Adenna Rafflesia Garden merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk dikunjungi bagi melihat sendiri rupa bentuk bunga terbesar di dunia iaitu bunga rafflesia yang sukar di temui dan sukar untuk lihat ketika ia kembang. Tempat ni terletak di dalam daerah Ranau iaitu lebih kurang 16.6 km atau kira-kira 22 minit perjalanan dari Bandar Ranau, Sabah.
ADENNA RAFFLESIA GARDEN
Kredit gambar : Adenna
Kredit gambar : Adenna
Untuk ke sini, bagi sesiapa yang datang dari luar daerah Ranau boleh naik bas express yang menuju ke atau melalui Ranau, boleh beritahu dengan pembantu bas untuk turunkan anda di di Bandar Ranau, lepas tu dapatkan perkhidmatan teksi atau e-hailing lain untuk menghantar anda ke sini, bagi anda yang dengan memandu kereta sendiri bolehlah terus sahaja ke tempat ini yang satu jalan menuju ke Poring, jika ada kereta sendiri boleh terus pergi melawat ke beberapa tempat menarik lain disekitar daerah Ranau dan Kundasang seperti yang disenaraikan di atas tadi.
Waktu operasi :
Jam 9 pagi hingga 6 petang
Bayaran masuk :
RM30.00 seorang
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda bolehlah hubungi pihak pengurusan Adenna Rafflesia Garden di alamt seperti di bawah ini :
Hubungi :
Kredit gambar : Adenna
Kredit gambar : Adenna
Kredit gambar : Adenna
Adenna Rafflesia Garden merupakan salah satu tempat yang menarik
di Ranau untuk dikunjungi bagi anda yang mahu melihat sendiri di depan mata bunga terbesar di dunia iaitu bunga rafflesia. Bunga ni jarang dan sukar ditemui sebab ia tumbuh liar di dalam hutan yang tebal, jadi kalau anda dapat peluang datang ke daerah Ranau pastikan untuk datang ke tempat ini yang terletak lebih kurang 16.6 km atau kira-kira 22 minit perjalanan dari Bandar Ranau, mankala kalau anda yang datang dari Pusat Bandar Kota Kinabalu pula ia akan memakan masa lebih kurang 2 jam 20 minit dengan jarak perjalanan sejauh 122 km untuk sampai ke tempat ini. Lokasi tempat ini adalah sama laluan atau jalan yang menuju ke Kolam Air Panas Poring Ranau, oleh itu sekiranya anda pergi beriadah ke Poring bolehlah singgah sini sekejap untuk melihat bunga tersebut sebab bila lagi dapat peluang untuk melihat bunga yang jarang ditemui ini. Bunga
Rafflesia juga dikenali dengan beberapa nama lain iaitu seperti bunga pakma, bunga padma, bunga patma dan bunga kerubut mengikut tempat atau negara yang mempunyai bunga ini dan kebanyakkannya adalah negara di Asia Tenggara. Bunga rafflesia juga dikatakan mempunyai beberapa jenis atau spesis, bagi bunga rafflesia yang ada di kawasan Borneo ni biasanya adalah bunga rafflesia dari spesis seperti arnoldii, cantleyi, hasseltii, kerii, pricei, keithii, tengku adlinii dan tuan mudae. Di Negeri Sabah khususnya di kawasan Poring biasanya adalah bunga rafflesia dari spesis keithii yang juga merupakan rafflesia terbesar di negara ini.
Bunga rafflesia di negeri ini biasanya boleh mencapai 75 cm hingga 90 cm dan beratnya juga boleh mencapai 10 kg hingga 20 kg, seperti yang disebut di atas tadi bunga ni memang jarang di temui tapi bila ada taman seperti Adenna Rafflesia Garden ni maka orang ramai mungkin berpeluang untuk dapat melihat bunga tersebut. Apa pun bunga ni mengambil masa agak lama untuk mekar iaitu sekitar 9 bulan dan bila sudah mekar pula ianya akan mekar bertahan selama 4 hingga 5 hari tapi kadang kala ia boleh mekar sehingga 7 hari sebelum mati, oleh kerana tempoh mekar bunga ini yang boleh dianggap sekejap sahaja, maka anda boleh memilih untuk menghubungi terlebih dahulu pihak pengurusan Adenna ni untuk bertanya sekiranya ada bunga yang mekar pada hari tersebut, biasanya mereka akan memberitahu jika ada bunga yang mekar atau bila dijangka akan mekar, jadi bolehlah anda memilih bila masa yang sesuai untuk datang ke sini. Bagi mereka yang kebetulan mahu pergi bercuti dan beriadah ke Poring, boleh singgah sekejap untuk melihat papan tanda yang diletakkan di tepi lalun masuk sekiranya ada bunga yang kembang, kalau ada bolehlah singgah nanti, kalau tidak ada boleh datang lain hari. Tempat ni tidak jauh dari tepi jalan utama dan tidak ada kawasan untuk anda meletakkan kereta, jadi sekiranya datang ke sini dengan memandu kereta sendiri bolehlah letak kereta anda tu di tepi jalan sahaja, tapi pastikan jangan sampai menghalang laluan jalan utama tersebut dan pastikan juga untuk kunci kereta anda serta cermin agar tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.
Kemudahan dan aktiviti yang ada di sini tidak banyak sebab biasanya orang ke sini untuk melihat bunga ini sahaja, ada pun kemudahan yang disediakan ialah laluan berjalan kaki yang dibuat daripada simen untuk anda berjalan melaluinya ketika hendak pergi melihat bunga tersebut, dalam perjalanan tu anda mungkin akan dapat lihat tumbuhan lain termasuk beberapa bunga lain yang ditanam disepanjang laluan. Bila sudah sampai ke tempat bunga rafflesia yang mekar anda akan lihat bunga itu dipasang dengan halangan tali yang bertujuan agar para pengunjung tidak menyentuh bunga tersebut, anda perlu patuhi peraturan tersebut sebab seperti yang anda tahu bunga ni hanya mekar paling lama pun seminggu jadi kalau ramai yang datang dan asyik menyentuh bunga tersebut maka dikhuatiri akan menyebabkan kerosakan pada bunga tersebut yang akhirnya orang lain terlepas peluang untuk melihat bunga itu. Tapi anda dibenarkan juga untuk mengambil gambar bunga tersebut dan anda juga boleh bertanya apa sahaja soalan kepada kakitangan atau staff yang membawa anda dan mereka akan menjawab pertanyaan serta memberitahu beberapa maklumat mengenai bunga rafflesia. Kalau anda sedang buat kajian mengenai bunga ni, maka bolehlah ke sini dapatkan maklumat tersebut dan sediakan apa yang patut seperti buku nota untuk mencatat segala maklumat yang diberikan kakitangan di sini. Anda tidak perlu takut untuk bertanya sebab staff di sini memang peramah dan sedia untuk menjawab soalan anda, selain itu soalan tersebut boleh saja di tanya dalam Bahasa Melayu atau pun guna Bahasa Inggeris bagi para pelancong yang datang dari luar negara.
Aktiviti lain yang boleh anda buat bila ke sini bergambar dengan keindahan bunga rafflesia serta bunga lain yang ada ditanam di sepanjang laluan jalan kaki. Seperti yang sudah dijelaskan di atas orang ramai ke sini adalah untuk melihat bunga ini dan mengambil gambar sahaja, selain itu memang tidak ada aktiviti lain, tapi bagi anda yang mungkin datang dari jauh dan memandu kereta sendiri maka sebaiknya buat senarai untuk aktiviti lawatan ke beberapa tempat menarik di sekitar daerah Ranau ini atau pun mungki boleh melawat tempat menarik di Kundasang, sebab jaraknya tidaklah terlalu jauh, lagi pun dua daerah ini memang sangat popular dengan tempat menarik yang mempunyai keindahan pemandangan yang sangat mengagumkan dan mempunyai pelbagai aktiviti untuk dilakukan. Antara tempat menarik yang boleh anda senarai untuk aktiviti lawatan ialah :
Tempat menarik berhampiran :
01. Taman Negara Kinabalu
02. Gunung Kinabalu
03. Poring Hot Spring
04. Ranau Paragliding
05. Air Terjun Kipungit
06. Air Terjun Langanan
07. Kinomulok Garden
08. Magical Garden
09. Sably Goat Haven
10. Tagal Sg. Moroli Fish Spa
11. Tambiau Forest
12. Cat Nature Park
13. Kundasang War Memorial
14. Bombon Marakau Fish Spa
15. Bukit Kimondou
16. Ladang Teh Sabah
17. Arnab Village Ranau
18. Bukit Maragang
19. Bukit Sosodikon
20. Kundasang Selfie Corner
Kemudahan dan aktiviti yang ada di sini tidak banyak sebab biasanya orang ke sini untuk melihat bunga ini sahaja, ada pun kemudahan yang disediakan ialah laluan berjalan kaki yang dibuat daripada simen untuk anda berjalan melaluinya ketika hendak pergi melihat bunga tersebut, dalam perjalanan tu anda mungkin akan dapat lihat tumbuhan lain termasuk beberapa bunga lain yang ditanam disepanjang laluan. Bila sudah sampai ke tempat bunga rafflesia yang mekar anda akan lihat bunga itu dipasang dengan halangan tali yang bertujuan agar para pengunjung tidak menyentuh bunga tersebut, anda perlu patuhi peraturan tersebut sebab seperti yang anda tahu bunga ni hanya mekar paling lama pun seminggu jadi kalau ramai yang datang dan asyik menyentuh bunga tersebut maka dikhuatiri akan menyebabkan kerosakan pada bunga tersebut yang akhirnya orang lain terlepas peluang untuk melihat bunga itu. Tapi anda dibenarkan juga untuk mengambil gambar bunga tersebut dan anda juga boleh bertanya apa sahaja soalan kepada kakitangan atau staff yang membawa anda dan mereka akan menjawab pertanyaan serta memberitahu beberapa maklumat mengenai bunga rafflesia. Kalau anda sedang buat kajian mengenai bunga ni, maka bolehlah ke sini dapatkan maklumat tersebut dan sediakan apa yang patut seperti buku nota untuk mencatat segala maklumat yang diberikan kakitangan di sini. Anda tidak perlu takut untuk bertanya sebab staff di sini memang peramah dan sedia untuk menjawab soalan anda, selain itu soalan tersebut boleh saja di tanya dalam Bahasa Melayu atau pun guna Bahasa Inggeris bagi para pelancong yang datang dari luar negara.
Aktiviti lain yang boleh anda buat bila ke sini bergambar dengan keindahan bunga rafflesia serta bunga lain yang ada ditanam di sepanjang laluan jalan kaki. Seperti yang sudah dijelaskan di atas orang ramai ke sini adalah untuk melihat bunga ini dan mengambil gambar sahaja, selain itu memang tidak ada aktiviti lain, tapi bagi anda yang mungkin datang dari jauh dan memandu kereta sendiri maka sebaiknya buat senarai untuk aktiviti lawatan ke beberapa tempat menarik di sekitar daerah Ranau ini atau pun mungki boleh melawat tempat menarik di Kundasang, sebab jaraknya tidaklah terlalu jauh, lagi pun dua daerah ini memang sangat popular dengan tempat menarik yang mempunyai keindahan pemandangan yang sangat mengagumkan dan mempunyai pelbagai aktiviti untuk dilakukan. Antara tempat menarik yang boleh anda senarai untuk aktiviti lawatan ialah :
Tempat menarik berhampiran :
01. Taman Negara Kinabalu
02. Gunung Kinabalu
03. Poring Hot Spring
04. Ranau Paragliding
05. Air Terjun Kipungit
06. Air Terjun Langanan
07. Kinomulok Garden
08. Magical Garden
09. Sably Goat Haven
10. Tagal Sg. Moroli Fish Spa
11. Tambiau Forest
12. Cat Nature Park
13. Kundasang War Memorial
14. Bombon Marakau Fish Spa
15. Bukit Kimondou
16. Ladang Teh Sabah
17. Arnab Village Ranau
18. Bukit Maragang
19. Bukit Sosodikon
20. Kundasang Selfie Corner
Untuk ke sini, bagi sesiapa yang datang dari luar daerah Ranau boleh naik bas express yang menuju ke atau melalui Ranau, boleh beritahu dengan pembantu bas untuk turunkan anda di di Bandar Ranau, lepas tu dapatkan perkhidmatan teksi atau e-hailing lain untuk menghantar anda ke sini, bagi anda yang dengan memandu kereta sendiri bolehlah terus sahaja ke tempat ini yang satu jalan menuju ke Poring, jika ada kereta sendiri boleh terus pergi melawat ke beberapa tempat menarik lain disekitar daerah Ranau dan Kundasang seperti yang disenaraikan di atas tadi.
Waktu operasi :
Jam 9 pagi hingga 6 petang
Bayaran masuk :
RM30.00 seorang
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda bolehlah hubungi pihak pengurusan Adenna Rafflesia Garden di alamt seperti di bawah ini :
Hubungi :
Adenna Rafflesia Garden
5, Jalan Poring,
89300, Ranau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6013 875 4254
Telefon : +6088 755 324
Website : Adenna Rafflesia
5, Jalan Poring,
89300, Ranau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6013 875 4254
Telefon : +6088 755 324
Website : Adenna Rafflesia
Ulasan
Catat Ulasan