Air Terjun Ferien merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Sabah dan terletak jauh di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah iaitu di Long Pasia dalam daerah Sipitang, perjalanan ke air terjun juga akan memakan masa yang agak lama terutamanya bagi mereka yang datang dari Kota Kinabalu dan pastikan anda memandu kereta pacuan empat roda kalau ke sini sebab jalannya agak gravel untuk ke Long Pasia. Air terjun ini terletak lebih kurang 101 km atau kira-kira 3 jam perjalanan menaiki kereta dari Pekan Sipitang dan kira-kira 243 km atau pun lebih kurang 5 hingga 7 jam perjalanan kalau dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah, biarlah lambat asalkan selamat sampai ke tempat tujuan anda di sini.
AIR TERJUN FERRIAN
Kredit gambar : Sabahtravel

Air Terjun Ferrian merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Long Pasia dalam daerah Sipitang yang boleh anda kunjungi sekiranya berminat dengan air terjun ini yang masih lagi terjaga kebersihan serta keunikannya kerana lokasinya yang agak jauh dipedalaman dan tidak ramai orang yang datang ke tempat menjadikannya sentiasa terjaga dan terpeliharan. Air terjun ni ada juga yang sebut dengan nama Ferien, Appa Ferien dan Pa'Ferian, apa pun sebutannya ianya adalah air terjun yang sama mungkin cara sebutan penduduk tempatan di negeri ini yang berbeza antara satu sama lain menjadikan nama air terjun ini ejaannya mungkin agak berbeza tapi sebutannya lebih kurang sama saja. Air terjun ini terletak jauh di pedalaman negeri Sabah yang mana ia terletak di kawasan hutan di Long Pasia, Sipitang lebih kurang 101 km atau kira-kira 3 jam
perjalanan menaiki kereta dari Pekan Sipitang dan kira-kira 243 km atau lebih kurang 6 hingga 7 jam perjalanan sekiranya datang dari Pusat Bandar Kota
Kinabalu dengan naik kenderaan, tetapi bila bercadang untuk ke sini sebaiknya menggunakan kenderaan pacuan empat roda sebab ketika masuk ke kawasan Long Pasia ini jalannya adalah gravel dan bertanah sahaja bukannya berbatu jadi lebih sesuai naik kenderaan besar seperti pacuan empat roda lebih-lebih lagi jika ketika itu musim hujan. Masa perjalanan dari Sipitang atau Kota Kinabalu adalah bergantung pada kelajuan anda pandu kereta tersebut, tetapi tidak perlulah pandu laju sebab yang penting adalah biarlah lambat asalkan selamat sampai ke tempat tujuan
anda di sini. Oleh kerana jarak air terjun ini yang sememangnya agak jauh, maka jika mahu ke sini sebaiknya anda mencari orang atau guide yang boleh membawa anda ke air terjun tersebut contohnya anda boleh menghubungi beberapa pihak yang menyediakan penginapan atau homestay di Long Pasia yang mana biasanya mereka ada sediakan guide untuk perjalanan anda. Selain itu anda juga boleh menggunakan khidmat ejen pelancongan yang ada di negeri ini yang boleh membawa anda ke Air Terjun Ferrian dan beberapa lagi air terjun lain di sekitar Long Pasia ini.
Tidak pasti berapa ketinggian sebenar air terjun ini tetapi yang pasti jarak perjalanan sama ada anda dari sipitang atau Kota Kinabalu memang agak jauh dan biasanya orang yang mahu melawat ke air terjun ini akan memilih untuk bermalam sekurangnya satu malam di penginapan atau homestay yang terdapat di Kampung Long Pasia sebelum memulakan perjalanan ke air terjun pada keesokkan harinya, disebabkan rasa penat ketika dalam perjalanan yang mana memakan masa agak lama untuk sampai ke kampung ini walaupun naik kereta. Laluan perjalanan di kawasan hutan untuk sampai ke air terjun tidak terlalu sukar tapi kerana lokasinya yang jauh memang akan terasa juga penat dan lelahnya ketika berjalan dan ianya memerlukan stamina yang kuat juga untuk ke air terjun tersebut, jadi pastikan badan anda berada dalam sihat sepenuhnya jika mahu ke sini dan tidak ada sebarang penyakit yang boleh mengganggu anda buat perjalanan seperti tidak ada demam panas, sesak nafas, batuk yang kuat dan beberapa lagi penyakit lain atau boleh bertanya dengan doktor terlebih dahulu jika mereka membenarkan anda melakukan aktiviti ke air terjun ini. Kalau boleh bawa kawan-kawan bila ke sini, lagi ramai maka lebih baik sebab tempat ini jauh dan kena melalui kawasan hutan lagi tapi kalau ada kawan tidaklah terasa bosan dalam kereta dengan perjalanan yang jauh dan ada juga kawan bercerita sepanjang perjalanan tersebut, ketika berada di homestay dan termasuklah ketika berjalan meredah hutan ke air terjun. Laluan ke air terjun ada juga kawasan yang mungkin agak curam dan licin terutamanya ketika musim hujan jadi sentiasalah waspada dan berhati-hati ketika melangkah, kalau ada tali disediakan di situ boleh pegang tali tersebut agar tidak tergelincir. Sepanjang laluan di hutan anda juga berpeluang melihat kepelbagaian flora dan fauna yang unik dan mungkin tidak dapat dilihat di tempat lain, maka jangan lupa persiapkanlah kamera anda jika mahu mengambil gambar, dan jika ada terlihat buah-buahan liar boleh tanya terlebih dahulu dengan guide anda sekiranya boleh memetiknya atau pun tidak.
Seperti yang sudah dinyatakan di atas biasanya mereka yang mahu ke air terjun ini akan memilih untuk bermalam di penginapan yang ada di Kampung Long Pasia dengan kadar bayaran yang berpatutan dan bayaran tersebut boleh anda atur sekali dengan makan pagi, tengahari dan malam, tapi makanan yang disediakan adalah makanan tradisional penduduk tempatan negeri ini khususnya mereka yang tinggal di kampung tersebut. Oleh itu sebelum anda datang ke tempat ini buatlah tempahan awal lebih dahulu dengan pihak yang menyediakan penginapan di kampung ini atau boleh juga terus sahaja mencari ejen pelancongan yang sah berdaftar untuk anda dapatkan khidmat mereka agar ia lebih memudahkan anda melakukan perjalanan ke sini yang mana kesemuanya akan diatur oleh syarikat pelancongan tersebut. Sekiranya anda membuat tempahan dengan pihak homestay atau ejen pelancongan, anda boleh runding sekali khidmat pengangkutan untuk mengambil dan menghantar anda daripada mana lokasi yang anda pilih. Bila semua sudah diatur, bolehlah terus melakukan perjalanan ke sini menginap dan berjalan pada keesokkan harinya ke air terjun dan pastikan anda mematahui segala peraturan yang telah pun diberikan oleh guide anda sepanjang perjalanan tidak kira sama ada dalam kereta atau ketika berjalan di kawasan hutan, ini semua adalah untuk kebaikan dan keselamatan anda. Walaupun penat berjalan tapi bila sudah sampai ke air terjun sudah pastilah anda akan merasa berpuas hati dan bangga kerana dapat melakukan perjalanan ke air terjun ini dengan jayanya sebab tidak semua orang mampu melakukan perjalanan jauh ke air terjun ini. Apabila sudah sampai tu janganlah lepaskan peluang untuk mandi di air terjun tersebut dengan sepuas hati dan jangan lupa untuk mengambil kenangan bersama air terjun agar dapat dikongsi kepada rakan lain anda yang belum ada kesempatan datang ke sini. Apa pun dalam keseronokan mandi tu jangan lupa untuk sentiasa utamakan keselamatan terlebih dahulu sebab mungkin keadaan batuan di sekitar air terjun adalah licin. Sebelum terlupa sebaiknya anda tidak ke sini ketika musim hujan sebab takut jika keadaan airnya pada masa tu keruh disebabkan hujan, jika tidak pasti bolehlah hubungi dan bertanya pihak homestay atau ejen pelancongan.
Oleh kerana anda berada di sini sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam, bolehlah juga mempersiapkan apa juga barangan keperluan yang perlu dipakai atau dibawa apabila bercadang datang ke tempat ini yang sememangnya agak jauh. Berikut di bawah ini adalah antara senarai barangan keperluan yang mungkin boleh anda persiapkan dan bawa apabila ke sini, barang ini termasuklah yang mungkin akan anda guna ketika dalam perjalanan ke kampung ini, ketika berada di penginapan, ketika berjalan meredah hutan ke air terjun dan juga ketika berada di kawasan air terjun. Dengan adanya anda menyediakan persiapan ni maka ianya akan lebih memudahkan perjalanan anda dan akan dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan anda ketika berada di tempat ini :
Barang di bawa :
01. Pakaian lebih
02. Baju sesuai
03. Seluar sesuai
04. Stokin anti lintah
05. Topi/tutup kepala
06. Tongkat jalan
07. Pakai kasut
08. Makanan
09. Minuman
10. Bawa selipar
11. Powerbank
12. Telefon
13. Plastik phone kalis air
14. Sarung tangan
15. Duit poket
16. Penghalau nyamuk
17. Wisel kecemasan
18. Sapu tangan
19. Kamera
20. Baju hujan
Terdapat pihak homestay dan syarikat pelancongan yang menyediakan pakej ke Air Terjun Ferrian ini sekali dengan lawatan ke beberapa air terjun lain yang terdapat di Long Pasia, anda boleh pilih pakej yang bersesuaian dengan bajet yang anda ada dan jangan lupa untuk memberitahu berapa jumlah orang dalam kumpulan anda yang akan turut serta dalam perjalanan kali ini agar dapatlah lebih memudahkan pihak homestay atau syarikat pelancongan tersebut menyediakan segala apa yang mungkin diperlukan untuk melancarkan perjalanan kumpulan anda di sini nanti.

Ulasan
Catat Ulasan