2Win Hill Park merupakan salah satu tempat menarik di Negeri Sabah, tempat ini merupakan antara tempat yang sesuai untuk melihat keindahan pemandangan alam semulajadi pada waktu petang iaitu ketika matahari terbenam. Tempat ni terletak dalam daerah Semporna iaitu lebih kurang 10 km atau kira-kira 17 minit perjalanan dari Pusat Bandar Semporna.
2Win Hill Park merupakan salah satu tempat menarik
di daerah Semporna bagi anda yang minat untuk lihat keindahan pemandangan alam dengan suasana matahari terbenam dari kawasan tanah tinggi atau bukit yang sudah pasti akan memukau pandangan anda. Mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu akan adanya tempat ini, tapi bagi mereka yang tinggal sekitar daerah Semporna, Tawau dan, Kunak memang sudah ramai yang tahu dan selalu menjadi pilihan orang ramai untuk datang ketika cuti hujung minggu khususnya mereka yang tinggal di sekitar daerah Semporna yang datang beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menenangkan fikiran dengan suasana yang agak boleh dikira agak tenang di sini. 2Win Hill Park terletak tidak jauh dari Bandar Semporna iaitu lebih kurang 10 km sahaja atau kira-kira 17 minit perjalanan menaiki kenderaan dan tempat ni senang untuk dikunjungi sebab ia tidak jauh dari jalan utama dan banner atau papan tandanya juga dibina dengan besar agar dapat memudahkan untuk orang ramai melihatnya apabila lalu di jalan tersebut. Sekiranya anda memang bercadang untuk datang ke sini adalah baik jika dapat mengatur perjalanan agar tidak terlalu lewat sebab walaupun tempat ni buka sampai malam tapi biasanya orang ramai diterima masuk sehingga jam 5 petang sahaja, jadi kalau boleh datanglah awal sikit ke sini, kalau boleh lama sikit di atas bukit ni pun tidak jadi masalah sebab bolehlah ambil gambar atau berselfie lebih banyak untuk dijadikan kenangan, tetapi perlu ingat juga ya oleh kerana tempat ni di atas bukit maka sentiasalah berhati-hati sepanjang berada di tempat ini tidak kira masa dan waktu agar keselamatan anda lebih terjamin ketika berada di sini
Di tempat ni biasanya orang datang untuk melihat keindahan pemandangan dan mengambil gambar sebab memang cantik pemandangan dari sini, tapi bagi yang mungkin datang dari jauh atau dari luar daerah Semporna, anda boleh pilih untuk menginap di kemudahan penginapan yang telah disediakan di sini dan penginapan ni adalah jenis gampling yang mana ianya berbentuk seperti kubah tapi penginapan tersebut terhad ya dengan cuma ada 3 gampling sahaja yang disediakan buat masa ini jadi kalau anda mahu bermalam di sini sebaiknya membuat tempahan awal dengan pihak 2Win Hill Park ni agar mereka dapat memastikan ada kekosongan untuk anda pada hari dan waktu yang anda pilih kemudian menyediakan penginapan tersebut untuk anda, bila sudah tempah penginapan ni tidak perlulah risau lagi sekiranya berada lama di tempat ini sebab ada juga tempat tinggal. Penginapan di sini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain untuk memberikan keselesaan kepada tetamu yang menginap di sini, antara kemudahan yang ada dalam penginapan ini ialah katil, bantal, selimut, penghawa dingin, cerek, air botol minuman dan beberapa lagi kemudahan lain. Seronok bila bermalam di gampling ni sebab lokasinya yang berada dibukit jadi anda boleh lihat keindahan langit pada waktu malam dengan penuh dihiasi oleh bintang yang berkerlipan dan bulan yang bersinar terutama sekali jika pada malam tersebut cuacanya adalah baik serta terang, lagi pun boleh tengok langit dari dalam penginapan tu saja dengan membuka sikit kain gampling tersebut. Di luar gampling pula ada ruangan yang diletakkan beberapa meja dan kerusi untuk anda menjamu selera atau lepak bersama pasangan dan keluarga dan anda tidak perlu risau sebab di ruangan tersebut pun ada juga lampu dipasang kalau pada waktu malam yang akan menerangi kawasan tersebut.
Selain itu di sini juga terdapat kemudahan cafe untuk untuk anda menjamu selera sama sekiranya rasa lapar atau haus, kalau mahu bawa makanan sendiri pun boleh juga tapi jangan buang sampah anda tu merata-rata tempat sebab akan mencacatkan pemandangan yang indah di sini, lagi pun kalau tempat ini bersih dapatlah juga menarik lebih ramai lagi orang datang ke sini berkunjung, kalau anda rasa mahu sekejap sahaja di sini tidak bawa makanan atau air pun tidak jadi masalah juga sebab di sini ada disedia minuman percuma ketika mendaftar masuk tapi air minuman tu kadang kala air botol mineral dan ada juga yang diberikan air manis bergantung pada keadaan. Tapi kalau anda mahu bawa air minum sendiri pun rasanya lagi baik biar ada air minum yang lebih sebab semasa pendaftaran masuk anda harus pilih sama ada mahu ke atas bukit tu dengan mendaki atau menaiki kereta pacuan 4 roda yang disediakan oleh pihak pengurusan di sini, kalau mendaki maka bayaran masuk adalah rendah sikit tapi memang anda perlukan air minum sekrianya haus, sebaliknya kalau anda mahu menggunakan kemudahan kereta pacuan 4 roda tu boleh juga tapi akan ada dikenakan bayaran tambahan untuk pengangkutan tersebut. Jadi terpulang pada anda mahu ikut yang mana satu, kalau rasa mampu dan mempunyai stamina kuat bolehlah mendaki, tapi kalau rasa tidak kuat sebaiknya sewa sahaja kenderaan tersebut agar tidak ada apa-apa masalah nanti sebab mendaki ke 2Win Hill Park ni mengambil masa sekitar 10 hingga 20 minit dan ada juga pengunjung yang mengambil masa yang agak lama iaitu sehingga 30 minit untuk sampai sebab semuanya bergantung pada stamina anda sendiri.
Sebelum tu perlu diingatkan kalau anda memilih untuk jalan kaki mendaki ke bukit pastikan pakai pakaian dan kasut yang sesuai sebab ketika mendaki tu bukitnya agak curam jadi kalau guna selipar rasanya tidak berada sesuai, anda juga juga sediakan atau cari kayu yang tahan untuk dibuat tongkat berjalan agar dapat membantu anda ketika mendaki dan yang paling penting ialah menjaga keselamatan sepanjang pendakian tu dan kalau anda ada sakit sebaiknya bawa ubat yang berkenaan untuk persediaan sekiranya ada kecemasan. Siapa yang memandu kereta sendiri ke sini, tempat letak kereta juga ada disediakan di sini berhampiran dengan pintu masuk atau tempat pendaftaran, jadi anda boleh letak kereta di situ dan sudah pastilah ianya akan dijaga oleh pihak pengurusan tempat ini. Kemudahan lain yang ada disediakan di sini ialah terdapat beberapa tempat dan juga kawasan yang dibina khas untuk anda bergambar atau berselfie. Binaan landskap yang dibuat untuk anda bergambar tu diharap janganlah diconteng, dirosakkan dan membuang sampah merata-rata di situ sebab pengunjung lain pun mahu juga menggunakannya untuk mengambil gambar, untuk sampah anda tu sebaiknya buang ke dalam tong sampah yang telah disediakan di beberapa tempat di sekitar Win Hill Park ini, jadi tidak ada alasan untuk anda membuang sampah merata-rata. Untuk lebih ringkas di bawah ini adalah beberapa khidmat dan kemudahan yang disediakan di sini iaitu :
Kemudahan :
01. Penginapan
02. Surau
03. Tandas
04. Tempat letak kereta
05. Cafe/tempat makan
06. Tempat duduk
07. Meja
08. Tempat bergambar
09. Penghawa dingin
10. Air minuman
11. Pengangkutan
12. ATV (ikut keadaan)
13. Cerek di penginapan
14. Soket di penginapan
15. Selipar di penginapan
Untuk aktiviti pula, terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang ke tempat ini antaranya ialah aktiviti mendaki, bagi yang suka mendaki boleh memilih untuk mendaki bila datang ke sini untuk mencergaskan badan, lagi pun kalau ramai-ramai datang ke sini memang seronok kalau anda mendaki sebab kalau ramai dapatlah bercerita sambil berjalan yang mana ianya akan dapat kurangkan rasa penat apabila mendaki ke sini dan tanpa disedar sudah pun sampai ke puncak. Aktiviti seterusnya ialah memandu ATV, tetapi ia mengikut keadaan juga sebab ATV tidak banyak, oleh itu kadang kalau ramai orang memang susah sikit dapat giliran dan kadang kala ada kerosakan pada kenderaan tersebut. Tapi kalau anda dapat menggunakannya memang seronok sekali bersiar-siar disekitar tempat ini dengan pemandangan yang indah dan menawan. Aktiviti lain ialah melihat keindahan pada waktu malam yang mana untuk aktiviti ini memerlukan anda untuk buat tempahan penginapan gampling di sini agar dapat melihat indahnya di waktu malam di tempat ini, anda boleh duduk bersama pasangan, keluarga atau rakan pada ketika ini dan bercerita kisah kenangan anda masing-masing memang suatu yang amat menyeronokkan dan sukar untuk dilupakan. Apa pun aktiviti yang paling utama dan menarik perhatian orang datang ke sini ialah melihat keindahan pemdangan dari tempat ini sambil mengambil gambar atau berselfi untuk dijadikan kenangan percutian ke sini, banyak tempat disediakan untuk aktiviti bergambar ni dan anda anda berganti-ganti bergambar sekiranya pada waktu tersebut terlalu ramai orang dan kalau boleh jangan terlalu lama bergambar di satu tempat untuk memberi peluang juga dengan pengunjung lain menggunakannya.
Untuk ke sini anda boleh kalau dari Bandar Semporna boleh naik teksi atau e-hailing untuk hantar anda ke sini, untuk balik semula ke bandar boleh guna teksi atau e-hailing juga tapi harus menunggu lama sikit sebab perjalanan ke sini memakan masa sekitar 17 minit dari bandar. Kalau anda datang dari luar daerah seperi Kota Kinabalu atau Sandakan, bolehlah naik bas express yang menuju ke Semporna selepas itu kalau ada lesen memandu boleh sewa kereta untuk lebih mudahkan perjalanan anda, tapi kalau tiada lesen boleh sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain. Manakala kalau dari luar daerah naik kapal terbang maka anda akan mendarat di Tawau, lepas tu bolehlah naik bas saja dari Tawau ke Semporna untuk lebih jimat dan selepas sampai boleh sewa kereta di Semporna atau naik teksi dan e-hailing. Tapi sangat digalakkan kalau anda memandu kereta sendiri terus ke sini sebab memudahkan lagi perjalanan anda dan kalau ada kereta sendiri dapat juga melawat beberapa tempat menarik disekitar daerah Semporna ini.
Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
RM5.00 : Seorang (mendaki)
RM15.00 : Seorang (naik 4x4)
RM15.00 : Seorang (naik 4x4)
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai harga penginapan di sini maka bolehlah menghubungi pengurusan 2Win Hill Park di alamt seperti di bawah :
Hubungi :
2Win Hill Park
Kg. Bugaya, Jalan Bukit Sakong,
Semporna, Sabah,
Malaysia.
Telefon : +6016 835 9290
Website : 2Win Hill Park
Kg. Bugaya, Jalan Bukit Sakong,
Semporna, Sabah,
Malaysia.
Telefon : +6016 835 9290
Website : 2Win Hill Park
Ulasan
Catat Ulasan