Telupid merupakan salah satu daripada daerah yang terdapat di Negeri Sabah dan daerah ini termasuk dalam Bahagian Sandakan dan berada di bawah pengurusan dan pentadbiran Majlis Daerah Telupid yang berpusat di Pekan Telupid. Sejak tahun 1970 Telupid hanyalah sebuah daerah kecil tetapi telah pun dinaiktaraf menjadi sebuah daerah penuh berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. Pekan Telupid terletak kira-kira 130 km atau lebih kurang 2 jam 20 minit perjalanan naik kereta dari Pusat Bandar Sandakan dan jarak dengan Kota Kinabalu pula ada sekitar 210 km yang memakan masa lebih kurang 4 jam lebih untuk sampai bergantung pada keadaan trafik dan cuaca.

Walaupun Telupid berada dikawasan luar bandar, namun terdapat juga beberapa tempat yang menarik di sekitar daerah ini yang boleh dikunjungi dan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke daerah ini. Antara tempat menarik adalah :
Tempat menarik :
01. Hutan Simpan Lipaso
02. Air Terjun Tawai
03. Air Terjun Imbak Canyon
04. Tawai Rainforest Camp
05. Eroney Garden
06. Hutan Simpan Deramakot
TELUPID

Kredit gambar : Wikipedia
Telupid merupakan salah sebuah daerah yang termasuk dalam Bahagian Sandakan dan pentadbirannya diuruskan oleh Majlis Daerah Telupid yang berpusat di Pekan Telupid. Dahulunya Daerah Telupi ini adalah sebahagian daripada Beluran yang mana sekitar tahun 1970an daerah ini telah diiktiraf sebagai sebuah daerah kecil yang berada dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Beluran dan pada tahun 1977 telah dibina Pejabat Daerah Kecil Telupid yang berfungsi dalam menjaga hal ehwal pembangunan dan pentadbiran Daerah Telupid dan bermula pada tahun itu juga Telupid secara rasminya telah diisytihar sebagai sebuah daerah kecil yang disebut Daerah Kecil Telupid. Manakala pada 1 Januari 2014 Daerah Telupid telah dinaiktarafkan secara rasmi menjadi sebuah daerah penuh dan pentadbirannya juga pun ditukar kepada Majlis Daerah Telupid. Pekan Telupid yang berada dalam Bahagian Sandakan terletak lebih kurang 130 km atau kira-kira 2 jam perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan, manakala jarak Telupid dengan Kota Kinabalu pula adalah sekitar 209 km atau lebih kurang 4 jam 10 minit perjalanan menaiki kenderaan. Keluasan Daerah Telupid kira-kira 1935 km persegi atau 747 batu persegi dengan daerah ni bersempadan dengan beberapa daerah lain seperti Tongod, Ranau, Beluran serta Kinabatangan dan kebanyakkan penduduk di daerah ini adalah dari suku kaum Dusun Labuk dan Orang Sungai, terdapat juga beberapa suku kaum lain seperti Bugis, Cina, Tidung dan lain-lain lagi.
Mengikut sejarah, Telupid mula diduduki sekitar tahun 1940an dan menjadi salah satu laluan bersejarah iaitu Death March semasa pendudukan Jepun pada tahun 1945, walaupun tempat ini mula diduduki seawal tahun 1940an namun pembukaan Daerah Telupid hanya bermula sekitar tahun 1965 iaitu selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan pada ketika itu Telupid hanyalah sebuah perkampungan kecil yang diduduki oleh beberapa keluarga sahaja yang terdiri daripada suku kaum Dusun. Nama Daerah Telupid dikatakan diambil bersempena nama sejenis pokok yang disebut Tapid Apid dalam bahasa penduduk tempatan iaitu kaum Dusun. Pokok ini banyak tumbuh disepanjang tebing Sungai Telupid dan pokok ni sering digunakan oleh penduduk Telupid untuk kehidupan seharian mereka seperti aktiviti pertanian dan nelayan, dengan itu penduduk di sini telah menamakan tempat ini sebagai Telupid dan nama ini dipakai sehinggalah ke hari ini. Selepas Sabah merdeka dan telah menyertai penubuhan Malaysia, Telupid mula berkembang apabila dijadikan sebagai lokasi pentadbiran dan juga pengurusan bagi projek pembinaan lebuhraya yang menghubungkan Telupid dan Ranau yang dikenali dengan nama Malaysia-Australia Road Project (MARP) pada tahun 1968. Ia merupakan projek kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Australia. Dengan adanya jalinan kerjasama tersebut ianya juga telah membawa pembangunan yang amat ketara di daerah Telupid yang mana beberapa bangunan baru pejabat pentadbiran, kediaman dan lain-lain lagi telah mula dibina.
Pada masa kini dianggatkan jumlah penduduk di daerah telupid adalah lebih 30 ribu orang yang mana kebanyakkan penduduk di sini adalah beragama Islam dan aktiviti ekonomi utama di daerah ini ialah dari aktiviti pertanian seperti perladangan, penanaman sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi dan hasil pertanian ini biasanya akan dibawa ke Tamu Telupid yang sering diadakan setiap hujung minggu iaitu pada hari sabtu dan hari ahad, tamu ni memang cukup popular dikalangan penduduk di daerah ini dan daerah lain berhammpiran seperti penduduk dari Beluran dan Tongod. Kawasan daerah ini juga banyak ditanam dengan tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah yang mana akan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sekaligus dapat membantu meningkatkan tahap ekonomi penduduk dan pendapatan ekonomi daerah ini. Selain dari pertanian terdapat juga sebilangan penduduk yang menjalankan aktiviti penternakan terutama sekali penternakan ikan air tawar. Oleh kerana daerah ini bukanlah daerah yang mempunyai pekan atau bandar yang besar maka peluang pekerjaan tidaklah terlalu banyak, namun ada juga peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan di sini dengan pembukaan beberapa deretan kedai yang dibuka seperti gerai, supermarket, restoran, kedai runcit dan sebagainya.
Telupid pada masa ini masih mempunyai sebuah pekan yang belum dinaiktaraf kepada bandar, namun ianya tidak menghalang pembangunan dijalankan di daerah ini, dan dapat dilihat banyak pembangunan yang telah siap serta ada juga yang masih dalam proses. Kemudahan awam atau kemudahan asas juga banyak yang telah disediakan oleh pihak kerajaan atau pihak pentadbiran Majis Daerah Telupid untuk penduduk di daerah ini agar dapat memudahkan kehidupan seharian mereka dan memberikan mereka keselesaan. Antara kemudahan yang ada :
Kemudahan :
01. Balai Polis
02. Klinik Kesihatan
03. Jalan Raya
04. Bekalan Air
05. Bekalan Elektrik
06. Pejabat Kerajaan
07. Perbankan
08. Pasar Tamu
09. Institut Perhutanan
10. Jaringan Internet
11. Rangkaian Telefon
12. Sekolah Rendah
13. Sekolah Menengah
14. Bangunan Kedai
15. Lain-lain lagi
Mengikut sejarah, Telupid mula diduduki sekitar tahun 1940an dan menjadi salah satu laluan bersejarah iaitu Death March semasa pendudukan Jepun pada tahun 1945, walaupun tempat ini mula diduduki seawal tahun 1940an namun pembukaan Daerah Telupid hanya bermula sekitar tahun 1965 iaitu selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan pada ketika itu Telupid hanyalah sebuah perkampungan kecil yang diduduki oleh beberapa keluarga sahaja yang terdiri daripada suku kaum Dusun. Nama Daerah Telupid dikatakan diambil bersempena nama sejenis pokok yang disebut Tapid Apid dalam bahasa penduduk tempatan iaitu kaum Dusun. Pokok ini banyak tumbuh disepanjang tebing Sungai Telupid dan pokok ni sering digunakan oleh penduduk Telupid untuk kehidupan seharian mereka seperti aktiviti pertanian dan nelayan, dengan itu penduduk di sini telah menamakan tempat ini sebagai Telupid dan nama ini dipakai sehinggalah ke hari ini. Selepas Sabah merdeka dan telah menyertai penubuhan Malaysia, Telupid mula berkembang apabila dijadikan sebagai lokasi pentadbiran dan juga pengurusan bagi projek pembinaan lebuhraya yang menghubungkan Telupid dan Ranau yang dikenali dengan nama Malaysia-Australia Road Project (MARP) pada tahun 1968. Ia merupakan projek kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Australia. Dengan adanya jalinan kerjasama tersebut ianya juga telah membawa pembangunan yang amat ketara di daerah Telupid yang mana beberapa bangunan baru pejabat pentadbiran, kediaman dan lain-lain lagi telah mula dibina.
Pada masa kini dianggatkan jumlah penduduk di daerah telupid adalah lebih 30 ribu orang yang mana kebanyakkan penduduk di sini adalah beragama Islam dan aktiviti ekonomi utama di daerah ini ialah dari aktiviti pertanian seperti perladangan, penanaman sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi dan hasil pertanian ini biasanya akan dibawa ke Tamu Telupid yang sering diadakan setiap hujung minggu iaitu pada hari sabtu dan hari ahad, tamu ni memang cukup popular dikalangan penduduk di daerah ini dan daerah lain berhammpiran seperti penduduk dari Beluran dan Tongod. Kawasan daerah ini juga banyak ditanam dengan tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah yang mana akan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sekaligus dapat membantu meningkatkan tahap ekonomi penduduk dan pendapatan ekonomi daerah ini. Selain dari pertanian terdapat juga sebilangan penduduk yang menjalankan aktiviti penternakan terutama sekali penternakan ikan air tawar. Oleh kerana daerah ini bukanlah daerah yang mempunyai pekan atau bandar yang besar maka peluang pekerjaan tidaklah terlalu banyak, namun ada juga peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan di sini dengan pembukaan beberapa deretan kedai yang dibuka seperti gerai, supermarket, restoran, kedai runcit dan sebagainya.
Telupid pada masa ini masih mempunyai sebuah pekan yang belum dinaiktaraf kepada bandar, namun ianya tidak menghalang pembangunan dijalankan di daerah ini, dan dapat dilihat banyak pembangunan yang telah siap serta ada juga yang masih dalam proses. Kemudahan awam atau kemudahan asas juga banyak yang telah disediakan oleh pihak kerajaan atau pihak pentadbiran Majis Daerah Telupid untuk penduduk di daerah ini agar dapat memudahkan kehidupan seharian mereka dan memberikan mereka keselesaan. Antara kemudahan yang ada :
Kemudahan :
01. Balai Polis
02. Klinik Kesihatan
03. Jalan Raya
04. Bekalan Air
05. Bekalan Elektrik
06. Pejabat Kerajaan
07. Perbankan
08. Pasar Tamu
09. Institut Perhutanan
10. Jaringan Internet
11. Rangkaian Telefon
12. Sekolah Rendah
13. Sekolah Menengah
14. Bangunan Kedai
15. Lain-lain lagi
Walaupun Telupid berada dikawasan luar bandar, namun terdapat juga beberapa tempat yang menarik di sekitar daerah ini yang boleh dikunjungi dan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke daerah ini. Antara tempat menarik adalah :
Tempat menarik :
01. Hutan Simpan Lipaso
02. Air Terjun Tawai
03. Air Terjun Imbak Canyon
04. Tawai Rainforest Camp
05. Eroney Garden
06. Hutan Simpan Deramakot



Ulasan
Catat Ulasan