Langkau ke kandungan utama

Air Terjun Taliwas

Air Terjun Taliwas merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Sabah yang mana anda boleh ke sini untuk berkunjung ke air terjun sambil melakukan beberapa aktiviti lain seperti berkhemah, jalan meredah hutan, berbasikal dan lain-lain lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Air terjun ini terletak dalam Kawasan Pemuliharaan Sungai Taliwas iaitu dalam Hutan Simpan Kelas 1 di Taliwas, Lahad Datu yang mempunyai jarak lebih kurang 40 km atau pun kira-kira 50 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Lahad Datu, Sabah.

AIR TERJUN TALIWAS


Kredit gambar : Taliwasriver

Kredit gambar : Sabah

Air Terjun Taliwas merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Lahad Datu untuk para peminat air terjun di negeri ini khususnya mereka yang berada di sekitar daerah Lahad Datu dan daerah lain yang berhampiran tidak kiralah penduduk tempatan negeri ini atau pelancong dari dalam dan juga luar negara yang datang melancong ke Sabah dan mencari lokasi air terjun. Air terjun ini terletak dalam Kawasaan Pemuliharaan Sungai Taliwas di Lahad Datu atau Taliwas River Conservation Area (TRCA) yang mana ia terletak dalam Hutan Simpan Taliwas Kelas 1 dan jaraknya adalah lebih kurang 40 km atau kira-kira 50 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Lahad Datu, Sabah. Bagi mereka yang datang ke sini dari Pusat Bandar Tawau pula jarak perjalananya adalah lebih kurang 154 km atau kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan. Kawasan Hutan Simpan Taliwas ini mempunyai keluasan 9546 hektar dan pada mulanya berada dibawah pengawasan Jabatan Perhutanan Sabah namun diserahkan kepada Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1991 untuk menguruskannya, seterusnya telah dinaiktarafkan menjadi Hutan Simpan Kelas 1 pada tahun 2012. Air terjun ini tidak terlalu tinggi yang mana ketinggiannya hanyalah sekitar 9.1 meter atau pun 30 kaki sahaja, namun airnya bersih dan sejuk menjadikannya antara tempat yang sering dikunjungi pengunjung apabila mereka datang ke hutan ini. Oleh kerana air terjun ni berada dalam kawasan hutan simpan maka anda digalakkan untuk membuat tempahan lebih awal bila ingin ke sini, bila datang ke tempa ni boleh juga bermalam dengan berkhemah di kawasan tapak perkhemahan yang telah disediakan, lagi pun memang biasanya pengunjung akan ke sini bermalam sekurang-kurangnya satu malam. Untuk makluman anda, sebaiknya naik kereta pacuan empat roda apabila ke sini sebab jalannya yang tidak berapa baik dan mungkin sukar bagi kereta kecil masuk ke sini dan kalau bawa kereta kecil haruslah kena berhati-hati sebab takut tersangkut atau rosak.

Sekiranya anda ingin ke air terjun ini sebaiknya datanglah dalam satu kumpulan yang ramai sebab anda akan melalui laluan sejauh lebih daripada 5 km yang mana jarak ini adalah untuk pergi dan balik untuk melawat ke Air Terjun Taliwas tersebut. Sebenarnya laluan ke air terjun pada mulanya adalah sangatlah santai kerana bentuk muka buminya lebih kepada rata sahaja, namun selepas itu anda harus menaiki dan juga menuruni bukit yang mana pasti akan membuatkan anda rasa penat dan keletihan. Terdapat juga kawasan yang laluannya agak curam iaitu ketika menuruni bukit untuk ke kawasan air terjun yang mana ianya memang agak curam namun tidak perlu risau sebab ada juga tali yang disediakan untuk anda guna atau pegang ketika berjalan turun dan kalau musim hujan memang agak licin tempat lalaun yang curam ini jadi disarankan anda memakai sarung tangan agar mudah untuk berpaut pada tali tersebut bila turun, kalau tidak pakai sarung tangan pun tidak jadi masalah tetapi tangan anda mungkin akan terasa sakit. Sepanjang perjalanan meredah hutan untuk ke air terjun ini anda mungkin akan berpeluang untuk melihat pelbagai spesis flora dan fauna yang terdapat dalam hutan tersebut, pastikan anda tidak petik atau mencabut sebarang tumbuhan dalam hutan ini sebab ia adalah dalam kawasan hutan simpan yang dijaga dan dipelihara. Sepanjang perjalanan juga pastikan anda sentiasa bersama dalam kumpulan anda, kalau ada yang ingin berehat sebaiknya semuanya pun turut berehat tetapi jangan ambil masa terlalu lama, bila sambung semula perjalanan pastikan semua pun turut sama berjalan jangan biarkan ada yang tertinggal jauh dibekalang atau terlalu cepat dihadapan, ini adalah untuk kebaikan bersama ketika anda berjalan menuju ke tempat air terjun tersebut sebab dapat saling membantu sekiranya ada memerlukan bantuan yang mana mungkin ada yang tidak berapa kuat stamina untuk berjalan laju.


Sepanjang perjalanan ke air terjun ini juga dinasihatkan agar tidak terlalu membuat bising seperti teriak, bernyanyi terlalu kuat dan sebagainya yang memungkinkan haiwan liar seperti gajah menyedari akan kehadiran anda di kawasan itu, tetapi sekiranya nasib anda terjumpa gajah pada masa itu, sila pastikan ikut arahan yang diberikan oleh guide anda dan jangan terus berlari. Bila sampai ke air terjun bolehlah mandi di air terjun tersebut, tidak pasti jika ada tempat persalinan di situ tetapi sebaiknya anda bawa saja pakaian lebih jika ingin mandi di sini dan pakai pakaian kering tersebut ketika berjalan balik agar tidak terasa kesejukan. Kalau anda tidak mahu mandi pun tidak menjadi masalah juga sebab terpulang pada anda sendiri sebab ada juga yang ke sini sekadar untuk melihat pemandangan di air terjun sambil mengambil gambar kenangan yang membukitkan telah berjaya sampai ke tempat ini. Selain itu terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan di laluan ke air terjun ini seperti tali yang diikat untuk memudahkan para pengunjung turun atau pun naik di kawasan yang mungkin agak curam, terdapa juga pondok untuk anda berehat sebentar sebelum meneruskan semula perjalanan. Guide pun ada di sini dan anda mesti gunakan khidmat guide jika ingin ke air terjun dan kadar bayaran untuk guide anda boleh bertanya dengan pihak di sini ketika membuat tempahan. Bagi anda yang pandu kereta kecil mungkin boleh letak kereta anda di kawasan luar berhampiran dengan Menara Kayangan Lahad Datu kemudian boleh sewa kemudahan kenderaan yang disediakan oleh pihak Taliwas untuk ke kawasan TRCA yang mana merek akan sedia pacuan empat roda untuk anda sebab untuk masuk ke sini perlukan kereta yang besar, tetapi kalau anda memandu kereta jenis pacuan empat roda bolehlah terus sahaja masuk ke TRCA tersebut dengan kereta anda sendiri tanpa perlu menyewa kenderaan lagi. Kemudahan lain ada disediakan di dalam kawasan Taliwas sekiranya anda memerlukan termasuklah seperti tandas, tempat makan, tempat berkhemah, dan lain-lain lagi kemudahan.

Sekiranya anda mahu ke air terjun ini, bolehlah membuat beberapa persiapan terlebih dahulu seperti apa pakaian yang perlu untuk dipakai dan apa barang keperluan yang perlu dibawa bila ke sini, sama ada anda mahu ke air terjun ini dan juga bermalam di sini atau mungkin anda hanya mahu datang ke TRCA ini untuk melawat air terjun saja pun boleh. Berikut di bawah ini adalah antara senarai barang keperluan yang rasanya mungkin boleh anda persiapkan dan juga bawa apabila datang ke sini mengikut keperluan anda sama ada termasuk bermalam atau tidak :

Barang di bawa :

01. Pakaian lebih
02. Baju lengan panjang
03. Seluar panjang
04. Stokin anti lintah
05. Topi/tutup kepala
06. Tongkat jalan
07. Baju hujan
08. Makanan
09. Minuman
10. Kompas
11. Powerbank
12. Telefon
13. Plastik phone kalis air
14. Sarung tangan
15. Duit poket
16. Penghalau nyamuk
17. Wisel kecemasan
18. Sapu tangan
19. Kamera
20. Kipas kecil usb
21. Khemah sendiri

Untuk makluman anda juga biasanya bayaran yang dikenakan adalah termasuk dengan makan tengahari tapi terpulang pada anda sekiranya mahu bawa makanan tambahan seperti coklat dan apa jg makanan yang dirasakan perlu, begitu juga dengan air minuman kalau boleh bawa air lebih sikit sebab perjalanan agak jauh dan melelahkan jadi memang memerlukan air dan makanan yang lebih. Apa pun semasa buat aktiviti ini pastikan ikut semua peraturan atau arahan yang telah dibertitahu oleh guide anda dan sila ketika berjalan meredah hutan ke air terjun ini. Kalau terlalu penat boleh berehat sekejap sebelum anda meneruskan lagi perjalanan.

Waktu operasi :
Setiap hari

Waktu gate :
KM11 : Tutup jam 10 mlm
KM21 : Tutup jam 9 mlm
Dua-dua gate buka jam 6 pagi

Bayaran :
RM20.00 : Sewa kereta
RM10.00 : Guide
RM5.00 :  Permit

Bayaran seorang untuk guide adalah seperti di atas dan setiap guide mungkin terhad membawa berapa orang sahaja mengikut keperluan dan bayaran semua di atas ini mungkin berubah mengikut masa dan juga keadaan, jadi untuk kadar bayaran terkini bolehlah terus menghuungi pihak pengurusan Taliwas River Conservation Area seperti alamat di bawah :

Alamat :
Taliwas River Conservation Area
Taliwas, Lahad Datu
Sabah, Malaysia.
Tel : +6017 348 8433 (wsap)
Tel : +6089 823 110

Website : Taliwas

Web fb : Taliwasriver


Ulasan