Langkau ke kandungan utama

3D Wonders Museum

3D Wonders Museium (3D Muzium) merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. 3D Muzium ini terletak sama tempat dengan Rumah Terbalik di daerah Tamparuli, Kota Kinabalu, Sabah.

3D WONDERS MUSEUM



3D Wonders Museum (Muzium 3D) merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang mesti dikunjungi pelancong yang datang melancong ke Sabah. Muzium ini terletak sama tempat dengan Rumah Terbalik yang ada di Tamparuli dan merupakan Muzium 3D yang terbesar di Sabah. Ia sebenarnya dibina bukan semata-mata untuk mempamerkan seni lukis 3D, namun ia lebih kepada memberikan pendidikan dan pengetahuan kepada orang ramai tentang pentingnya untuk melindungi alam semulajadi termasuk flora dan fauna.

Untuk masuk ke dalam muzium ini biasanya akan dihadkan dalam 25 orang saja dalam satu-satu masa, dan tiada had masa yang diberikan ketika anda berada di dalam muzium, jadi anda boleh bergambar sepuas-puasnya sambil membaca maklumat mengenai gambar 3D yang ada di sini. Yang penting pastikan bateri kamera anda penuh kalau mahu menangkap atau mengambil gambar yang banyak kerana gambar-gambar 3D di sini semuanya cantik dan unik dan pastikan akan membuat anda teruja.


Gambar 3D yang dipamerkan di sini kebanyakkannya adalah gambar yang berkaitan dengan budaya, hidupan alam semulajadi dan tempat menarik yang terdapat di Negeri Sabah. Setiap gambar juga ada diletakkan papan maklumat mengenai gambar 3D yang di pamerkan. Anda boleh membaca atau ambil gambar maklumat gambar 3D tersebut jadi sekurang-kurangnya anda dapat juga ilmu tentang gambar tersebut.

Kalau datang melawat ke sini, biasanya pihak pengurusan di sini ada juga menawarkan perkhidmatan untuk mengambil gambar pengunjung dengan harga sekitar RM30 dan RM40 untuk sekeping gambar yang telah dipasang cover. Kalau anda mahu gambar anda dibingkaikan harganya adalah sekitar RM60. Apabila sudah selesai melawat di sini gambar anda tu akan diberikan kepada anda. Ambil gambar ni kalau anda berminat saja, kalau tidak mahu pun tidak menjadi masalah.

Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan untuk para pengunjung datang melawat ke sini, iaitu seperti restoran yang terletak cuma bersebelahan dengan rumah terbalik ini, kalau sudah ada restoran sudah semestinya ada kemudahan tandas. Kemudahan lain adalah sesiapa yang ingin menunaikan solat, terdapat juga ruang solat yang telah disediakan di sini. Jadi anda tidak perlu risau ketika datang melawat ke muzium ini.

Untuk ke sini pelancong atau pengunjung boleh menaiki bas yang menuju ke Tamparuli dari terminal bas yang terletak di Bandaran Berjaya Kota Kinabalu dan pastikan memberitahu pemandu bas untuk menurunkan anda di Rumah Terbalik. Selain itu pengunjung juga boleh menaiki teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain.

Kalau ada kereta sendiri adalah lebih baik, sekiranya tiada anda boleh juga menyewa kenderaan untuk anda pandu sendiri (jika anda ada lesen) supaya lebih senang perjalanan pergi dan balik. Selain itu anda boleh juga melawat tempat menarih sekitar Tamparuli contohnya seperti Jambatan Tamparuli.

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang
(Termasuk cuti umum)

Bayaran masuk 3D Muzium :
Warganegara : RM23.00
Pelajar dan kanak-kanak bawah 12 tahun : RM15.00
Bukan Warganegara : RM33.00
Bukan Warganegara kanak-kanak : RM15.00
Kanak-kanak bawah 3 tahun : Percuma

Kalau ambil pakej melawat sekali Rumah Terbalik dan 3D Muzium, biasanya akan ada potongan harga. Sebaiknya anda beli sekali jadi boleh terus melawat sekali Rumah Terbalik. Itu pun kalau anda belum pernah datang melawat ke Rumah Terbalik dan terpulang juga kalau mahu.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak pengurusan 3D Wonders Museum di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
3D Wonders Museum
Batu 21, 
89250, Tamparuli,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-260 263

Ulasan