Taman Pertanian Sabah merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Taman Pertanian ini terletak di dalam daerah Tenom iaitu lebih kurang 10 km perjalanan dari Pekan Tenom.
TAMAN PERTANIAN SABAH
Taman Pertanian Sabah merupakan salah sebuah tempat menarik di Tenom. Taman ini terletak di Lagud Sebrang iaitu kira-kira 10 km dari pekan Tenom yang menempatkan pelbagai jenis tanaman pertanian seperti bunga, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi. Selain itu terdapat juga beberapa jenis haiwan mungkin anda akan berpeluang untuk melihat di sini.
Luas kawasan taman ini dianggarkan sekitar dalam 200 ekar dan mempunyai beberapa kawasan yang boleh dikunjungi oleh para pengunjung. Antara kawasan yang boleh dikunjungi oleh pelawat ketika berkunjung ke taman ini adalah seperti :
01. Pusat Orkid Semulajadi
02. Muzium Tumbuh-Tumbuhan
03. Kawasan Lebah
04. Tasik Sapong
05. Tasik Rundum
05. Taman Haiwan
06. Taman Evolusi.
07. Taman Hiasan
08. Hutan Agro
09. Jungle Trekking
Kalau melawat ke kawasan-kawasan ini pengunjung tidak perlu risau sekiranya anda penat, sebab di sini juga ada disediakan pengangkutan untuk pengunjung iaitu keretapi trem secara percuma. Keretapi ini ini beroperasi setiap jam dari jam 9 (tetapi ia bergantung juga kepada jumlah pengungjung yang datang). Apa yang menarik lagi adalah taman ini juga ada menyediakan basikal untuk disewa, ini sememangnya akan menjadikan lawatan ke sini lebih menarik.
Untuk datang ke Taman Pertanian Sabah ini, adalah lebih baik sekiranya pengunjung boleh memandu kenderaan sendiri atau menyewa kenderaan untuk anda pandu sendiri (yang penting anda ada lesen), ini adalah bagi memudahkan anda pergi ke sana dan pulang semula kerana lokasinya yang agak jauh dari Kota Kinabalu iaitu kira-kira 200km atau lebih kurang 3 jam perjalanan.
Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Warganegara dewasa : RM 10.00
Warganegara kanak-kanak : RM 5.00
Bukan warganegara dewasa : RM 25.00
Bukan warganegara kanak-kanak : RM 10.00
Untuk kanak-kanak waranegara dan bukan warganegara yang berumur dari 6 tahun ke bawah bayaran masuk adalah percuma.