Air Terjun Kadamaian merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Sabah. Air terjun ini terletak di Taman Negara Kinabalu, di Ranau dan merupakan air terjun yang tertinggi di Negeri Sabah.
AIR TERJUN KADAMAIAN
Credit Gambar : Sam4605
Credit Gambar : Sam4605
Air Terjun Kadamaian merupakan air terjun yang tertinggi di Negeri Sabah iaitu dengan ketinggian 700 meter dan ia terletak di Taman Negara Kinabalu yang mana Taman Negara yang berada di kawasan daerah Ranau dan juga Kota Belud. Air terjun ini telah dijumpa beberapa tahun lalu dan masih dalam proses penyelidikan. Air terjun yang tinggi ini dapat dilihat dari jauh dengan pemandangan yang cantik dan kedudukannya yang berada di kawasan Gunung Kinabalu menambahkan keunikan air terjun ini
Walaubagaimanapun air terjun ini masih belum dapat diakses dan diwartakan kerana belum ada laluan khas yang dibuat untuk menuju ke air terjun ini dan laluannya juga agak sukar lebih-lebih lagi ia berada di kaki gunung. Oleh kerana belum ada laluan dan belum juga diwartakan jadi orang awam masih tidak dibenarkan lagi untuk mendaki atau jungle trekking ke air terjun ini kerana berbahaya untuk keselamatan.
Namun sekiranya anda ingin juga mandi air terjun, anda tidak perlulah risau sebab di Sabah masih banyak air terjun yang cantik dan lebih mudah untuk anda pergi lawati contohnya Air Terjun Kipungit dan Langganan yang terletak di Poring, kalau mahu yang dekat dengan Bandar Kota Kinabalu anda boleh pergi ke Air Terjun Kionsom dan lain-lain lagi. Yang penting sebelum ke air terjun buat persiapan awal terlebih dahulu, seperti barang-barang yang patut di bawa dan sebagainya.
Buat masa ini, Air Terjun Kadamaian ini belum lagi dibuka untuk orang ramai kerana belum ada laluan khusus untuk ke sini, namun bila ianya telah dibuka nanti pastikan sentiasa jaga keselamatan bila berada di kawasan air terjun yang mungkin mempunyai permukaan batuan yang licin atau air kolamnya yang dalam.

Nota :