Langkau ke kandungan utama

Air Terjun Kionsom Inanam

Air Terjun Kionsom merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Kota Kinabalu, Air terjun ini terletak berhampiran dengan pekan Inanam dan 25 km dari Bandar Kota Kinabalu, Sabah.

AIR TERJUN KIONSOM INANAM




Air Terjun Kionsom terletak di Inanam, Kota Kinabalu Sabah. Air terjun ini nerupakan antara air terjun yang paling dekat dengan bandar Kota Kinabalu iaitu kira-kira 25 km atau 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu dan kira-kira 15 minit perjalanan dari pekan Inanam.

Air terjun ini sangat terkenal dikalangan penduduk tempatan dan ada kalanya air terjun ini dipenuhi pengunjung ketika cuti umum atau cuti hujung minggu kerana kedudukannya yang dekat dengan Kota Kinabalu dan Pekan Inanam memudahkannya untuk dikunjungi.


Air Terjun Kionsom mempunyai 4 tingkat kesemuanya namun kebiasaannya hanya tingkat 1 dan 2 sahaja yang ramai dikunjungi kerana mudah untuk di akses manakala tingkat 3 dan 4 sukar untuk diakses kerana bentuk permukaan batunya yang bercerun dan licin.

Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan berhampiran dengan kawasan air terjun ini, antara adalah seperti tandas, bilik persalinan, gerai makan dan lain-lain lagi, jadi pengunjung tidak perlu risau sekiranya lapar.

Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki bas, teksi atau boleh juga menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain dari pusat bandar Kota Kinabalu untuk ke sini. Selain itu pengunjung juga boleh mencari kenderaan sewa (pandu sendiri jika ada lesen) untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik.

Waktu operasi :
Isnin - Jumaat : 8 pagi - 5 petang
Sabtu - Ahad : 8 pagi - 6 petang

Bayaran masuk :
Dewasa : RM 1.50
Kanak-kanak : RM 0.50

Nota :

1. Biasanya kawasan air terjun Kionsom Inanam ini mungkin mempunyai permukaan batuan yang licin atau air kolam yang dalam, oleh itu pengunjung harus sentiasa berhati-hati ketika berada di kawasan air terjun atau ketika mandi di kolam yang dalam.


Ulasan