Air Terjun Kimorugi merupakan salah satu lagi air terjun yang terdapat di Sabah dan boleh dikunjungi oleh orang ramai tidak kira tua atau muda terutama sekali kepada mereka suka aktiviti mendaki mandi di air terjun dan aktiviti berjalan meredah hutan dan mendaki. Air Terjun Kimorugi terletak di dalam daerah Kota Belud dan mempunyai ketinggian sekitar 40 meter, jarak perjalanan dari Pekan Kota Belud ke tempat titik permulaan iaitu di Homestay Sri Kapa adalah sekitar 35 km atau lebih kurang 55 minit perjalanan menaiki kenderaan, manakala kalau dari Kota Kinabalu, Sabah pula jaraknya adalah 82 km atau kira-kira 1 jam 55 minit perjalanan menaiki kenderaan.
AIR TERJUN KIMORUGI
Kredit gambar : Kimorugi

Air Terjun Kimorugi merupakan salah satu air terjun yang terdapat di daerah Kota Belud, Sabah yang dikunjungi orang ramai khususnya bagi mereka yang minat dengan air terjun tidak kiralah penduduk tempatan negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri untuk bercuti terutama sekali yang berada di sekitar daerah Kota Belud dan daerah Kota Kinabalu. Belum ramai lagi yang tahu adanya air terjun ini yang mempunyai ketinggian dalam 40 meter dan terletak dalam kawasan Kampung Melangkap Kappa iaitu kalau anda dari Pekan Kota Belud ke tempat titik
permulaan iaitu di Homestay Sri Kapa jarak perjalananya adalah sekitar 35 km atau lebih
kurang 55 minit dengan menaiki kenderaan dan lebih kurang 82 km atau kira-kira 1 jam 55 minit
perjalanan menaiki kenderaan jika dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Sebelum bercadang datang ke Air Terjun Kimorugi sebaiknya anda menghubungi terlebih dahulu pihak yang mengatur dan mengurusankan perjalanan ke air terjun ini untuk memastikan pada tarikh dan masa yang anda ingin datang itu tempat air terjun tersebut dibuka dan orang ramai sesuai untuk melakukan perjalanan ke kawasan air terjun, ini adalah supaya anda tidak merasa rugi atau penat untuk berjalan jauh tetapi akhirnya tempat ni tutup dan tidak dapat masuk untuk mengunjungi air tejun tersebut, lagi pun biasanya orang ke sini mereka akan menyewa penginapan jadi bolehlah terus buat tempahan penginapan yang ada di sini.
Laluan perjalanan untu ke air terjun adalah bermula dari Kampung Melangkap Kapa dan jaraknya ialah sekitar 1.3 km sehala, jadi kalau pergi balik dalam 2.6 km yang mengambil masa dalam 30 minit untuk sehala saja, kalau pergi balik dalam 1 jam perjalanan tetapi ianya bergantung juga kepada stamina anda dan cara berjalan, kalau laju mungkin lebih awal sampai dan begitulah sebaliknya jika anda berjalan dengan perlahan akan lambat sampai ke air terjun ini dan balik semula ke penginapan. Sekiranya anda ingin ke air terjun dan menginap di Homestay Sri Kapa ada perkhidmatan kenderaan pacuan empat roda disediakan dengan kadar bayaran lebih kurang RM5.00 seorang yang akan membawa anda ke tempat titik permulaan di Kampung Melangkap Kappa sebelum anda memulakan perjalanan dengan berjalan kaki ke air terjun melalui kawasan hutan. Laluan ke air terjun tidaklah terlalu sukar tetapi ada tempat tu yang mungkin agak curam namun tidak perlu risau sebab ada juga tali telah disediakan untuk mudahkan anda turun dengan memegang tali tersebut. Sebaiknya apabila ingin ke air terjun ini datang dengan ahli keluarga atau pun rakan anda sebab masih ramai lagi yang tidak tahu tempat ini jadi tidak begitu ramai orang yang datang jadi memang agak sunyi kalau datang sendirian, lebih-lebih laluannya yang berada dalam kawasan hutan, oleh itu jika ada kawan maka tidak perlu risau dan tidak rasa kesunyian kerana ada kawan yang boleh anda bawa bercerita sepanjang meredah hutan dan mendaki.
Sepanjang laluan ke air terjun anda akan dapat melihat pelbagai spesis flora dan fauna serta beberapa buah-buahan yang mungkin boleh anda petik tetapi perlu bertanya terlebih dahulu dengan guide anda jika dibenarkan untuk memetiknya terutama sekali jika anda datang ketika musim buah. Oleh kerana belum ramai yang datang ke tempat ini maka kemudahan juga masih tidak terlalu banyak yang tersedia sepanjang laluan ke air terjun tersebut, antara kemudahan yang ada ialah seperti tali yang disediakan untuk memudahkan pengunjung memegang tali tersebut ketika berada di kawasan yang agak curam. Selain itu dikawasan air terjun juga ada diletakkan beberapa batang bambu untuk memudahkan orang ramai berdiri di situ sambil mengambil gambar keindahan air terjun ini sebab sekitar air terjun ini ada batu yang bersaiz besar dan dalam keadaan licin, oleh itu dengan adanya bambu tersebut maka akan mudah bagi orang untuk orang bergambar tanpa rasa risau tergelincir. Terdapat beberapa papan tanda sepanjang laluan dibina dengan kata-kata motivasi yang mungkin sedikit sebanyak dapat memberikan motivasi kepada para pengunjung sekaligus dapat menaikkan semangat mereka walaupun ketika itu sedang penat berjalan meredah hutan ke air terjun. Lain-lain kemudahan mungkin boleh anda dapatkan dan persiapkan ketika masih berada di Kampung Melangkap Kappa atau di penginapan sebelum anda memulakan perjalanan ke Air Terjun Kimorugi.
Apabil anda bercadang untuk datang ke air terjun ini dan sudah menetapkan tarikh dan masa ke sana sebaiknylah anda membuat beberapa persiapan terlebih dahulu seperti pakaian apa perlu di pakai dan apa barang keperluan yang perlu anda bawa agar perjalanan anda ke air terjun berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, kalau anda bercadang menginap atau bermalam di penginapan yang ada di sini maka buatlah tempahan lebih awal agar pihak penginapan dapat memastikan ada kekosongan bilik pada tarikh dan masa anda datang ke sini seterusnya menyimpan penginapan tersebut untuk kumpulan anda. Di bawah ini adalah antara senarai barang keperluan yang mungkin boleh anda persiapkan dan bawa apabila ingin ke air terjun ini :
Barang di bawa :
01. Baju sesuai
02. Seluar sesuai
03. Topi/tutup kepala
04. Stokin anti lintah
05. Kasut sesuai
06. Tongkat jalan
07. Baju hujan
08. Makanan
09. Minuman
10. Kompas
11. Powerbank
12. Telefon
13. Beg telefon kalis air
14. Baju lebih
15. Duit poket
16. Penghalau nyamuk
17. Wisel kecemasan
18. Tisu/sapu tangan
19. Kamera
20. Kipas kecil usb
Sepanjang perjalanan ke air terjun pastikan anda ikut semua peraturan yang telah diberikan oleh guide anda dan sentiasalah menjaga keselamatan ketika mandi atau ketika berada di sekitar air terjun tersebut sebab keselamatan adalah tanggungjawab anda sendiri terutama sekali sekiranya anda ke sini membawa kanak-kanak bersama. Semasa berjalan tu jangan berjauhan antara satu sama lain agar mudah memberi bantuan sekiranya ada keluarga atau rakan yang memerlukan, contohnya jika berehat sebaiknya semua turut sama berehat dan kalau jalan semula maka semua pun harus meneruskan perjalanan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut boleh hubungi pihak pengurusan Air Terjun Kimorugi seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
Air Terjun Kimorugi

Waktu operasi :
Setiap hari
6 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Setiap hari
6 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
RM5.00 : 13 thn ke atas
RM3.00 : 7 thn - 12 thn
RM3.00 : Pelajar
Percuma : 6 thn ke bawah
Bayaran guide :
RM50.00 : untuk 5 orang
RM3.00 : 7 thn - 12 thn
RM3.00 : Pelajar
Percuma : 6 thn ke bawah
Bayaran guide :
RM50.00 : untuk 5 orang
Alamat :
Air Terjun Kimorugi
Kg. Melangkap Kappa,
Kota Belud, Sabah.
Kota Kinabalu, Sabah.
Telefon : +6019 483 7512
Telefon : +6014 350 9116
Web fb : Kimorugi
Kota Belud, Sabah.
Kota Kinabalu, Sabah.
Telefon : +6019 483 7512
Telefon : +6014 350 9116
Web fb : Kimorugi

Ulasan
Catat Ulasan