Langkau ke kandungan utama

Air Terjun Bukit Gelas

Air Terjun Bukit Gelas merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Sabah dan boleh dikunjungi oleh orang ramai terutamanya kepada mereka yang suka mandi di air terjun atau mungkin juga sekadar datang untuk melawat sahaja. Air terjun ini tidaklah terlalu tinggi yang mana ia mempunyai ketinggian dalam 12 meter atau 40 kaki dan terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau iaitu kira-kira 24 km atau lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Tawau, Sabah.

AIR TERJUN BUKIT GELAS


Kredit gambar : Ilya Zehan


Kredit gambar : @Kido_iwnl

Air Terjun Bukit Gelas merupakan salah satu air terjun yang terdapat dalam Bahagian Pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau yang juga tempat yang sesuai untuk dikunjungi bagi peminat air terjun tidak kira penduduk tempatan negeri ini mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang bercuti ke negeri ini khususnya di Tawau. Air terjun ini mempunyai ketinggian dalam 12 meter atau 40 kaki dan terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau yang mana  taman ini terletak lebih kurang 24 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Tawau, Sabah. Kalau anda ada kesempatan datang ke daerah Tawau dan bercuti ke Taman Bukit Tawau bolehlah pergi sekali melawat ke tempat air terjun ini dan pastikan jangan lupa membawa apa-apa barangan keperluan yang penting jika bercadang untuk ke air terjun tidak kira sama ada anda mandi atau pun tidak perlulah juga bawa beberapa barang yang mungkin akan diperlukan untuk perjalanan ke sini.

Perjalanan ke air terjun ini bermula dari Taman Bukit Tawau juga oleh itu kadar  bayaran masuk untuk ke air terjun ini adalah berdasarkan bayaran masuk ke taman ini, Bukit Gelas tidak terlalu tinggi iaitu sekitar 175 meter dari paras laut namun  laluan ke Air Terjun Bukit Gelas dari titik permulaan di Taman Bukit Tawau adalah sejauh 4 km untuk perjalanan pergi dan balik yang mana ianya akan memakan masa lebih kurang 1 jam hingga 1 jam 30 minit perjalanan dengan meredah kawasan hutan. Tetapi tidak perlu risau sebab laluannya adalah lebih santai kecuali mungkin dalam 500 meter sebelum sampai ke air terjun laluannya agak mencabar sedikit sebab licin lebih-lebih lagi kalau selepas hujan. Sekiranya anda bercadang datang ke air terjun ini disarankan untuk datang dalam berkumpulan, lagi baik kalau ramai sebab perjalanannya yang jauh dan memakan masa agak lama serta laluan yang harus meredah kawasan hutan jadi kalau ada kawan yang ramai tidak perlulah merasa risau lagi, bila ada kawan bersama tidak juga terasa sunyi berjalan dalam kawasan hutan yang tebal ini.


Sepanjang laluan ke air terjun ini terdapat juga beberapa kemudahan yang tersedia iaitu seperti pondok untuk tempat anda berehat dan ada beberapa kawasan laluan yang disediakan kayu terutama di kawasan yang licin agar mudah untuk para pengunjung melalui laluan tersebut tanpa tergelincir disebabkan oleh laluan yang licin. Selain itu terdapat juga beberapa papan tanda untuk menunjukkan laluan yang patut anda lalui ke Air Terjun Bukit Gelas tersebut. Bila sudah sampai di air terjun ini anda boleh mandi atau duduk santai dan berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan yang turut bersama anda datang ke sini. Cuma dicadangkan agar pihak pengurusan taman dapat menyediakan kemudahan tong sampah satu atau dua di kawasan air terjun ini agar mudah untuk pengunjung membuang sampah mereka dengan lebih mudah sekaligus dapat menjadikan kawasan air terjun ini kelihatan lebih bersih dan dapat menarik lagi pengunjung datang ke sini pada masa hadapan. Pengunjung pun perlulah bertanggungjawab untuk tidak membuang sampah merata tempat bila berada di kawasan air terjun, kalau tidak nampak tong sampah di sini bolehlah masukkan dalam plastik dan bawa dulu ke tempat titik permulaan di Taman Bukit Tawau yang sudah pasti ada kemudahan tong sampah di situ.

Sebelum datang ke air terjun ini pastikan anda membuat beberapa persiapan seperti pakaian apa yang perlu di pakai dan apa barang keperluan yang perlu anda bawa bila ke sini agar perjalanan anda ke air terjun ini berjalan dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah dan di bawah ini adalah antara senarai keperluan yang perlu anda persiapkan dan bawa tapi ini cadangan sahaja, ia terpulang pada anda sendiri sama ada mahu bawa atau tidak :

Barang di bawa :

01. Pakai baju sesuai
02. Pakai seluar sesuai
03. Pakai topi
04. Pakai stokin anti lintah
05. Pakai kasut
06. Tongkat jalan
07. Baju hujan
08. Makanan
09. Minuman
10. Kompas
11. Powerbank
12. Telefon
13. Beg telefon kalis air
14. Baju lebih
15. Duit poket
16. Penghalau nyamuk
17. Wisel kecemasan
18. Tisu/sapu tangan

Untuk makluman anda selain daripada pakai stokin anti lintah anda boleh juga membawa apa-apa alat yang biasa digunakan untuk membuang lintah sekiranya ia melekat pada anda. Ada yang cakap boleh guna sanitizer dan ada juga cakap boleh guna minyak kayu putih, jadi terpulanglah pada anda sebab masing-masing ada pendapat sendiri yang bersesuaian.

Waktu operasi :
Isnin - Jumaat :
8 pagi - 4.00 petang

Sabtu/ahad/cuti umum
7.30 pagi - 3.30 petang

Bayaran masuk :
Warganegara 
Dewasa : RM6.00
Kanak-kanak : RM5.00
Bawah 12 thn: percuma
Atas 60 thn : percuma
OKU : percuma

Warga asing :
Dewasa : RM20.00
Kanak-kanak : RM12.00


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi pihak pengurusan air terjun ini iaitu pihak Taman Bukit
Tawau seperti alamat di bawah :

Alamat :
Ibu Pejabat 
Sabah Parks
Block H, Level 1-5, Lot 45 & 46,
Signature Office, KK Times Square,
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 523500
Website :
 sabahparks


Ulasan