Langkau ke kandungan utama

Tugu Peringatan Sandakan

Tugu Peringatan Sandakan merupakan salah satu tugu yang terdapat di Sabah. Tugu Peringatan ini dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 18 Mac 1999 dan terletak di daerah Sandakan, Sabah.

TUGU PERINGATAN SANDAKAN



Tugu Peringatan Sandakan merupakan salah satu tugu yang terletak di daerah Sandakan Sabah. Lokasi tugu ini adalah di dalam kawasan Taman Peringatan Sandakan iaitu di Taman Rimba kira-kira 11 km dari pusat bandar Sandakan dan kira-kira 1.5 km dari Lapangan Terbang Sandakan. Tugu Peringatan ini telah dibuka untuk kunjungan orang ramai tanggal 18 Mac 1999 iaitu semasa tarik pembukaan Taman Peringatan Sandakan

Tugu ini dibina bagi memperingati Tentera British dan Tentera Australia yang telah terkorban antara bulan Januari hingga bulan Ogos 1945 akibat daripada peristiwa Kawat Maut (Death Marches) dan juga kekejaman Tentera Jepun di Kem Pow Sandakan. Tugu ini dibina setelah termeterai satu perjanjian antara Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Australia, Pertubuhan Bekas Perajurit Returned & Services League Of Australia (RSL) dan juga dengan pihak Majlis Perbandaran Sandakan pada tahun 1995.


Pada setiap tahun akan diadakan dua hari upacara peringatan yang istimewa dilakukan di kawasan Tugu Peringatan ini iaitu :
Hari Anzac : 25 April
Hari Memorial Sandakan : 15 Ogos

Di tugu ini juga terdapat tulisan yang telah diukir dan berbunyi :

Sandakan Memorial,

In Rememberance Of All Those,
Who Suffered And Died Here,
On The Death Marches
And At Ranau.

Pengunjung yang ingin ke Tugu Peringatan Sandakan boleh menaiki bas dari terminal bas di pusat bandar Sandakan yang menuju ke batu 8 atau menaiki teksi. Selain itu pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik. Pilihan lain adalah dengan memandu kenderaan sendiri atau menyewa kenderaan agar mudakan lagi perjalanan anda pergi dan balik serta boleh pergi melawat tempat lain di sekitar Sandakan.

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi pihak Majlis Perbandaran Sandakan seperti alamat di bawah ini:

Alamat :
Majlis Perbandaran Sandakan
Peti Surat 221,
Poskod 90702, Sandakan
Sabah, Malaysia.
Tel : 089-275400 / 089-217343
Faks : 089-272112

Ulasan