Tugu Peringatan Kem Tawanan Perang Terakhir merupakan salah satu tugu yang terdapat di Sabah dan tugu peringatan ini terletak di dalam Daerah Ranau, Sabah.
TUGU PERINGATAN KEM TAWANAN PERANG TERAKHIR
Sumber Gambar : Wikipedia

Tugu Peringatan Kem Tawanan Perang Terakhir atau lebih dikenali dengan sebutan 'The Last Pow Camp Memorial' merupakan sebuah tugu peringatan yang terletak di dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 8 km dari Pekan Ranau. Ia merupakan salah satu tempat yang boleh dikunjungi oleh pelancong dari luar negara atau pun dari dalam negara. Tugu ini telah dibina pada 27 Ogos 2009.
Tugu ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan pada masa itu iaitu Datuk Masiji Manjun. Tugu Peringatan ini dibina bagi memperingati 1047 orang tentera British dan Australia yang telah terkorban pada tahun 1945 kerana dipaksa berjalan kaki oleh Tentera Jepun sejauh lebih kurang 250 km dari Sandakan ke Ranau.
Daripada jumlah 1047 orang tawanan, hanya 189 orang sahaja yang berjaya sampai, namun selepas enam bulan kemudian 153 orang tawanan telah terkorban, manakala 32 orang tawanan lagi telah dibunuh dan 4 orang telah berjaya melepaskan diri.
Ditapak tugu ini juga diletakkan batu yang diambil dari Sungai Liwagu dan di susun mengikut jumlah tawanan tersebut iaitu dari jumlah keseluruhan tawanan, jumlah yang berjaya sampai, jumlah yang terkorban setelah sampai, jumlah yang dibunuh dan jumlah tawanan yang berjaya melepaskan diri.
Untuk ke tugu ini, pengunjung boleh menaiki bas yang menuju ke Ranau dengan masa perjalanan kira-kira 2 jam dan dengan kadar tambang sekitar RM20.00. Pengunjung juga boleh menaiki teksi atau memandu sendiri atau menyewa kenderaan ke sini agar lebih memudahkan perjalanan pergi balik dan boleh melawat ke tempat menarik lain di daerah Ranau.
Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Seorang : RM3.00

Ulasan
Catat Ulasan