Langkau ke kandungan utama

Taman Perikanan Jaya Sandakan

Taman Perikanan Jaya merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk para peminat memancing ikan. Taman ini terletak di Batu 10, Jalan Labuk dalam daerah Sandakan, Sabah.

TAMAN PERIKANAN JAYA



Taman Perikanan Jaya yang terletak di Batu 10, Jalan Labuk Sandakan ini telah direka khas untuk memberi peluang kepada peminat-peminat iakn atau kaki pancing ikan untuk melalukan aktiviti memancing. Di sini terdapat pelbagai jenis ikan seperti Ikan Merah, Ikan Tilapia dan lain-lain lagi.

Kolah yang disediakan ini berkuruan kira-kira 5 ekar. Dengan adanya Taman Perikanan ini juga pengunjung boleh melakukan aktiviti memancing ikan bersama keluar dihujung minggu atau masa cuti untuk mendapatkan ikan yang segar dari kolam.

Taman Perikanan Jaya ini dibuka setiap hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.


Kadar bayaran masuk ke Taman Perikanan Jaya adalah :

Dewasa : RM 2.00
Kanak-kanak : RM 1.00

Bayaran untuk memancing ikan di kolam adalah sebanyak RM 5.00 seorang dan bayaran ini adalah termasuk sewa peralatan memancing ikan.

Ulasan