Langkau ke kandungan utama

Taman Peringatan Sandakan

Taman Peringatan Sandakan merupakan salah sebuah tempat menarik di Sandakan untuk kunjungan orang ramai tidak kira penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah, khususnya ke daerah Sandakan. Taman Peringatan Sandakan terletak di Batu 8, Jalan Labuk, iaitu lebih kurang 15 km atau kira-kira 20 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan daripada Pusat Bandar Sandakan, Sabah.

SANDAKAN MEMORIAL PARK







Sandakan Memorial Park (Taman Peringatan Sandakan) adalah salah satu tempat menarik di Sandakan yang boleh anda kunjungi sekiranya datang ke daerah ini dan tempat ini terbuka untuk semua pelawat tidak kira penduduk tempatan negeri ini mahupun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah khususnya ke Sandakan. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah tawanan perang dan kawat maut di Sandakan dan Ranau bolehlah berkunjung ke Taman Peringatan ini yang terletak di Batu 8, Taman Rimba Sandakan, lebih kurang 15 km atau kira-kira 20 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan dan kira-kira 3.7 km atau  sekitar 8 minit perjalanan kalau dari Lapangan Terbang Sandakan. Sememangnya taman ini adalah tempat menarik yang sering dikunjungi oleh pelancong terutama sekali yang datang dari luar negara ke Sabah khususnya di daerah Sandakan. Taman ini dibina bagi memperingati tentera Australia dan British yang telah terkorban sekitar bulan Januari hingga Ogos 1945 akibat daripada kawat maut (death march) dan ketika dalam tawanan tentera Jepun di Kem POW Sandakan.

Dianggarkan terdapat lebih kurang 2500 tahanan yang terdiri daripada tentera Australia dan British berada dalam kem tawanan di Sandakan dan sekitar Januari 1945 kawat maut telah dilakukan yang mana para tawanan telah diarahkan untuk berkawat dari Sandakan ke Rawau sejauh lebih kurang 260 km yang mana telah menyebabkan ramai tawanan perang pada masa itu terkorban dan dikatakan hanya 6 orang sahaja yang selamat apabila sempat melarikan diri. 
Di Taman Peringatan ini juga pengunjung akan dapat melihat beberapa muzium kecil yang dibina bagi memperingati beribu-ribu tentera Australia dan British yang terkorban ketika Perang Dunia Kedua, anda boleh melihat gambar tentera-tentera itu dan membaca beberapa sejarah mengenai mereka. Selain itu, di sini pengunjung juga berpeluang untuk melihat beberapa peralatan perang, dapur, tempat simpanan makanan dan beberapa lagi peralatan lain yang digunakan ketika Perang Dunia Kedua dan masih terdapat di Taman Peringatan Sandakan ini.


Taman Peringatan Sandakan ini telah dibuka secara rasminya pada 18 Mac 1999 iaitu setelah termeterai satu perjanjian antara Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Australia, pertubuhan bekas perajurit Returned & Services League Of Australia (RSL) dan juga pihak Majlis Perbandaran Sandakan pada tahun 1995. Selain daripada sebagai tempat untuk memperingati tentera Australia dan British yang menjadi korban pada ketika itu, taman ini juga adalah untuk memperingati penduduk tempatan negeri ini khususnya di Sandakan yang banyak mengalami penderitaan dan pengorbanan mereka berkorban sewaktu Perang Dunia Kedua.

Sekiranya anda mahu ke ke Taman Peringatan Sandakan terdapat juga beberapa pilihan sama ada anda mahu menaiki bas dari terminal bas di Pusat Bandar Sandakan atau boleh juga jika menaiki teksi, selain itu anda juga boleh menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain dan jika ada lesen memandu yang sah bolehlah memandu kenderaan sendiri, kalau tiada kenderaan boleh saja menyewa kenderaan yang penting anda ada lesen memandu. 

Pada setiap tahun akan diadakan dua hari peringatan istimewa yang akan diadakan di kawasan Taman Peringatan Sandakan ini iaitu :
Hari Anzac : 25 April
Hari Memorial Sandakan : 15 Ogos

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Semua orang : Percuma

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan taman ini iaitu Majlis Perbandaran Sandakan di alamat berikut :

Alamat :
Majlis Perbandaran Sandakan
Peti Surat 221,
Poskod 90702, Sandakan
Sabah, Malaysia
Tel : +6089-275400 / +6089-217343
Faks : +6089-272112

Ulasan