Langkau ke kandungan utama

UMS Kota Kinabalu

Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Kota Kinabalu merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terdapat di negeri Sabah dan terletak di Teluk Sepanggar Kota Kinabalu.

UMS KOTA KINABALU

Sumber Gambar : Wikipedia

Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Kota Kinabalu telah ditubuhkan secara rasminya pada 24 November 1994 dan merupakan Universiti Awam ke sembilan yang telah dibina di Malaysia. Pada awal penubuhan hanya terdapat sebuah pejabat pentadbiran sementara iaitu di Bangunan Gaya Centre Kota Kinabalu untuk menguruskan pengambilan pelajar ke univerisiti ini.

Pada 28 November 1995 majlis upacara perletakan batu asas untuk kampus tetap UMS di Teluk Sepanggar telah dibuat oleh Perdana Menteri pada ketika itu iaitu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad. 
Pada tahun 1995 juga telah bermulanya sesi pengajian akademik di kampus sementara iaitu di Kolej Komuniti Yayasan Sabah dan di Kolej Latihan Telekom pada tahun 1996.


Setelah lebih kurang 4 tahun di kampus sementara, UMS kemudiannya mula berpindah secara berperingkat ke kampus tetap mereka di Teluk Sepanggar Kota Kinabalu pada bulan Jun 1999 sehingga 19 Mei 2000. Akhirnya pada tanggal 19 Mei 2000 UMS telah mula beroperasi sepenuhnya di kampus tetap yang baru dibina. Perasmian Kampus Tetap UMS Kota Kinabalu ini telah dirasmikan pada 19 September 2000 oleh Perdana Menteri pada ketika itu iaitu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad.

Pada peringkat awal penubuhan, UMS mempunyai 9 buah sekolah kesemuanya dan terletak di kampus tetapnya di Teluk Sepanggar Kota Kinabalu iaitu :

01. Sekolah pendidikan dan Pembangunan Sosial
02. Sekolah Sains Sosial
03. Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan
04. Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa
05. Sekolah Perniagaan dan Ekonomi
06. Sekolah Sains dan Teknologi
07. Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat
08. Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial
09. Sekolah Pengajian Seni.

Pada tahun 2003, jumlah sekolah ini meningkat kepada 10 buah apabila UMS menubuhkan Sekolah Perubatan di Kampus Perubatan Desa yang terletak di Sikuati Kudat. Kemudian pada tahun 2006 sekolah ke-11 telah ditubuhkan iaitu Sekolah Pertanian Lestari. Sekolah Pertanian Lestari ini kemudiannya dipindahkan ke UMS Kampus Sandakan pada tahun 2010.

Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan UMS Kota Kinabalu seperti alamat di bawah ini :

Alamat :
Universiti Malaysia Sabah Kampus Kota Kinabalu
Jalan UMS, 
88400, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-320000
Website : www.ums.edu.my

Ulasan