Taman Marin Tun Sakaran Semporna

Taman Marin Tun Sakaran merupakan merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang terletak di daerah Semporna Sabah iaitu kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari Bandar Semporna.

TAMAN MARIN TUN SAKARAN



Taman Marin Tun Sakaran atau Tun Sakaran Marine Park (TSMP) merupakan sebuah tempat menarik di Semporna. Taman marin ini merupakan tempat penanaman rumpai laut yang terbesar di negeri Sabah. Rumpai-rumpai laut yang ditanam ini dijaga dengan baik agar ekosistemnya terjaga dengan baik. Taman marin ini terletak di pintu masuk teluk darvel iaitu kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot laju dari jeti pekan Semporna. 

Taman Marin Tun Sakaran diambil bersempena nama bekas Ketua Menteri Sabah yang juga bekas Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah iaitu Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai dan taman ini telah diwartakan sebagai Taman Marin yang ke 7 di Sabah pada tahun 2004. Taman ini sangat popular di kalangan pelancong terutamanya dari luar negara yang datang ke daerah Semporna untuk melancong.


Yang menarik di Taman Marin ini adalah terdapatnya beberapa pulau yang menarik yang mana pulau-pulau ini sememangnya merupakan antara pulau yang popular di seluruh dunia dan menjadi tarikan pelacong dari dalam dan luar negara untuk datang ke sini. Antara pulau yang terdapat di taman ini adalah Bodgaya, Bohey Dulang, Tetagan, Selakan, Sebangkat, Maiga, Sibuan dan Mantabuan.

Taman Marin Tun Sakaran mempunyai pemandangan yang indah dan dengan banyaknya hidupan marin di taman ini, ianya telah menjadi tempat menarik kepada pelancong yang berminat kepada aktiviti menyelam sambil melihat kekayaan hidupan marin di sini. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti skuba. 

Pengunjung atau pelancong yang ingin ke sini dari luar daerah Semporna, boleh menaiki bas express yang menuju ke Semporna, menaiki kenderaan sendiri, kereta sewa atau boleh mahu lebih memudahkan perjalanan bolehlah menghubungi ejen-ejen pelancongan tempatan yang berdaftar dan mempunyai pakej ke Taman Marin Tun Sakaran ini.

Nota :
Sebelum melawat ke Taman Marin ini anda dikehendaki terlebih dahulu memohon kebenaran daripada pihak Taman-Taman Sabah di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Sabah Parks,
Block H, Level 1-5,
Lot 45 & 46, Signature Office,
KK Times Square, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 523500
Website : https://www.sabahparks.org.my

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan