Langkau ke kandungan utama

Air Terjun Luhuban

Air Terjun Luhuban merupakan salah satu lagi air terjun yang terdapat di Sabah yang boleh dikunjungi oleh orang ramai terutama sekali mereka yang berminat untuk mencari lokasi air terjun sambil dengan laluan yang jauh dan mencabar sambil lakukan aktiviti lain seperti mendaki dan menikmati keindahan tumbuhan alam semulajadi yang tumbuh segar serta menghijau. Sebenarnya Air Terjun Luhuban ini terletak di dalam kawasan Kampung Tampasak, Penampang iaitu lebih kurang 12 km atau pun 15 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Bandar Penampang dan lebih kurang 23 km atau kira-kira 30 minit perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah.

AIR TERJUN LUHUBAN


Kredit gambar : Tampasakeco

Kredit gambar : Tampasakeco

Air Terjun Luhuban merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Kota Kinabalu, yang anda boleh kunjungi sekiranya mahu mencari lokasi air terjun dengan laluan yang agak mencabar sambil itu boleh lakukan beberapa aktiviti lain ketika dalam perjalanan melawat air terjun tersebut. Sebelum itu perlulah diingat bahawa untuk ke air terjun laluannya walaupun tidaklah terlalu mencabar tetapi kerana jaraknya yang jauh maka tidak berapa sesuai untuk mereka sudah lanjut usia, kanak-kanak, orang kurang upaya dan mereka yang tidak mempunyai stamina yang kuat. Air terjun ini terletak dalam kawasan Kampung Tampasak, Penampang iaitu lebih kurang 12 km atau kira-kira 15 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Bandar Penampang, manakala bagi mereka yang dari Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sekitar 23 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan. Sebelum bercadang untuk datang melawat ke Air Terjun Luhuban ini adalah sebaiknya anda menghubungi terlebih dahulu pihak pengurusan atau pihak yang mengatur perjalanan ke air terjun ini iaitu Tampasak Eco Camp agar dapat memastikan pada tarikh dan masa yang anda ingin datang, tempat ini adalah buka untuk lawatan orang ramai terutamanya jika cuaca pada ketika itu tidak berapa baik, ini adalah agar anda tidak merasa rugi atau penat untuk berjalan jauh tetapi akhirnya tempat ini ditutup dan tidak dapat masuk. Selain itu kalau boleh teruslah buat sekali tempahan perjalanan ke air terjun ini sebab biasanya orang akan buat tempahan lebih awal apabila mahu ke sini supaya lebih memudahkan pihak pengurusan di sini untuk menyediakan apa juga keperluan yang patut mereka sediakan untuk kegunaan kumpulan anda itu nanti, tetapi untuk tempahan akan ada bayaran deposit yang dikenakan bergantung kepada rundingan anda berapa yang perlu dibayar deposit tersebut. Jangan lepaskan peluang anda datang ke air terjun ini apabila ada kelapangan masa sama ada dihujung minggu atau ketika cuti umum.

Untuk makluman ada juga, untuk lawatan ke air terjun biasanya bayaran yang perlu anda bayar adalah termasuk sekali perjalanan untuk mendaki dan juga menaiki bot diakhir lawatan yang akan membawa anda pulang semula ke lokasi titik permulaan di iaitu Kg. Tampasak. Tidak pasti lagi berapa ketinggian air terjun ini, mungkin dalam 25 meter atau lebih, namun laluan untuk ke air terjun ini sememangnya agak jauh iaitu sekitar 8 km untuk perjalanan pergi dan balik yang mungkin akan memakan masa 3-5 jam untuk menamatkan perjalanan tersebut bergantung kepada stamina anda sama ada laju berjalan atau perlahan. Apa pun jangan kelam kabut melakukan perjalanan ke air terjun ini sebab biar lambat asalkan selamat yang penting adalah dapat sampai ke lokasi dan balik semua dalam keadaan selamat. Laluan ke air terjun ni walaupun tidak terlalu sukar tetapi ada juga beberapa kawasan yang agak curam yang mana memerlukan perhatian yang lebih ketika berjalan atau melangkah agar tidak tergelincir terutamanya jika ketika itu musim hujan. Lagi pun laluan di sini kebanyakkanya anda kena naik dan turun bukit oleh itu sudah pasti memerlukan stamina yang kuat agar mudah melakukan perjalanan tanpa sebarang masalah yang mungkin akan melambatkan anda sampai ke air terjun tersebut. Sekiranya anda bercadang ke sini bolehlah pastikan terlebih dahulu stamina anda dalam keadaan yang baik dan kalau anda mempunyai sakit seperti batuk, asma, demam panas dan lain-lain lagi yang boleh mengganggu kesihatan anda jika berjalan jauh dan mendaki bukit yang tinggi maka bolehlah pergi hospital atau bertanya terlebih dahulu dengan doktor sekiranya anda dibenarkan untuk melakukan aktiviti ke tempat ini sebab bila ke sini anda bukan sahaja akan ke air terjun tetapi juga harus mendaki ke bukit yang mana mempunyai ketinggian 453 meter dari paras laut, walaupun anda tidak ada penyakit tapi perlu juga pastikan anda mampu untuk berjalan jauh dan melakukan aktiviti lasak ini.


Sepanjang laluan ke air terjun anda akan dapat melihat pelbagai hidupan flora dan fauna serta beberapa tumbuhan lain yang tumbuh subur dan menghijau, dapat melihat keindahan pemandangan Empangan Babagon yang kawasan yang tinggi. Memang seronok dapat melakukan aktiviti berjalan meredah hutan ke air terjun ini tetapi digalakkan juga untuk tidak ke sini berseorangan sebaliknya bawalah rakan anda bersama, kalau ramai lagi baik sebab ada kawan yang dapat berjalan bersama anda dan mungkin boleh membantu anda jika ada masalah, kalau ramai dapatlah berjalan sambil bercerita untuk hilangkan sunyi dan dapat menaikkan semangat melakukan perjalanan ini. Laluan ke air terjun ni memang akan buatkan anda merasa penat dan lelah lebih-lebih lagi harus berjalan naik turun bukit yang sudah pasti lutut dan kaki anda akan terasa penat, kalau yang tidak biasa berjalan di lalauan seperti ini pasti lutut mereka tu akan terasa bergetar akibat kelelahan, begitu juga nafas pun pasti akan tercungap-cungap, tetapi apabila sudah sampai ke kawasan air terjun ini penat dan lelah terus akan hilang dengan sendirinya bila melihat air terjun dihadapan anda yang mana ia menunjukkan anda berjaya sampai ke sini setelah menempun pelbagai rintangan dan dugaan dalam perjalanan. Di air terjun ini anda boleh juga mandi tapi tidak ada bilik persalinan di tempat ini jadi anda haruslah sedia juga pakaiaan kering untuk dipakai atau pun tuala untuk mengelak daripada kesejukan ketika dalam perjalanan balik. Bila selesai semua aktiviti termasuk mandi air terjun tibalah masanya untuk balik tapi tidak perlu risau sudah sebab ketika anda melakukan perjalanan balik tidak lagi berjalan kaki melalui laluan tadi sebaliknya akan menaiki bot laju pulang ke tempat titik permulaan di Kampung Tampasak.

Oleh kerana perjalanan ini boleh dikira agak lama, anda juga boleh menghubungi pihak pengurusan di sini Tampasak Eco Camp sekiranya mereka ada menyediakan kemudahan rumah atau bilik penginapan untuk disewa jika anda ingin menginap dan bermalam di sini terutamanya bagi mereka yang mungkin datang dari jauh. Apa pun sekiranya anda memang bercadang untuk datang melawat ke air terjun ini dan sudah menetapkan tarikh dan masa, maka sebaiknya anda membuat beberapa persiapan terlebih dahulu seperti apa pakaian yang perlu untuk dipakai dan apa barang keperluan yang perlu dibawa bila ke sini agar perjalanan anda nanti akan dengan lagi lancar tanpa sebarang masalah. Di bawah ini adalah antara senarai barang keperluan yang rasanya mungkin boleh anda persiapkan dan juga bawa apabila datang ke air terjun ini :

Barang di bawa :

01. Baju sesuai
02. Seluar sesuai
03. Kasut sesuai
04. Stokin anti lintah
05. Topi/tutup kepala
06. Tongkat jalan
07. Baju hujan
08. Makanan
09. Minuman
10. Kompas
11. Powerbank
12. Telefon
13. Plastik phone kalis air
14. Baju lebih
15. Duit poket
16. Penghalau nyamuk
17. Wisel kecemasan
18. Sapu tangan
19. Kamera
20. Kipas kecil usb
21. Beg kalis air
22. Sarung tangan
23. Tali jika perlu

Untuk makluman anda juga biasanya bayaran yang dikenakan adalah termasuk dengan makan tengahari tapi terpulang pada anda sekiranya mahu bawa makanan tambahan seperti coklat dan apa jg makanan yang dirasakan perlu, begitu juga dengan air minuman kalau boleh bawa air lebih sikit sebab perjalanan agak jauh dan melelahkan jadi memang memerlukan air dan makanan yang lebih. Apa pun semasa buat aktiviti ini pastikan ikut semua peraturan atau arahan yang telah dibertitahu oleh guide anda dan sila ketika berjalan meredah hutan ke air terjun ini. Kalau terlalu penat boleh berehat sekejap sebelum anda meneruskan lagi perjalanan.

Waktu operasi :
Setiap hari
Sila hubungi

Bayaran :
RM45.00 : Seorang
RM5.00 :  Sijil

Bayaran seorang di atas ni adalah termasuk makan tengahari dan guide, harga ni mungkin berubah ikut keadaan keadaan dan masa, oleh itu Sekiranya ingin buat tempahan awal atau ingin membuat sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan tempat ini seperti alamat yang ada di bawah ini :

Alamat :
Tampasak Eco Camp
Kg. Tampasak, Babagon,
Penampang, Sabah.
Telefon : +6014 659 5295
Telefon : +6017 813 7481
Telefon : +6012 862 0980
Web fb : Tampasakeco


Ulasan