupun mereka dilepaskan ke dalam hutan dan hidup berdikari namun terdapat juga segelintir Orang Utan yang akan datang semula ke tempat atau platform Orang Utan diberi makan pada masa-masa tertentu, mungkin sebab sudah mengenali tempat itu sepanjang mereka dirawat dan dipulihkan. Sepilok terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kabili yang mempunyai keluasan lebih kurang 10,610 ekar atau 4294 hektar yang mana hutan di sini masih lagi asli. Orang Utan yang ada di sini juga adalah jinak tetapi buat masa ini anda tidak tidak dibenarkan untuk menyentuh atau memegangnya, ini adalah bagi mengelakkan daripada Orang Utan tersebut terkena sebarang penyakit, jadi anda hanya boleh melihatnya saja dari lokasi tertentu yang dibenarkan oleh pihak Sepilok.
Pada bulan Oktober 2014, pihak pengurusan Sepilok telah membina satu kawasan yang dikhaskan untuk Orang Utan yang masih muda dan baru belajar bagai cara hidup di hutan seperti cara memanjat, melompat dari satu dahan ke dahan yang lain masa dan lain-lain lagi, dengan ini mereka akan dapat hidup dengan lebih baik apabila sudah dilepaskan nanti. Tempat ruangan untuk melihat Orang Utan Muda ini juga ada disediakan agar lebih memudahkan pengunjung yang datang melihat dengan lebih jelas lagi dan tempat ini dilengkapi dengan penghawa dingin serta ada juga yang berkipas sahaja, ruangan ini juga mempunyai tingkap yang membolehkan anda melihat Orang Utan tersebut lakukan dengan lebih tenang tanpa gangguan seperti digigit oleh nyamuk sebab kawasan ini adalah dalam satu kawasan hutan. Pada masa kini dianggarkan lebih dari 70 ekor Orang Utan yang terdapat di dalam Hutan Simpan Kabili ini, sekaligus ianya akan memberikan peluang kepada pengunjung untuk lebih mudah melihat sendiri Orang Utan apabila datang berkunjung ke sini. Para pengunjung dinasihatkan agar tidak menyentuh Orang Utan yang ada di sini terutamanya yang ada di kawasan hutan tanpa sebarang kebenaran sebab dikatakan dengan 96% persamaan DNA antara Orang Utan dan manusia maka penyakit manusia mungkin boleh turut menjejaskan kesihatan Orang Utan, jadi patuhilah segala arahan dan apa juga peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Sepilok ketika anda datang melawat.
Sekiranya anda datang melawat ke Sepilok untuk melihat Orang Utan bermain di pokok dan juga ketika diberi makanan sebaiknya anda memakai pakaian yang sesuai seperti pakai seluar panjang, baju lengan panjang dan juga pakai kasut agar anda tidak mudah digigit oleh nyamuk sebab kawasan tempat ini adalah kawasan hutan yang sudah pasti akan terdapat banyak nyamuk yang mungkin akan mengigit anda sepanjang berada di sini. Jika ingin melihat Orang Utan dewasa dengan lebih jelas adalah baik jika datang semasa sesi memberi makan iaitu jam 10 pagi dan juga 3 petang, tapi dikatakan pernah juga tidak ada Orang Utan yang muncur ketika sesi memberi makan tersebut yang mana ianya mungkin disebabkan Orang Utan tersebut berjaya mencari makanan sendiri di dalam hutan lebih-lebih lagi ketika musim buah, apa pun ianya jarang berlaku sebab memang kebiasan akan ada Orang Utan yang keluar ke platform memberi makan apabila tiba waktunya. Bagi anda yang membawa kamera untuk tujuan mengambil gambar Orang Utan biasanya akan dikenakan bayaran tetapi tidaklah mahal jika untuk tujuan peribadi sahaja, tetapi untuk tujuan komersial atau perfileman dan sebagainya mungkin adalah tinggi sikit. Apa pun kalau anda ke sini bercuti memang patut mengambil gambar kenangan sebab rugi rasanya jika tidak ada mengambil gambar kenangan percutian ke Sepilok.
Penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sepilok Sandakan tidak perlu risau sekiranya mahu cari tempat penginapan sebab terdapat banyak penginapan yang terletak berhampiran dengan tempat ini, tapi terpulang pada anda jika mahu di sini atau menginap di hotel lain yang lebih jauh. Antara penginapan yang ada di kawasan berhampiran dengan tempat Sepilok Sandakan ini ialah seperti :
Sepilok Jungle Resort
Telefon : 089-533031
Faks : 089-533029
Sepilok Forest Edge Resort
Telefon : 089-533190
Faks : 089-533245
Sepilok Rest House
Telefon : 089-534900
Faks : 089-534800
Sepilok Nature Resort
Telefon : 089-535001
Faks : 089-535002
Pengunjung atau pelancong yang ingin ke Pusat Orang Utan Sepilok adalah digalakkan untuk naik teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain sebab tidak ada pengangkutan awam seperti bas yang masuk ke dalam Sepilok. Pilihan lain ialah dengan menggunakan pakej yang ada ditawarkan oleh ejen atau syarikat pelancongan yang berdaftar (sila pastikan ejen pelancongan itu sah berdaftar). Pilihan terbaik ialah menaiki kereta sendiri atau kalau tidak ada kereta sendiri boleh cari kereta sewa di Sandakan
Waktu operasi :
Waktu operasi :
Isnin - Ahad (kecuali jumaat) :
9.00 pagi - 12.00 tengahari
2.00 petang - 4.00 petang
Jumaat
9.00 pagi - 11.00 pagi
2.00 petang - 4.00 petang
Sesi memberi makan :
10 pagi dan 3 petang (anda boleh datang sekitar waktu ini sekiranya ingin melihat Orang Utan Sepilok diberikan makanan dengan lebih dekat lagi)
Bayaran masuk :
Warganegara dewasa : RM5.00
Warganegara kanak-kanak: RM2.00
Warga asing dewasa : RM30.00
Warga asing kanak-kanak : RM15.00
Bayaran kamera dan video :
1. Peribadi : RM10.00 seunit
2. Komersial : RM1000.00 seunit
Bagi pengunjung yang datang ke Sepilok dengan tujuan menggunakan peralatan perfileman bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10,000.00 (sepuluh ribu) untuk tempoh tidak lebih dari 7 hari berturut-turut.

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre di alamat seperti berikut :
Alamat :
Jabatan Hidupan Liar Sabah
Batu 14, Jalan Labuk,
W.D.T 200, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 089-633 587
Website : Wildlife Sabah
Website : Wildlife Sabah
Ulasan
Catat Ulasan